Aimaan Ahmad: Tidakku biasa mendengar teguranmu

Sep 13, 2011

Tidakku biasa mendengar teguranmu


Assalamualaikum.

Adik-adik manis, jejaka pon manis, semanis kurma.



Semenjak sebulan kita berpuasa, aku time puasa ada jugak memberi peluang pd diri aku gatai2 menulis blog ni.Bila aku free, & mood menulis blog membara tak tertahan sampai kalau tak tulis boleh mati ni.Mati tanam-tanaman di persekitaran rumah aku kerana tak buka lappy, menjerngah ke alam maya.



Elok masuk sahaja bulan Shawal, sememangnya orang menyambut 1 Shawal sebagai satu kemenangan umat islam, tetapi kita pasti akan merasa sayu sayup je bila fikir adakah Ramadhan ini yg terakhir bg ku. Belum puas menikmati syoknyaaa ramadhan!

Baik adik ni, Ikut ayah solat terawih.


Tapi kita boleh membiarkan aktiviti ramadhan kita berterusan. dan boleh puasa 6. Yang mana nak puasa ganti tu, boleh setartkan diri tu menggantikan puasa sekaligus mendapat pahala puasa sunat 6 shawal. Tak gitu!!! (^_^)




Aku sebenarnya ada cerita.



Kisah aku.





em. Suatu hari sedang bersibukan aku dan emak aku mahu menyediakan juadah berbuka untuk puasa shawal kami.Jam menunjuk 7 mlm, bermakna waktu berbuka semakin hampir. Juadah yang kami duk bertungkus lumus nak buat ni pon hanyalah semata-semata "Kueh Melaka". Sapa tak tau, jgn duduk Malaysia. Aku belum kejam nak kata, sapa tak taw alamatnya tak lama la tuh.haha!




Ok! Sebenarnya hari kedua puasa, ayah aku dah mula ragam kempunan dia. Bukan nak hebat sgt pon, hanyalah sup tulang semata2. Buat sup, letak je tulang lembu. Rumah kami takde tulang lembu, tulang ayam tak ummph. Nama hebat kt kedah, org pgil "sup gear box". Bunyi mcm sup gear manual dlm kereta/lori/jentera sawah padi.haha!





Ok! Makanan sampai. Ayah aku pulang dgn bungkusan sup agaknya. cis! aku ni nk teka lagi. "Ayah tak tahu, tapi ni la hasilnya. Tak tahu tukang masak tu fhm apa". Sambil mak aku pon kalut nak tengok sup yg di beli. Dapat-dapat 3 sup sayur. 3 bungkus. Ayah aku order sup tulang untuk 3 org makan. em ayah aku ni sejenis manusia yang tak kan tuka mkanan kalau silap, tkkan marah kalau mkanan lmbt sampai, takkan byr kalau dah kenyang mkn kt kedai haha! *itu tipu





Aku si mulut pedas " Apa kejadah nih", dengan nada mcm suka-suka. Then ayah aku mcm meninggikan suara, "Along, kamu guna perkataan tu, perkataan maki tu" ..


Aku: Apa, guna je la. Dalam tv ade. * sambil mak aku duk nyampuk2 skali.

Ayah: Kamu ckp mcm tu dgn kawan2 ke, Bila belajar nih.

Aku: Takde ar. Baru belajar. Apsal? * Jawab aku selamba, sbb tak puas ht.

Ayah : Kamu tu guna perkataan maki kt mkanan.

Aku: haaa.. * muka blur

Ayah: Kamu tak kalau kat kedah, Itu mcm HARAM JADAH. Cuba tengok kamus dewan, memang maksud jadah tu, anak haram.
* uish,sejak bila ayah aku pndai buka kamuih dewan dan pustakaq nih.

Aku & Mak : Ktorang tgk kt tv, Apa kejadah nih mcm ape ke benda nie. Macam apa hal nih. * gaya org sekarang haha!

Ayah: Benda tak elok , cepat je korang ikut.



Dalam hati aku, mana aku tahu benda ni tak elok. Tengah berbuka nih, aku tahan sabar dri meletop. Jarang-jarang aku nak bercakap dgn ayah aku, tapi bila dia ckp/tegur , aku rs lain mcm. Dan kadang2 aku terfikir, aku nih tak ngam ke dgn ayah ni. Hati aku cepat panas.


Aku: Bukan mcm sama je ke dgn org ckp perkataan BODOH, BENGONG etc.
* masih lagi nak menang. ( !_!)



Kami pon makan cepat2, ayah aku belah g surau. Aku pon diam je seribu bahasa. Macam fikir, betol ke aku silap haaa.. Manusia mcm aku suka fikir, susah nak ditegur. Kalau di tegur pon , aku akan diam, Dan aku fikir. Fikir sampai bulu kening tumbuh hingga lutut haha!




Esoknya aku gerak g kl. Memandangkan aku ni agak menganggur jugak. Aku masih mendapat duit dr Pa & Ma. Tujuan aku g kl, kena intebiu dgn paklang aku * nanti aku cite. Then malam, aku bc satu buku ni. Lebih kurang mcm nak melahirkan keluarga yang cemerlang la.
Aku jumpa ayat ini.



"Tidak masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada sebesar zarah sekalipon sifat ego." (riwayat Muslim)




Masha ALLAH, satu ilmu yang aku tak penah tahu. Terus aku teringat kejadian berbuka tempoh hari.Aku belajar perbaiki diri melalui bacaan/kisah2 motivasi. Yang mana aku rasa mampu aku ubah, aku ubah sikit.



Minta ampun Ayah & Emak. Tiada siapa yang boleh menjadi HERO SAYA melainkan ANDA berdua.Moh dengar nasyid Rabbani. Sedekah Alfatihah juga pada Ustaz Asri.






Semenjak itu, apa je yang terjadi. Aku bertahan je dr tersasul benda yang tak patut. Padahal dlm hati dah terpacul pon ayat " Apa kejadahnya". Pantas sungguh syaiton sekalian merosakkan akhlak keturunan adam & hawa.

Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign