Aimaan Ahmad: Terkinja-kinja masuk dapur

Pages

Sep 14, 2011

Terkinja-kinja masuk dapur


Salam sejahtera hendakNYA.

Hello kakak cute cantik jelita, abang tampan lagi bergaya tambah kacak sikit. over! Siapa dekat sini tak pernah tahu dapur tu ape? Aku taw korang semua mesti lebih familiar dgn kitchen kan. kan. kan. Apa kata korang hangguk hangguk geleng geleng je kepala tu , jaga hati aku bahahaha! Banyak kepada mengangguk lerrr.


Aku ada cerita hari tu aku mai kl. haha gaya mcm aku duduk dlm pedalaman dan aku perak gila datang kl. Bukan itu aku nk sampaikan. Aku mcm malas menapakkan diri di rumah sewa aku. Yerla, memandangkan teman/kawan/geng seksyen 14 aku semua dah balik kampung. Depa semua tunggu nak konvo je. eh

ok! Aku terus menuju umah my lovely auntie. Senang cerita aku malas nak fikir makanan apa nak di makan sepnjang aku rs2 diriku masih bujang nih. * Dasar pemalas. Korang boleh start judge aku sekarang, I dun care, Tapi korang pon. Ape korang kesahkannnn. ( ^_^)



Terkinja-kinja.






Cooking time.







Haaaaa. Jangan fikir yang bukan-bukan. Takdenya aku masuk dapur dan terlompat-lompat dan suka pegang senduk duk ketuk2 kuali sambil mendendangkan zapin. aduh! Sumpah korang tak lalu nk tengok dan dengar.




Memandangkan pemandangan sekitar mata aku menampakkan bulat-bulat kecil, bulat la besar, syg mama syg papa. Eh nak buat cookies la. Perut mesti di layan mcm raja. ye dakkkk nun! Aku mendapatkan ilmu yg bermanfaat dr acik, dan memulakan kerja membuat cookies di rumahnya. Syok buat cookies kt umah dia. Oven besar gila, stok oven yg mcm kilang-kilang buat jual kek/cookies/muffin.Hebat kan! * dlm ht aku dah terpengaruh, kena beli satu ni oven cmni.Senang nak buat kek.




Aktiviti menguli adunan cookies famos amos citarasa orang kajang! Jangan ingat tangan yang meng-uli tak boleh menggoncangkan dunia. Motif?? selalu jangan tangan yang menghayun kan buaian kan. Lebih kurang la tuuu =)




Amik sejemput, letak! Sejemput, letak! Sejemput, letak!! uish. syok betol buat cookies ne. Takperlu nak tekap2 mcm buat tat nenas. Kecomotan cookies, semakin nampak delicious untuk dimakan. Kan kan kan =P





Beza tak dgn yang atas tadi. Meh miss aimaan ajar meh! Yang nie sudah masak yang. *mengeletis betoi. Ok! Cookies nmpk mcm boleh jual je. Buka untuk order juga. Untuk hantaran, siap dgn decoration.




Kuih bakar kemboja. Semakin hitam hangit, semakin laris. Kegemaran tok aku. Kalau sapa2 dr kl ne nak balik kedah, tok mesti order, 12/13/14 units.Dasyat kan! Satu hari makan satu. * tipu la cik kak. Apa hal tok aku makan samapi muntah, kot ye pon feberet kan.




Kuih Bakar Kemboja ni acik aku buat untuk di jual.Setiap hari dia jual. Pada mula acik aku kesan inferens aku buat td tu, bila mula2 beli oven baru. Dia pon smgt nih, berapi nak nak membakar kuih itu. Bakar punya bakar, memang terbakar, dan hitam. Malu nak jual. Tapi still pamerkan yang hitam itu. Tak di sangka yang hitam menjadi pilihan. haaaa jangan di sangka hitam tak menawan. Sejak hari tu, usaha menghangitkan kuih satu usaha yg sukar. Silap hangit, terpahit pulak rasanya. ( ^_^)





Aku saja nak bagi tahu aku belajar resepi baru. Nak resepi, jangan malu-malu mintak ye! Email je aku. Lenguh dah taip. Jom p joging. acah-acah rajin je!


Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign