Aimaan Ahmad: May 2017

Pages

May 22, 2017

Aktiviti Hujung Minggu I Sungai Jahang , Gopeng




Hye , Assalamualaikum ! 

Hujung minggu biasanya selalu buntu idea untuk mengisi masa lapang bersama keluarga . Kali ini Aiman buat spontaneous agenda menuju ke Sungai Jahang , Gopeng . Kawasan Sungai Jahang hanya dalam 1 km daripada exit tol Gopeng . Jika korang daripada highway , dan masuk exit tol Gopeng , terus belok ke kiri . Kemudian perlahankan kenderaan , perhatikan signboard menuju ke Sungai Jahang .  Dari persimpangan tu , dalam 2 minit sahaja dah pun boleh sampai . :)


Bujang trip ke Sungai Jahang , sempoi jerr . Aiman decide untuk beli sahaja makanan tengahari di Restoran Adily Gopeng . Kat sini banyak sangat pilihan lauk yang akan membuatkan korang rambang mata nak makan apa . Bila lapar , semuanya akan nampak sedap . haha 




Tengok tuuu . Bila sudah tapau makanan tengahari , makanya cepatlah Aiman boleh sampai di kawasan sungai . Selama saya membesar di Perak ni , inilah kali pertama saya datang kesini . Subhanallah rupanya lagi kawasan yang belum saya terjah .  Mujur kawan saya ajak datang sini .

Disebabkan ini adalah unplanned agenda . So saya datang sini hanya untuk lunch sambil menikmati alam semulajadi . Kawasan sungai yang luas , air nampak deras tetapi rendah sahaja di kawasan bermandi manda ni . Ramai pelawat datang dengan keluarga , dan jika korang terlupa membawa pelampung . Korang boleh juga sewa di sini .



Antara aktiviti korang boleh lakukan di Sungai Jahang ;

White Water Rafting 
Flying Fox
Cave Hiking
Swimming

Baik ! Aktiviti ni semuanya menarik perhatian saya . For sure saya akan datang balik ke Sungai Jahang untuk discover semua aktiviti ni . Bagi memuaskan hati saya yang tidak cukup hanya makan tengahari sahaja , saya pergi membeli buah durian yang menjadi buahan femes sekitar Gopeng walaupun bukan musim , mereka masih menjual buah durian . 






Saya kira beruntung apabila pakcik penjual buah durian hanya menjual sekilo RM 20 sahaja . Sebelum ini saya dengar kawan cerita mereka membeli dengan harga RM 35 sekilo . Sabar jelah kalau sudah teringin nak makan tu . Makanya pasti akan membeli juga kan . So saya beli 3 kilo durian sekali kulit haha , selepas mintak diskaun dengan pakcik , dapatlah saya RM 55 untuk dua biji  durian . Alhamdulilah isinya dua dua sedap dan elok . 


Haaa pasti korang rasa konfius mana satu gerai durian nak singgah since penuh penjaja di tepi jalan kan . Saya rekemen penjual durian pertama selepas melepasi lorong sungai jahang , beerti gerai berada di sebelah kiri jika awak dari pada exit tol Gopeng . 








Apabila perut kenyang senang hati , saya hanya melihat anak anak yang bermain air sungai . Penuh tawa riang mereka membuatkan hati saya gembira melihatnya . Anak ini tak reti panas terik , asalkan dapat berseronok dengan kawan , 5 jam sudah bermandi pun masih terasa 1 jam agaknya . Sampai hitam merelit dah saya tengok . Eleh Aiman dulu masa kecil pun juga macam tu . Sekarang ni sahaja baru pandai jadi puteri lilin . hehehe :) 


Hey orang perak ! Korang boleh datang sini bawa keluarga sambil beraktiviti riadah . Pasti boleh snap photo yang cantik dan frame kan sebagai kenangan terindah . Sekian .

May 13, 2017

Perlukah Bawa Supplemen Ketika Travel ?



Hye , Assalamualaikum !

Sebenarnya bukanlah banyak masa sangat nak menulis blog , tengok pada kuantiti posting di side bar pun sudah tahu Aiman dah mula sibuk dengan urusan lain . Tidak pada zaman study dulu kan , syoknya balik kelas mengadap laptop , tulis apa sahaja yang terkompol di otak kiri lalu Aiman terjemahkan dalam bentuk penulisan hihi . Kot memberi manfaat , ambik lah ! ",)


Hari ini Aiman nak kongsi sedikit persediaan saya sebelum travel terutama sekali bab menyediakan supplemen . Saya memang akui supplemen penting untuk kekalkan momentum tenaga dan tahap kesihatan di kala korang mula eksaited berjalan dan for sure akan skip waktu makan . 

Haaa nak kata saya berletiaq macam mak nenek le tew !

Sebenarnya ini pertama kali Aiman travel secara backpacker . Nak cuba ketahanan badan , tengok sesuai ke idak . Kira nak cuba pengalaman barulah . Konsep backpacker Aiman ni pun bukanlah heavy sangat macam backpacker di luar sanan yang discover banyak negara . Aiman hanya pergi satu negara sahaja , tapi nak galas beg dan konsep berjimat cermat . haaaa acah acah backpackers kan ! Sebab tu taknak kongsi sangat ! haha


Okay Saya booking tiket flight dalam keadaan tidak sedarkan diri . aha . Masa itu perasaan nak berjalan ke negara orang membuak buak macam gunung berapi . Setiap kali nampak perkataan Airasia , saya mula kebas kepala . Saya log in account airasia , mulakan check harga tiket . Tetapi masalah saya adalah , akuuuuu nak travel dengan siapa ni...hmm .


Mula muncul satu idea bernas di hujung hemisfera otak saya , why not you join anyone go to travel and make friends . aha . Then saya log in facebook , terus join backpackers buddies malaysia . Scroll up and down mencari sesiapa yang sedang mencari kawan untuk travel . Yeahhhh kali ini saya nekad untuk redah dan travel with new friend .



" NAK PERGI ACHEH 6HB MAY , SIAPA NAK JOIN ?''

Saya ternampak someone tulis macam tu di komen . Saya pm dia nak riki riki mana tahu dia sudi bawa saya join dia travel . hehe . Alhamdulillah dia pun kidnap saya sekali . 

Masa ini saya masih konfius either nak join or not . Suatu hari dia pm saya balik . " Saya dah beli tiket , awak beli nanti bagi tahu "


" Im  done beli tiket !" Terus saya reply macam tu . Taknak terlepas dari peluang berjalan dengan new friend . 


Yeahhhh bermulalah persediaan saya untuk memastikan sihat tubuh badan sebab nak berjalan di kawasan berlaut menyaksikan pantai biru nan indah di mata . hehe


Topik kita hari ini perlukah bawa supplemen ketika travel ?

Jawapan saya , " Perlu ! "


Supplemen bukanlah sejenis ubat confirm sembuh penyakit , tetapi ia satu inisiatif penambah nutrisi kepada tubuh badan . Kata lain , hat mana yang kurang tu , kita topup guna supplemen . 




Itu bag galas saya yang sendat . Cukup pakai untuk 5 hari 4 malam . Saya gulung gulung  bagi muat jugak !


Meh saya kongsikan apa supplemen yang perlu di bawa ketika travel dan fungsinya ;

Saya akan susun supplemen mengikut keutamaan , kerana ada juga supplemen sampingan , saya tetap bawa kerana tidak menjadi beban pada saya walaupun dalam keadaan backpackers. Genius pasti cari solusi ! muahahaha

VITAMIN C  

 Saya setuju vitamin C paling utama kerana fungsinya adalah meningkatkan sistem imunisasi badan . Jika kita mudah pening kepala , mudah jatuh sakit seperti demam , selsema , batuk , atau sensitif dengan makanan baru . Vitamin C ini akan bantu untuk stabilkan balik tahap kecerdasan badan kita . 

SPIRULINA 
Untuk pengetahuan korang , spirulina ini adalah multivitamin dan jenama cosway mempunyai certified organic . Kebaikannya memberi tenaga dan mengandungi anti oksidan dan anti keradangan . Spirulina juga bole mengurangkan gula dalam darah . Oleh kerana kandungan spirulina terdapat protein , zat besi , vitamin b1,b2,b3 , jadi ia lagi memudahkan kita sebagai traveller sudah cukup nutrisi yang diperlukan semasa travel .


CHORELLA 

Rasanya ramai belum pernah tahu tentang chorella kerana ia jarang di dengari . Chorella ini berfungsi untuk proses detokfikasi . Badan kita mudah rasa mengantuk , cepat letih , mudah migrain , rasa tidak bertenaga oleh kerana tubuh badan kita berada pada level asid . Dengan chorella, ia bantu untuk kita buat proses detokfikasi terutama sekali detoks hati . Korang akan terasa perbezaannya setelah ambil chorella terutama yang ada masalah sukar tidur . 
Bagi Aiman chorella amat perlu untuk memberi sokongan pada dua supplemen yang sudah di kongsikan tadi .


GLUCOSAMINE 

Yang ni kira perlu juga sebab apabila kita jalan jauh , naik pulak kawasan berbukit bukit . Jadi lutut akan jadi letih dan sakit . So sebelum tidur saya akan ambil glucosamine untuk relieve sakit sendi dan esok pagi akan bangun pagi tanpa ada rasa lenguh lenguh badan  . Itu yang best bila ambil glucosamine kerana kesan pengambilan dapat di rasai cepat dan efektif . Ada sampai satu tahap lenguh tumit kaki dan lutut akibat angkat berat , sampai kita rasa runsing bagaimana untuk legakan rasa sakit lutut . Dulu fikir glucosamine untuk orang tua sahaja , padahal umur 20an pun banyak lakukan aktiviti lasak dan perlukan supplemen untuk lutut . Betul sakit sendi lutut lega dan boleh berjalan cergas kembali .

OMEGA 3 

Supplemen omega 3 bukanlah keperluan semasa travel . Tetapi bagi saya , omega 3 bagus untuk daya fikiran , mudah ingat , dan dah jadi supplemen wajib untuk otak . Jadi saya masih membawanya . Omega 3 juga boleh bantu untuk kurangkan stress berfikir tambahan pulak korang dah travel ke negara orang . Currency bertukar , lepas tu stress kira duit . hahaha .


LAIN LAIN SUPPLEMEN 

Lagi dua supplemen yang Aiman bawa itu adalah krill oil dan evening primrose oil .

Krill oil ini mengandungi astaxanthin yang bagus untuk antioksidan . Krill oil juga mengandungi epa , dha , vitamin e , vitamin a , vitamin b4 yang mana banyak memberi manfaat melindungi jantung , mengurangkan kolesterol , melawan gejala pms , mengoptimakan kemampuan otak , melawan penuaan , dan memberi tahap kesihatan optimum secara keseluruhan .

Evening Primrose Oil (EPO) ini Aiman untuk stabilkan hormon dan menyeimbangkan emosi ketika travel . well wanita penuh dengan emosi . Jadi saya cuba fokus dari mudah rasa lemah semangat sementara menanti waktu period . Oh yaaa tarikh saya travel dalam lingkungan jangkaan period time . So standby apa patutlah kiranya . Cuma epo ni perlu berhenti ambil apabila sedang period .






Dari atas dalam pillbox biru ; Omega 3 , Evening Primrose Oil , Krill Oil , Spirulina , Chorella dan bahagian dalam pillbox putih ; Glucosamine dan Vitamin C . 





Aiman baru jumpa pill box yang compact untuk mudah dibawa travel . Cantik dan kemas ! Saya google mencari desain yang cantik untuk pill box selepas survey di Guardian /Watsons . Akhirnya saya jumpa ada di jual di website alibaba.com . Yang menariknya adalah harga murah dan percuma postage dari China . Pill Box ini sampai dalam tempoh 2 minggu .



Basicly inilah supplemen persediaan aiman bawa untuk travel . Saya kongsikan supaya korang boleh analyze apa yang perlu korang sediakan . Ia bukan wajib , tapi keperluan bila diperlukan . Ia bukan ubat untuk confirm sembuh tetapi supplemen adalah inisiatif kita untuk kekalkan kesihatan dalam keadaan optimum . Next posting harap sempatlah saya share trip acah backpacker Aiman hihi .


Thank you for reading ! 



Your beauty & Health Consultant 
Trusted Cosway Business Owner
Whatsapp : +6018-571 3858
Follow instagram : @aimaan.my
12
 

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign