Aimaan Ahmad: December 2015

Dec 18, 2015

Tips menurunkan berat badan

" Ohhh ! its cliché. Terlalu banyak teknik sudah saya amalkan, tapi berat aku masih macam itu jugak!"
 
" Malasnya nak jogging setiap hari"
 
" Mampukah aku berhenti makan nasi, aku Asian okay, tambahan aku orang Malaysia"
 
 
 
Sis akui banyak teknik dan tip yang dikongsikan di luar sana cara bagaimana menurunkan berat badan secara bersendiri, dalam masa seminggu dan tanpa melakukan sebarang senaman. Perlu di sedari bahawa mahu menurunkan berat badan bukanlah semudah menelan abc, mahupun mengunyah chachos sambil menonton Karipap Strawbery Movie yang di lakonkan oleh Zizan Razak.
 
Sejujurnya melakukan senaman secara konsisten mampu membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih efektif. Tambahan pula jagalah permakanan harian iaitu dengan mengurangkan karbohidrat dan gula dalam makanan. Pastikan anda menggantikan makanan protein agar kuantiti kalori yang di telan berkurangan dari sebelum ini.
 
 
Anda jangan nak gelabah buaya, terlalu stress lalu mengambil pil penurunan berat badan yang herba-lah, tanpa ada sebarang kelulusan kkm atau kita Malaysian lebih mengutamakan halalan toyyiban. Salah satu sebab masalah berat badan yang naik mendadak ini oleh, permakanan yang tidak teratur dan langsung tidak melakukan senaman. Mana tidaknya, zaman kesibukan memenuhi keperluan harian dengan berkerja dan pulang ke sarang waktu lewat kerana perjalanan yang jauh. Begitu banyak faktor menyebabkan peningkatan berat badan.
 
 
Ok! Sekarang kita di sini untuk membantu bagaimana anda boleh mengaplikasikan tips penurunan berat badan tanpa meninggalkan nasi, tanpa perlu senaman secara konsisten, masih boleh bekerja seperti biasa.
 
 
5 Tips Menurunkan Berat Badan
 
1. Mulakan minum air minuman dan lebih baik alkaline water dalam 3000ml setiap hari. Pastikan minum air pada waktu yang sesuai. Jangan pula kau habiskan 3000ml dalam satu malam , tak bagus untuk ginjal. Minum secara konsisten dan teratur dari siang hari ke malam hari.
 
2. Mencipta jadual pembakaran lemak dengan melakukan senaman. Mungkin seminggu sekali dengan menghadiri kegiatan zumba, aerobic atau berjoging. Seronok juga di kesempatan menurunkan berat badan, ambil peluang mengajak ahli keluarga untuk bersukan sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim adik beradik/ suami isteri.
 
3. Memilih makanan lebih berkhasiat dan kurangkan minyak seperti makanan bergoreng terutamanya. Anda boleh mula berjinak jinak mencari resepi kukusan, grill dan rebusan. Mungkin ia menjadi menu pilihan keluarga selepas ini. Sebagai individu yang ingin menurunkan berat badan, disiplin itu satu perkara. Makanan yang baru nak cuba ini, dressing-lah comel comel, pasti membuka selera sekampung :)
 
4. Gantikan makanan yang berkalori rendah. Jadual makanan kita terdapat banyak timing, sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam, supper lagi! Mak aih.... kau rasa jika makanan yang di makan pada setiap waktu itu semuanya berkhasiat ke? Pasti bercampur campur malah amat sukar untuk kita memilih. Sis gantikan makanan yang rendah kalori dan cadangan sis adalah wholefood nutrition.
 
Wholefood Nutrition adalah makanan pengganti semulajadi yang berkalori rendah mampun menggantikan makanan sarapan dan makan malam anda tanpa membuatkan anda rasa lapar. Hebat kan ! Selama ini sarapan pagi makan nasi lemak + teh tarik. Anggaran 500+ kalori. Belum membakar lagi kalori, sudah tambah lagi nasi briani + ayam rempah. Jadi sis cadangkan sarapan dan makan malam sahaja dengan wholefood nutrition. Ia mengandungi lebih 50 jenis buahan , sayuran, cendawan, bijiran dan hidupan laut sebagai makanan sel seisi keluarga tanpa anda rasa was was tentang proses pembesaran anak anak dan proses penghadaman.
 
 
 
 

 Uih! Boleh di ambil seisi keluarga. Anak sekolah, ibu yang mahu diet, ayah yang maintain kacak, nenek dan atuk yang sukar menelan makanan. Inilah satu satunya cara membantu mereka kekal hidup sihat dan bahagia dengan tubuh yang cergas.
 
 

 
5.  Tidur yang cukup membuatkan proses pembaharuan sel badan berjalan dengan lancer. Setiap orang memerlukan tidur sekurangnya 8 jam setiap bagi tubuh badan membaik pulih dan mengumpulkan tenaga untuk di gunakan keesokan hari. Jadi, mulakan tidur yang cukup.




Belum cukup puas kalau kita dalam proses penurunan berat badan, tanpa melakukan timbangan setiap hari. Bagaimana perasaan teruja itu mahu bergolak dalam jiwa kalau kita nak timbang pon segan. Maksudnya tidak mengawal progress.  Body Analysis Scale yang sis tunjukkan di bawah ini adalah terbaik bagi sis. Kerana ia mampu memberi jawapan pantas berapa berat air, kalori , bmi, jenis tubuh sis. Berpuas hati menggunakan body analysis scale ini.
 
 
Sis simpan satu di rumah. Letak betul betul di laluan ke dapur. Bila hati berniat untuk makan, maka terpaksa jeling pada penimbang badan. " Kau duduk diam sana! ", jalan terus ke dapur tanpa rasa bersalah. hahahhahahhahaha.

 
 
 
 
 
Walaupun ia penimbang badan berkaca, tak kira berat badan berapa kg pun. Ia masih boleh menampung anda. Jangan risau-lah! Ingat masa sis ada demo di kedai sis, pelanggan sis berat dalam 100 kg plus. Muka dia ketakutan nak pijak body analysis scale ini. Sis ketawa kemain lagi. Masa itu sis yakin je ia takkan pecah. Rupanya ia betul tak pecah. Now sis pakai body analysis scale ini more than 1.5 years already. Masih maintain berfungsi malah tiada langsung keretakan pada kaca. Best best !
 
 
Khidmat konsultansi percuma, servis terbaik dan penghantaran pantas InshaAllah. Ini janji sis buat pelanggan yang tidak pernah putus asa mencari solusi menurunkan berat badan. Semua orang boleh termasuk anda! :) Salam!
 
Konsultansi dan pertanyaan produk I  +6018-571.3858 / email : nurul.aiman@live.com
 
 
 


Sakit ulu hati atau masalah ketidakhadaman


Masih segar dalam ingatan sis ketika melepak di rumah sewa zaman mula sis mendapat kerja di Subang Jaya. Zaman itu kami tak kisah makan jam berapa pun, kawan sis bujang apatah lagi sis juga membujang. Laaa jangan nak ungkit lagi , kawan sis jauh lebih advance dalam bab menyediakan sarapan pagi. Skill memasaknya been polished since ada husband dan a cutest baby. Jadi dia tiada lagi kembung perut. Kau ingat bayi sahaja ada kembung perut, orang dewasa juga mengalaminya jika tidak menjaga permakanan.
 
 
Pada hujung minggu, taklah terkejar kejar terlewat bangun. Hey! Hari ini masa untuk tidoq lama dan berehat sampai hilang lenguh badan. Atau jadi bertambah lenguh akibat over-tidur.:P Kawan sis sediakan breakfast sekaligus termasuk lunch, kami makan brunch pada jam 12 tengahari.  Rasa berasid ke tidak usus masa itu. Kesian perut mengecut kelaparan.
 
 
Apabila makan lewat hinggakan perut kosong, seseorang mudah mengalami gastrik atau lebih dekat dengan kita iaitu sakit ulu hati. Ia kerap berlaku kebiasaannya ketika perut kosong waktu lewat malam atau awal pagi. Tahap kepedihan pesakit yang mengalami sakit ulu hati ini berbeza, ada yang rasa sedikit sahaja. Ada yang sakit begitu kritikal sampai berguling guling. Biasanya mereka akan terus memakan sesuatu seperti minum susu dan sebagainya.


Masa sis alami gastrik di awal pagi, sis akan terasa mual dan terjeluak ( keluar sendawa kecil besar besar besarrrr dan puas ). Ketika itu sis akan minum banyak sangat air putih, supaya perut terasa lega. Adakala pada tahap teruk, pesakit yang alami gastrik akan membuang air besar dalam bentuk cecair. Ingat ! 70 % air dalam badan akan hilang setelah membuat pelaburan besar dalam tandas. Pastikan anda minum banyak air masak setiap hari.
 
 
Merujuk pada blog klik4sihat, penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.
 
Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.
 
Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.
 
 
Bagaimana menghilangkan rasa sakit ulu hati dan masalah ketidakhadaman?
 
Pernah dengar tak Japanese Plum Ball? Ia adalah buah ume ( plum Jepun ) yang merupakan keperluan setiap keluarga di Jepun. Ia juga di kenali " Blue Diamond of Fruits " aka Buah Permata Biru.
 
 
Japanese Plum Balls di jual dalam bentuk tablet tanpa pengawet , pengikat , pewarna dan perisa.
 
Kawan sis alami gastrik satu hari, ingat cerita sis kami makan brunch. Masa itu dia sakit perut dan tak boleh duduk dengan aman. Kami mengetahui kebaikan Japanese Plum Balls dan sentiasa mengamalkan pengambilannya. Ternyata ia berkesan dan membantu sis  dan kawan meneruskan rutin harian.
Apakah kebaikan Japanese Plum Balls Plus?
  • Mengurangkan masalah penghadaman - sakit gastrik, sakit perut, ketidakhadaman dan gas berlebihan
  • Melegakan kembung perut
  • Melegakan keracunan makanan - cirit birit dan muntah
  • Mengurangkan 'panas badan' atau ketidakhadaman disebabkan oleh terlebih makan durian, rambutan, nangka serta makanan goreng dan pedas
 
Untuk pengetahuan , Japanese Plum Balls bersifat alkali yang mana ia mampu meneutralkan ph dalam badan. Badan kita dalam tahap asid yang tidak sesuai menyebabkan berlakunya masalah seperti di atas. Setelah pengambilan Japanese Plum Balls, tindak balas dan keberkesanan dapat di rasai dalam beberapa minit sahaja. Alhamdulillah ia membantu memudahkan urusan harian.
 
 
Bagi sis, Japanese Plum Balls wajib ada setiap sebotol dalam setiap rumah. Kandungannya 150 tablets boleh di ambil dalam tempoh yang lama, ibarat emergency vegetable supplement buat sekeluarga.
 
 
Jika anda ada sebarang pertanyaan dan perkongsian, boleh hubungi sis terus dengan whatsapp ke +6018-571.3858. InshaAllah, servis baik, penghantaran cepat dan khidmat konsultansi di berikan. Salam !
 
 
 
 

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign