Aimaan Ahmad: Business Tanpa Modal

Pages

Nov 6, 2012

Business Tanpa Modal


Assalamualaikum. Hello semua! Apa habaq?! Blogku, aku rindu. Ecewahhhhh. Remind me during I'm studying at UM , I had frequently update my blog.  Dapat coolblog pon sodap*

Btw, my post today just wanna to share to all people, Doing business without capital. Its work! But you have to consistent and patience. Usually, cabaran modal ini dilalui oleh mereka yang suka sangat pada perniagaan tetapi tiada modal, atau mereka yang ingin menambah duit makan gaji, atau student. There are many of ways you can implement once you had to chose what you wanna do.

Okay! Sis Aimaan la senang kannn, Sis Aimaan hanya nak bagi tips, kerana saya pon masih dalam proses pembelajaran. Yang mana boleh di ambil sbg ilmu, terimalah dengan ikhlas.

Tips pertama , dropshipping memang sesuai untuk anda dapatkan duit sampingan sebagai modal permulaan. Program dropship ni bermaksud anda akan mendapatkan order dari pelanggan, dan menghantar order kepada supplier, dan supplier akan poskan barang itu tadi. Dengan kata lain, komisen untung atas anginlah. =) Contohnya, kamu ingin menjual lotion kurus.Hanya perlu menggunakan beberapa medium marketing bagi mendapatkan order, untuk masa kini kegilaan orang menjual. Semua pakat pos di facebook bukan. Atau anda guna sahaja marketing word of mouth. Untuk mendapat volumeof sale yang laju, kuatkan marketing anda dan ambil dropship produk permintaan sekarang. Jika kamu mendapat komisen rm 10 bagi setiap order, dan minimum daily order 10 unit, bermakna rm 100 sudah menjadi untung bersih sebagai simpanan anda.
Happy kann macam tu.


Tips kedua, gunakan ilmu di dada untuk kegunaan ramai. Senang sahaja, Jadilah guru tuisyen.
'' Apabila ilmu yang kamu ada, kemudian dikongsi kepada yang lain, kemudian ilmu itu masih di turun temurunkan." Masya Allah, banyaknya pencen kubur, saham akhirat. Okay! Caranya, sebagai student univ la contohnya. Cari tuisyen agent bagi memudahkan kamu mendapat student. atau kamu iklankan sendiri dgn membuat pamplet , dan hantar ke rumah2. Kebiasaannya anda akan di bayar rm 20 untuk 1 subjek dalam 1 jam. Masih tanpa menggunakan modalkan. (^_^)


Tips ketiga, saya perhatikan ramai rakyat Malaysia sekarang yang memerlukan pembantu rumah. Sebab mereka bekerjaya, tetapi mereka juga kekurangan wang untuk membayar pembantu rumah yang hampir rm5000 hanya bayaran permulaan yang perlu di bayar kepada agent. Belum lagi gaji bulanan maid. Okay, akan tetapi mereka takda masa untuk kemaskan rumah. Terdapat ramai orang yang boleh membuat kerja part time,jadi dengan cara anda mendapatkan pelanggan meminta rumah di kemaskan dan mencari pekerja2 part time. Anda bole dapat komisen untuk setiap rumah RM 10 kan. Kebiasaannya, tuan rumah akan membayar rm 100 untuk mengemas, membasuh baju. Boleh di lakukan ketika weekend. Dari mana saya dapat teknik ini, semasa saya belajar dulu, ada segelintir kawan saya yang mendapatkan wang sampingan seperti ini.


Jadi, ilmu yang saya ada. Hanya ingin di kongsi kan. Anda boleh bekerja tetap, dan memulakan cara mendapatkan modal. Idea banyakkannnn. Cuma tak sabar nak buat sahaja, langkah terbaik. Mulakan sedikit demi sedikit.  Saya berkongsi ini atas sebab pengalaman juga. Fast action is good, don't delay.


Sama seperti peserta balapan, siapa cepat , dialah JUARA!

Jika tidak keberatan, sudi sudi lah melawat website saya www.skipthebeat.net


Thank for reading this entry!

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign