Aimaan Ahmad: l Dilarang Masuk l

Apr 6, 2011

l Dilarang Masuk l


-Sinopsis Filem Dilarang Masuk -
Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah
banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ.
Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol – yang masih penuh dengan peluru hidup.

Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh – kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu. Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing k
etakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia – rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ?

Tajuk Filem:Dilarang Masuk

Pengarah:Jeffrey Chiang

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd dan Cineworks Sdn. Bhd
Dipawagam:
07 April 2011

Pelakon Dilarang Masuk:
Asyikin Kamal
Muhamad Ismaizal bin Yusoof
Isma Hanum
Esma Danial


Bukti: Miss Aiman pergi ke press conference/launch untuk Dilarang Masuk Movie.

Miss Aiman bagi 4 point out of 5. Kalau nak saya jadi director olah cerita ni. Memang banyak isu jugak nk taburkan idea. Review untuk cerita ni, Sila ke panggung wayang terdekat.SUGGESTED!! cerita mmg memberi pengajaran, ada moral value,gambar ok jugak. Cuma pengolahan perjalanan cerita perlu di touch up sket.


More info
http://www.facebook.com/dilarangmasukmovie
http://www.dilarangmasukmovie.com/

Guys!! Boleh start beratur depan gsc mid usha2 skrin pukul brape movie ada
MULAI 7th APRIL 2011


Thanks for reading this entry!



1 comment:

  1. http://cikgumanstation.blogspot.com/2011/04/review-dilarang-masuk.html

    review saya pasal filem DILARANG MASUK... jemput baca...

    ReplyDelete

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign