Aimaan Ahmad: Resepi Daging Dendeng Style Aimaan.. Jom follow :)

Pages

May 19, 2020

Resepi Daging Dendeng Style Aimaan.. Jom follow :)


Hye, Assalamualaikum :)

Ya Aulohhhh lama sungguh saya tak menjengah blog ni. Ini adalah penulisan blog pengalaman ketika musim perintah kawalan pergerakan (pkp), musim dimana virus covid19 tersebar meluas seluruh dunia. Jadinya apabila kerajaan kita ambil tindakan semua rakyat #stayathome for few weeks. Makanya Aimaan ni pasti mencuba macam macam resepi feveret antaranya Daging Dendeng. Guys! Daging Dendeng sedap sangat once you've tried it definitely u will want again. Trust me :D

Saya consider bertuah ketika arahan perintah berkurung dikeluarkan kerajaan, ramai sedara mara saya sedang stuck di rumah saya. Jadinya aktiviti kami sangatlah meriah dengan bermaciam maciam agenda. Berkebunlah, berzumbalah, masak pelbagai resepi. Sehinggakan sekarang, apabila mereka semua sudah pulang dan berhari raya ditempat sendiri.. rumah sudah menjadi sunyi dan rindu mereka semua. Tapiii tak mengapa, kita kongsikan resepi menarik tertarik devavommm ini dengan semua pembaca blog. Aiman sharekan bahan bahannya dahulu ya . (^_^)

BAHAN BAHAN DAGING DENDENG 

1 KG DAGING LEMBU
3 BIJI BAWANG BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
2 INCI HALIA
10 HELAI CILI KERING
KICAP
SOS TIRAM
GULA & GARAM SECUKUP RASA

Saya bagi dahulu bahan bahannya agar mudah korang nak sediakan jika ada yang tengah stalk blog ni hehe :) Bahannya memang mudah dan simple sahajakan, cuma cara memasaknya perlu dititikberatkan. ecewahhhh, gaya orang share resepi. Padahal saya ini pon bukanlah pandai masak mana pon. Rajin sikit je nk try try.. :D


Cara Memasak Daging Dendeng ( beserta gambar) fuhhh moga anda gembira nak cuba dengan bahagia.


1. Pertama-tama kalinya, cuci daging dahulu dan make sure bersih ya. Potong daging kepada beberapa bahagian supaya mudah proses memasak daging itu nanti kemudian.  Rebus daging tadi sehingga empuk dan simpan air daging untuk di gunakan nanti.



Oleh kerana masih ramai lagi cousin yang stay di rumah, saya ajak dorang masuk dapur sekali. Berebut nak kupas bawang. 


2. Sediakan semua bahan untuk di blender. Rebus cili kering bagi lembut dahulu dan kemudian blender sekali dengan bawang.


3. Daging yang di rebus tadi. Toskan. Kemudian hiris daging nipis nipis. Jika saya, akan tumbuk setiap hirisan supaya daging betol lembut.



4. Daging tadi diletakkan kicap sedikit sebelum digoreng.





5. Goreng daging separa garing. Sebab saya taknak lah garing sangat nanti susah pulak nak gigit, haha




Ini keadaan daging setelah di goreng.



6. Masukkan minyak dan tumis semua bahan di blender. Sehingga pecah minyak. 


7. Masukkan daging digoreng dan air daging tadi. 


8. Masukkan kicap, sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
Saya suka daging dendeng nampak kehitaman, elegan gitu. 
Saya guna kicap kipas udang dan sos tiram Jalen. 



9. Akhir sekali, saya campakkan serai yang ditumbuk bagi menaikkan bau masakan lebih ummmph... hehe  baru lah plating terhias cantik .



TARAAAAAAAAAAAAAAAAA.. MEMPERSEMBAHKAN MENU KITA HARI INI.

DAGING DENDENG STYLE AIMAAN



Fuhhh ujian besar menulis menu masakan di kala bulan ramadhan. haha. Moga manfaat segala perkongsian saya hari ini. Bagi tahu semua rakan taulan. kongsi kongsi moga pahala berpanjangan.

Salam Ramadhan 2020, moga kali ini memberi penuh keberkatan dan rahmat buat kita. 




No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign