Aimaan Ahmad: December 2016

Dec 13, 2016

Pengalaman belajar resepi mooncake

Assalamualaikum , Hye !

Allahuakbar ! Syukur alhamdulillah peluang belajar bakery kali ini amat sis hargai sebabnya , sis baru sahaja terfikir nak mengkaji pasal bagaimana mereka membuat mooncake , sekali apa taw ? apa taw ? Ada insan mulia belanja sis course belajar dengan Puan Ida dari Ida Bakery bagaimana resepi sebetolnya membuat mooncake . Alhamdulillah  rezeki dari Allah swt .


Minggu lepas jadual sis sangat penuh dengan aktiviti , sempat lena pun sudah rasa sangat lega . So hamba Allah merangkap ibu angkat sis dari Brunei tiba di Malaysia , sis pasti mesti bergegas ke Kuala Lumpur untuk berjumpa kerana sudah almost setahun tidak ketemu . Sangat merindui sama satu lain bagai kuku dan isi nya .


Sehari sebelum kelas mooncake , sis temankan mereka ke MAHA seharian untuk jumpa beberapa kawan bisnes yang join MAHA dan meninjau apa peluang yang boleh kami ceburi . Alhamdulillah seharian di sana , walaupun panas terik , tetapi kami dapat parking yang berdekatan dan mudah ke entrance . Sempat juga kami meronda keseluruh kawasan MAHA kecuali kebun kebun . Tak larat dah nak kesana . Lagi pun bukan bidang kami buat masa ini  mungkin akan datang :)


Tiba hari kelas mooncake , jika di Kuala Lumpur janji jam 9 pagi belom tentu anggaran untuk kita sampai ke tempat tu boleh ngam ngam 9 pagi . Kami memang sudah di Kl pon ,tetapi terpaksa juga sampai lewat di Ida Bakery . Lebih kurang jam 10 pagi , kami tiba dan terus memulakan proses pembelajaran kelas mooncake secara personal .


Weh ! segan pulak dgn Puan Ida sebab sis ni kurang ilmu bakery , walau macamana pun mesti redah lah kalau tak tahu . Kelas di mulakan dengan membaca resepi , i mean go through resepi dahulu . Then baru dgn praktikal .


Sis ni tak suka belajar sambil stress, elok sahaja mula kelas . Mulalah perangai kami berdua mengacau each other, bila time sis pulak gunakan hand mixer , nahhhh berterabur terus semua tepung . (orang tak biasa , buat cool je la ) . Padahal malu nak sorok muka bawah meja dah . :P


Actually kenapa penting kita belajar sesuatu dengan orang berilmu aka cikgu yang expert dalam bidang , sebab proses pembelajaran akan lebih cepat dan efisien , less failure . At least ada tempat rujukan dgn individu lebih berpengalaman . Jika baca melalui buku resepi ni , pasti sis tak tahu teknik yang mudah untuk membentuk mooncake . apatah lagi menekap mooncake .






Sis bersama Puan Ida 


Tengok mooncake sis buat tu , ada dua jenis warna . Itu yang membezakan filling , dua dua jenis filling saya suka . Yang warna brown tu jenis bake . Yang colorful tu jenis frozen .

Dua dua sedap ( masuk bakul angkat sendiri ler ) haha :)




Sis recommend sesiapa yang mahu belajar mooncakes , boleh datang belajar dengan IDA BAKERY .





Proses belajar hanya mengambil masa dalam 2 jam  , masa tu saya tengok jam , ''eh cepatnya dah habis , siap masak dan frozen ". Dengan masa yang singkat , sis rasa banyak ilmu di ajar dan kami sangat excited menulis segala tips. Penting taw tips yang kita tak jangka jadi ni . 



Sekarang sis mempersembahkan mooncakes bake egg yolk , ohh so yummy ! So teknik meletakkan egg yolk di center filling  mooncake tu  kalau tak tahu buat , memang tersandar je la kat dinding . Syukur ! Mana la tahu nanti sis nak bertunang , sis gigih menggentel mooncakes sebagai door gift . haaaa panjang panjang kan rsa sedap ini pada orang lain . Cantik dan exclusive untuk tetamu. Pasti mereka akan suka . 

Akhirnya habis pon kelas mooncake ! Belajar dahulu , buat sendiri kat rumah belom tahu :D

Dec 12, 2016

Cara paling mudah membuat doh roti


Assalamualaikum , Hye !


Finally sis mampu menaip satu karangan pendek berkaitan dengan resepi roti ahaha ! Padahal sebelum ini menangis di bucu katil setiap kali sis study dalam buku resepi dan cuba aplikasi kan di dapur sederhana mak . Sorry mak ! Kecah dengan tepung bila kami masuk beruli dengan doh . Btw , hari ini sis tak mau korang yang tercari cari resepi membuat doh roti tetapi masih tak berjaya . Sebabnya korang juga macam sis study menggunakan buku resepi atau cikgu youtube . 


Sebelum tu sis patut ucapkan thank you pada acik sis , sebab secara tak sengaja beliau datang rumah untuk stay few days , secara tak sengaja sis minta beliau turunkan ilmu resepi doh roti yang menjadi dan sedap ! :) Rezeki terpijak untuk sis -lah , so tak perlu lagi saya pergi menuntut ilmu jauh jauh . ( orang tak biasa buat bakery , memang tak tahu mende )


Korang tahu kenapa sis beriya sangat nak belajar buat doh roti . Sebab sis beli bread maker  cosway yang dikatakan amat mudah nak uli doh , tanpa keluarkan tenaga berpeluh peluh nak lenyeh tepung sampai sekata . Haaa agenda sis dah terbongkar ! Takpalah sis berusaha ni nak belajar improve diri dalam bakery walaupun sikit tak berniat nak berniaga , hanya syok syok untuk makan sendiri . Tambah pulak korang boleh dekor apa sahaja jenis topping nak di letakkan terutamanya ketika membuat pizaaa.. ahhh so yummieh !


Kali ini sis belajar buat dua jenis bentuk makanan menggunakan doh roti yang sama . wah mudah kalau korang ada anak ramai , pelbagai kreativiti boleh di tonjolkan . Ok sis buat pau pelbagai filling dan piza crust . 




Resepi untuk doh roti  yang menjadi dan sedap ( pau dan piza ) :

850 tepung gandum
2 sudu shortening
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan air


bahan perlu biarkan naik dahulu **
1 paket ibu roti ( 11gm)
2 sudu gula
1 sudu garam
1 cawan air 


Langkah - langkah untuk sediakan doh roti :

1. Sediakan bahan yang perlu dinaikan dahulu , isikan dalam satu bekas . Dan biarkan yis ibu roti betul betul naik .

2. Sediakan breadmaker cosway , biarkan sahaja tray di dalam bread maker tanpa perlu keluarkan . Masukkan tepung , shortening , soda bikarbonat , dan bahan yang sudah dinaikan tadi . 

3. Setkan di breadmaker cosway , dough dan ia akan auto set 8 minit .

4. Sambil bahan sedang di uli  , boleh tambahkan sedikit demi sedikit secawan air yang masih berbaki dan biarkan sahaja doh siap di uli .

5. Doh roti siap di uli dan biarkan dalam 20 minit . Doh roti akan naik cantik .




Masa ini anda akan berasa lega kerana tenaga anda masih maintain dan boleh sediakan makanan berkhasiat di rumah . Ikut kreativiti nak sediakan topping atau filling apa . Sis bahagikan adunan kepada dua bahagian , satu untuk piza dan satu lagi untuk pau .




Cara persediaan untuk pau :

1. Bentukkan bulat bulat macam dalam gambar.
2. Kemudian , masukkan filling ( seperti red bean , kaya , coklat ) .
3. Letakkan terus pelapik pau menggunakan daun pisang dalam tray pengukus.
3. Kukus pau dalam masa 15 minit .


Peringatan : Jika anda terlebih kukus pau , permukaan pau menjadi tidak licin dan berkedut .




 Agak terlebih masa kukus , lihat permukaan pau tak begitu licin .




Cara penyediaan topping piza :

1. Biji bawang besar di cincang , ayam yang dicincang , dan tumis semua bersama.

2. Masukkan sayur campur segera .

3. Masukkan kicap , sos cili , sos lada hitam sekadar sesuai.

4. Sedikit garam secukup rasa .

5. Setelah siap sapu topping piza pada doh roti yang diratakan , tabur parmesan sepuas hati . 




Ya Allah , sedap yakmat makan beramai ramai tak cukup dua pan regular saiz . haha . Inilah nikmat main masak masak bakery dalam dapur mak . 





Ada yang tanya bagaimana saya nak beli bread maker cosway dengan harga ahli . Boleh check dengan Facebook Page Cosway Taman Karking Ipoh atau whatsapp mereka , +6018-571 3858 . Biasa ibu ibu suka sediakan makanan berkhasiat untuk anak kesayangan , apakata buat aktiviti topping freestyle untuk anak kecil , bagi mereka luahkan kreativiti dalam bakery di waktu cuti sekolah

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign