Aimaan Ahmad: NEW COSMETIC FROM COSWAY : DIGNITA KISSABLE POTION DUO

Pages

Feb 13, 2021

NEW COSMETIC FROM COSWAY : DIGNITA KISSABLE POTION DUO

 

Hye, Assalamualaikum :) 

Korang apa kabar ? Aimaan alhamdulillah sihat walafiat. Dimusim covid-19, semuanya atas kita untuk menjaga diri dan sentiasa patuh SOP. Jangan lupa jaga permakanan juga dan jika perlu ambil supplemen tambahan.  ^_^ Semalam Aimaan ada mendengar perkongsian Ustaz Don Daniyal Biyajid, tentang kehebatan berdoa. Dalam perkongsiannya, kadangkala ada orang mempertikaikan mengapa Allah swt  tidak memakbulkan doa agar covid hilang didunia. Pada pandangannya, Allah swt  Lebih Mengetahui dan Allah swt memakbulkan doa hambanya yang Alim dengan cara Allah swt. Oleh kerana dari pandemik covid, manusia maju kehadapan lebih awal dari yang dijangkakan. Banyak majlis ilmu sudah disampaikan secara online dan malah ramai pendengar yang boleh mengikutinya. Ramai insan yang boleh bekerja dari rumah sahaja, makanya dapat mengurangkan kecelakaan jalanraya. MashaAllah. Hebat kan !

Ini selingan sahaja dari posting Aimaan hari ini. 

Aimaan nak memperkenalkan produk terbaru Cosway iaitu Dignita Kissable Potion Duo. Cintai dirimu !

Kombinasi kit 2 dalam 1 ini menampilkan duo terbaik untuk bibir kelihatan mungil dan cantik serta sesuai untuk pemakaian siang dan malam. Dignita Kissable Potion Duo didatangkan dengan krim bibir Vynul berkilat dan krim bibir berkemasan Matte. 

Lip Vynil dilengkapi dengan aroma vanilla manakala Lip Cream beraroma tutti-frutti yang di sertakan dalam bekas menawan. Kedua duanya di formulasi dengan Minyak Isirong Argan dan Shea Butter untuk bibir yang lembut dan terhidrat sepanjang hari. Terdapat 4 variasi pilihan : Molek, Kaseh, Sayang dan Chantek. Setiapnya mengandungi satu lip vynil dan satu lip cream, yang menjadikan kesemua 8 warnanya sebagai koleksi yang hebat untuk dicuba !







MOLEK



CHANTEK



KASEH



SAYANG







Dignita Kissable Potion Duo ini mudah dioles bak sutera dibibir anda. Suai padankan penampilan untuk menyerlahkan keperibadian yang lebih cantik, sopan dan berkeyakinan :) Produk ini akan mula dijual disetiap cawangan Cosway bermula 15hb Februari 2021. 
Harga Member : RM 59, Introductory Price : RM 45. 



Sekarang masih ada promosi FREE MEMBERSHIP dengan membuat pembelian RM 10 sahaja apa jua barangan cosway. Jika mahu mendapat bantuan pendaftaran , boleh whatsapp Aimaan terus dibawah ya :) Nanti saya akan berikan keterangan bagaimana untuk mendaftar dan membuat pembelian. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya hari ini, Jumpa lagi ! :)




No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign