Aimaan Ahmad: March 2017

Mar 25, 2017

Spirulina Cosway Bantu Memenuhi Nutrien Dalaman Wanita Mahupun Lelaki



Hye , Assalamualaikum !

Entry kali ini Aiman nak kongsi tentang main supplemen yang menjadi feveret sejagat hehe . Supplemen ni merangkumi pelbagai aspek keperluan nutrien oleh badan tak kira wanita atau lelaki . Apakah supplemen itu Cik Aiman ? eh ! Sabarrr Kak Aiman cerita pelan- pelan supaya info ini boleh di hadam dengan jayanya .


Orait , supplemen yang menjadi pilihan posting kita ni adalah SPIRULINA , yang spirulina bertindak sebagai multivitamin yang terkandung mineral mineral dan vitamin vitamin terbiosediaan secara semulajadi untuk di serap dengan baik ke dalam badan .


Anugerah terindah apabila spirulina ini telah membantu Aiman memenuhi nutrisi badan dan memberi beberapa kesan ketara terutamanya sentiasa bertenaga , tiada masalah kulit , tiada masalah keputihan seperti wanita lain . Walau pun begitu , keputihan ini still ada tetapi ia akan terjadi ketika selepas period . Pada saya ia adalah normal . 


Biasa saya akan pakai pantyliner jenama cosway kerana berkualiti dan terasa nyaman serta bersih sentiasa . Seriously korang kena try . I boleh bet dah cuba , pasti setia . Cewah ! hehe


Super power spirulina ni  , ia padat dengan spektrum  vitamin dan mineral , klorofil , asid lemak perlu , antioksidan , dan filtonutrien yang luasa ! Spirulina Cosway adalah organik secara keseluruhannya dan di anugerahkan gred USP yang berprestig . 100 % SEMULAJADI ! Apa tu USP ?

Pengesahan USP ( United State Pharmacopoeia ) - Jaminan kualiti 
  • Mantap dan Terbaik dari segi Kualiti , Potensi serta Keselamatan untuk setiap lot penghasilan 
  • 100% bebas daripada bahan pencemar
  • Mematuhi segala Penyataan Sijil Analisis dari segi identiti , keberkesanan , ketulenan dan kualiti 



Masa ini saya hadiri kursus dan saya hanya apply bedak two way cake powder miyami . Puas hati sampai petang muka tidak bercapuk . Mungkin kulit ok .



Tahap keberkesanan spirulina ni  , bab mengekalkan bertenaga tinggi memang proven . Bukan setakat wanita saya merasai perubahan dari pengambilan spirulina , malah lelaki yang selalu mengalami masalah cepat letih penat boleh amalkan spirulina . Aiman uruskan hal bisnes bukan sekadar di offline iaitu di center , malah di online juga . Kadangkala jadual begitu padat sehinggakan saya sendiri tak cukup rehat dan tidur . Keajaibannya disini , saya boleh bangun tidur dengan segar dan cukup rehat , serta mulakan aktiviti seharian tanpa sebarang gangguan .






Kelebihan dan Kebaikan Spirulina Cosway :


  • Menguatkan Sistem Pertahanan Badan - Spirulina menggalakkan penghasilan sel darah putih , antibodi dan cytokin untuk menguatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan daripada jangkitan dan penyakit .
  • Mengekalkan Kesihatan Kardiovaskular dan Mengurangkan Tahap Kolesterol - Dibuktikan secara klinikal dapat meningkatkan kesihatan kardivaskular dengan mengurangkan tahap LDL ( kolesterol mudarat ) serta trigliserida dan meningkatkan tahap HDL ( kolesterol baik ) . Spirulina yang kaya dengan antioksidan juga dapat mengurangkan pembentukan plak pada dinding arteri .
  • Melancarkan Fungsi Penghadaman dan Kesihatan Gastro-usus - Penyelidikan telah mengesahkan bahawa spirulina dapat menggalakkan penghadaman dan melancarkan pergerakan usus besar . Ia juga dapat menindas mikroorganisma mudarat dan menggalakan pertumbuhan flora yang berfaedah seperti asidofilus dan bifidus .
  • Melindungi Badan Dari Masalah Kurang Darah - Kandungan zat besi dalam spirulina adalah amat bio aktif dan mudah di gunakan oleh badan . Ia sungguh sesuai untuk wanita yang datang haid atau ibu mengandung yang berisiko tinggi untuk mendapat anemia . Antara simptom - simptom anemia adalah seperti sering keletihan atau kelesuan , wajah yang pucat , kuku berabung , rambut rapuh dan kering , pening kepala , tidak dapat menumpukan perhatian dan masalah tidur . 
  • Membantu Mengawalatur Berat Badan - Dengan nutrisi unggul yang bertenaga tinggi serta kalori yang rendah , spirulina amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan tanpa alami keletihan dan lemah lesu serta kekurangan nutrien . Spirulina di ambil sebelum makan dapat menyekatkan selera  makan dan rasa mengidam yang boleh menyebabkan terlebih makan . Ia juga supplemen beralkali , ia dapat mengurangkan penahanan air akibat daripada pengumpulan sisa berasid dalam badan .
  • Menggalakkan Kulit Yang Sihat Berseri - Kaya  dengan GLA , sejenis asid lemak perlu perlu untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat , rambut yang ikal mayang , dan kuku yang kuat serta menyingkirkan toksin yang menyebabkan cela kulit dan masalah kulit lain . Spirulina yang kaya dengan antioksidan dapat melindungi kulit daripada penuaan pramasa .
  • Menggalakkan Proses Detokfikasi Semulajadi Badan - Dengan kandungan klorofil yang  tinggi , spirulina dapat menggalakkan proses detokfikasi dan mengurangkan masalah yang berkaitan  dengan pengumpulan toksin seperti sakit kepala , sengal sengal badan , sakit sendi , nafas dan badan berbau .


Bukan setakat MULTIVITAMIN ! 
Kepekatan nutrien tertinggi dan spektrum nutrien yang paling luas .

  • 25 kali lebih beta karoten berbanding lobak merah
  • 2 - 6 kali lebih vitamin B12 berbanding dengan hati lembu mentah
  • 3 kali lebih asid gamma linolenik ( GLA ) berbanding dengan minyak evening primrose
  • 3 kali lebih VITAMIN E berbanding dengan germa gandum
  • 58 kali lebih zat besi berbanding dengan sayuran bayam 
  • 5 - 30 kali lebih klorofil berbanding alfalfa atau wheat grass
  • Sumber protein terkaya - lebih tinggi berbanding ikan , daging , soya , susu dan bijirin . Protein berkualiti yang lengkap dengan asid amino perlu , rendah lemak dan mudah di hadam 

TESTIMONI SPIRULINA COSWAY :  





Syukur , alhamdulillah kita doakan yang baik baik aja buat customer . Testimoni yang Aiman share ni semua dari my own customer yang duk beli dan yakin dengan keberkesanan pengambilan spirulina .


Ada beberapa set produk cosway yang di gabungkan dengan SPIRULINA COSWAY : 

  • Set Kesuburan 
  • Set Bersalin
  • Set Keluarga
  • Set Menyusu
  • Set Slimming

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi , boleh terus hubungi Aiman :

Email : nurul.aiman@live.com

Respons pantas di whatsapp ; +6011-29040645

Saya berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik dan ikhlas membantu memberi konsultansi sepenuhnya . Lokasi center saya di Cosway Taman Karking Ipoh , Insha -Allah setelah mencuba saya doakan kesihatan anda sihat dengan optimum . Usaha kita bersama :)








Mar 9, 2017

Pengalaman Alami Senggugut Dan Cara Atasinya


Assalamualaikum , Hye :)

Finally Aiman berusaha melapangkan masa berkongsi sedikit pengalaman yang mungkin membantu adik adik yang sedang alami masalah senggugut yang teruk . Senggugut boleh datang sebelum period atau semasa period . Masa pertama kali yang kenal senggugut , saya langsung tak tahu yang sakit perut saya masa tu akibat senggugut . Pengalaman pertama Aiman ketika melanjutkan pelajaran untuk degree di Universiti Malaya . Masa itu sudah mula nak belajar berdikari , nak duduk rumah sewa sendiri bersama geng sekuliah . Ya , fahamkan perasaan sedang membesar .


Kejadian pertama kali , Aiman baru sahaja bangun tidur . Kuliah awal bermula jam 8 pagi , well seperti biasa Aiman sejenis manusia pagi tu nak pergi keluar , pagi itu baru nak iron baju tudung segalanya baru nak siapkan termasuk isi buku dalam beg . MashaAllah , dah habis belajar baru perasan yang diri ini seorang yang berperangai last minit .


Dalam keadaan mamai mamai berjalan kearah tandas , suasana sunyi di persekitaran luar rumah , rumah yang Aiman sewa ketika itu rumah teres 2 tingkat dan bilik Aiman di tingkat atas . Sekali datang senggugut , perut memulas bagai di cengkam , semacam di ikat dibahagian rahim , sekaligus lenguh badan datang , kaki mulai kejang , kepala pening seolah bumi berpusing pusing . Aiman berpaut pada dinding , kembali ke tilam untuk baring . Mungkin itu solusi pantas .


Apabila baring , perut sakit semakin kuat . Masa itu mengucap dua kalimah syahadah , beristigfar selaju yang mungkin , dalam hati Allahhhhhh sakitnya . Aku sakit apa ni . Kenapa rasa nak rebah pitam semua ni . Dalam minda Aiman ketika kosong , langsung tidak terdetik akan masalah senggugut . Kerana tidak pernah tahu pun bagaimana rasanya senggugut .


YA ALLAH SAKITNYA . AMPUN YA ALLAH . ASTAGFIRULLAHALAZIM ASTAGFIRULLAH.....




Haaa macam tulah berterusan saya ucapkan . Berguling guling Aiman keseorangan dan berharap ada lagi kawan serumah belum ke kuliah .


Di waktu itu Aiman cari minyak sapuan yang berangin , sapu di bahagian perut , terasa lega sekejap . Rasa sakit senggugut itu datang menyerang kembali . Aiman minum air berbotol botol jugaklah . Sehinggakan Aiman terasa mahu muntah , cusssssssss laju berlari ketandas . Terduduk saya di lantai terasa langsung tidak bermaya . Kemudian sakit perut datang kembali , dan kali ini , Aiman rasa macam cirit birit pulak. MashaAllah dugaan apa ni , kenapa aku begitu sakit .

Aiman berulang alik dari tandas kebilik , muntah berkali kali . Sehingga melepet saya tak larat berjalan . Lama kemudian barulah ada kawan perasan yang saya sedang sakit . Kawan Aiman bawa ke bilik , dan pastikan Aiman dalam keadaan okay . Aiman amat hargai jasa baik kawan ketika di campus UM Petaling Jaya . Mereka hidup bersama tanpa berkira kira. Sentiasa menolong ketika ada kawan yang susah . Alhamdulillah .


Mereka offer saya ke PPUM , Aiman terus bersetuju sebab saya memang sejenis seorang yang pantang sakit , terus nak mengadap doktor , nak tahu segera apa sakit saya alami . Berjam jugak lah menunggu proses turn saya . Mujur akak cantik yang check perut saya , check segalanya . Ambil darah , ambil ujian air kencing . Sehinggakan saya tunggu keputusan ujian tadi , sebab saya memang nak tahu segera . 

Dalam keputusan ujian air kencing , ternyata dijumpai sedikit darah . Beerti tarikh period saya hari ini . Hari saya rasa sakit perut ya amat sangat .

Aiman di klasifikasikan mengalami senggugut , atau kata lain period . Ketika itu sakit perut pun sudah hilang . Kenangan pertama kali yang begitu dramatik .

Okay . Jadi bagaimana cara Aiman atasi masalah senggugut . Proses ini banyak 'try & error' dan Aiman akan kongsi yang mana betul memberi kesan positif , apa yang di perlu di amalkan untuk mengelak senggugut menyerang .




Antara cara untuk atasi MASALAH SENGGUGUT :
*************************************

1. Minum Air Secukupnya 

Perut tidak mudah bermasalah di bahagian usus sama ada masuk angin , apabila Aiman minum air secukupnya . Untuk perempuan , dalam sehari boleh minum 9 gelas kecil .

2. Jangan tangguh waktu makan

Okay . Sebetulnya jadual makan mempunyai 6 kali . Dalam minggu yang menghampiri tarikh period , pastikan korang makan secara berjadual . Elakkan masalah gastrik . 

3. Rehat yang cukup

Dalam keadaan stress , masalah senggugut mungkin akan datang . Otak sentiasa berfikir sehingga korang tidak mampu berfikir . Kawal minda dari terkena migrain . Apabila rehat cukup , hidup lebih teratur .

4. Ambil supplemen

Ramai yang tidak sedar yang badan kita memang memerlukan makanan tambahan untuk sokongan . Dalam permakanan kita , belum tentu cukup nutrisi . Jadi supplemen adalah pendokong untuk melancarkan sistem tubuh dan menyeimbangkan keadaan .

Cadangan supplemen yang perlu di ambil bagi mengelakkan masalah sembelit , iaitu Evening Primrose Oil, Vitamin C , Omega 3 , dan Spirulina .

Fungsi supplemen tadi , Aiman listkan di bawah ini ya :)

Evening Primrose Oil (EPO) - berfungsi untuk menyeimbangkan hormon dan menguatkan rahim . Dalam masa yang sama , ia membantu menghasilkan kulit yang cantik dari pengeluaran estrogen dari tubuh badan kita . EPO bagus untuk lelaki dan perempuan . Jika perempuan yang mengambil EPO , dapat mengatasi symptom menopaus dan melambatkan proses menopaus . Paling menariknya , EPO membantu menstabilkan emosi kerana hormon yang sihat memberi keceriaan pada wanita . 




Vitamin C -satu supplemen wajib untuk kita . Aiman ketahui kebaikan vitamin , ia membantu untuk menyerap supplemen lain lebih baik . Vitamin C juga membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik , bersih . Vitamin c boleh meningkatkan daya tahan /sistem imunisasi badan dengan baik kerana ia bertindak sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas dalam tubuh kita . Perasan tak , vitamin c amat bagus untuk kulit , kuku , rambut , badan dan seluruh badan sebenarnya . Aiman tak tinggal lagi vitamin c setakat ini .



Omega 3 - oleh kerana omega 3 ini kaya denga dha dan epa . Ia mampu merangsang daya pemikiran kita lebih jelas dan lebih tenang dalam membuat keputusan . Otak yang sihat , dapat menghindari alzheimer . Dan otak yang sihat , menghindari rasa tidak selesa apabila stress melanda . Mula lah rasa migrain sebab terlalu banyak berfikir . Pada omega 3 amat membantu dalam rutin harian .




Spirulina - ia bertindak sebagai multivitamin yang kaya dengan pelbagai vitamin , mineral , mineral surih , mineral organik , asid amino , enzim , antioksidan , filtonutrien , dan karotenoid . Peranan spirulina menguatkan sistem pertahanan badan  dan boleh mengelakkan daripada penyakit berjangkit . 




Sebenarnya spirulina cukup nutrisi untuk korang yang hendak ambil supplemen dalam kos yang rendah . Selain itu , spirulina mengekalkan kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan tahap kolesterol dalam badan .  

Paling Aiman suka , spirulina kaya dengan GLA , sejenis asid lemak perlu untuk membantu mengekalkan kulit sihat , rambut ikal mayang , kuku yang kuat , serta menyingkirkan toksin yang menyebabkan cela kulit atau masalah kulit yang lain . Tahu tak spirulina kaya dengan antioksidan ? Nah ! Korang boleh melindungi kulit daripada penuaan pramasa .  Awet muda u ols. 


Last sekali impak berkesan dengan spirulina , menggalakkan proses detokfikasi semulajadi badan . Kandungan yang tinggi klorofil , dapat mengurangkan toksin berkumpul seperti sakit kepala, sengal sengal badan , sakit sendi , nafas dan badan berbau .


Yeah ! Alhamdulillah finally dapat jugak Aiman kongsi bagaimana proses saya recover setelah lalui masalah sakit senggugut yang teruk dulu . Saya share sebab tahu ramai yang alaminya dan kesian saya melihatnya. Ini perkongsian yang mungkin membantu korang dan moga Allah beri kesembuhan sepenuhnya untuk korang pulak .










Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign