Aimaan Ahmad: Plum Ball : Merawat Sakit Ulu Hati Yang Kerap

Pages

Aug 20, 2018

Plum Ball : Merawat Sakit Ulu Hati Yang Kerap


Hye, Assalamualaikum ! :)

Saya yakin ramai orang mengalami sakit ulu hati selepas makan, terutamanya apabila korang skip breakfast atau semasa bulan puasa. Perut terasa tidak selesa dan korang tertekan dengan keadaan sakit ulu hati yang kerap sangat berlaku. Saya juga pernah alaminya, dan setelah saya menjumpai satu buah yang membantu melegakan permasalahan sakit ulu hati secara semulajadi , apa salahnya saya berkongsi pada korang !


Pernah dengar mengenai Ume? Ia adalah plum Jepun, yang juga dikenali sebagai " Buah Berlian Biru". Ume telah digunakan berabad-abad lamanya. Ia pernah digunakan oleh pahlawan pahlawan samurai Jepun untuk mengatasi keletihan, melindungi mereka daripada keracunan makanan dan menyembuhkan luka pertempuran dengan lebih cepat disebabkan tiada antibiotik pada ketika itu !



Malah pada hari ini, Ume masih lagi merupakan buah popular dan sangat diperlukan dalam setiap kediaman di Jepun. Vitamin, mineral, asid organik, antioksidan (seperti katekin dan mumefural) dalam ume yang menyumbang kepada kuasa penyembuhan semula jadi yang luar biasanya.


UME SANGAT PENTING BAGI SEMUA ORANG, DARI YANG MUDA HINGGA YANG BERUSIA. 


Apa yang menyebabkan asid-asid berbahaya berkumpul di dalam badan?

  • Diet terdiri daripada nasi, mi, roti, daging, makanan ringan, kopi, minuman bikarbonat, alkohol dan lain lain.
  • Kurang bersenam atau melakukan senaman berat untuk tempoh yang lama.
  • Toksin di persekitaran.
  • Penggunaan ubat ubatan yang berpanjangan.
  • Tekanan
  • Obesiti

Mumefural- Bahan aktif penting daripada UME.

Selain memperbaiki peredaran darah, banyak kajian menunjukkan bahawa mumefural mengandungi antioksidan yang kuat dan menunjukkan kesan perlindungan yang berkuasa kepada kesihatan kardiovaskular.



MANFAAT PLUMBALL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :



1. Melegakan kekakuan leher, kesakitan badan dan otot.

Kekakuan leher, keletihan, insomnia, cepat marah, kesakitan badan, kepala, sendi & otot, metabolisme yang perlahan, berat badan dan penuaan pra-matang adalah hasil  daripada badan yang berasid. Badan boleh menjadi berasid disebabkan pengumpulan asid laktik dan asid asid berbahaya yang lain.

Berbanding dengan rasa masamnya, Ume adalah sangat beralkali dan juga disebut sebagai " Raja Makanan Beralkali". Ia sangat baik untuk menguraikan dan meneutralkan asid laktik dan asid berbahaya yang lain untuk mengelakkan pengumpulannya dalam badan dan menormalkan pH badan. Mengekalkan pH badan yang ideal adalah penting untuk memastikan bahawa semua fungsi badan kita berada pada kemuncaknya.


2. Meredakan masalah pencernaan, kesenakan & sembelit.

Ume membantu melegakan ketidakselesaan & ketidakhadaman perut, meningkatkan selera makan, mengurangkan kekembungan dan mencegah sembelit.

Ume adalah kaya dengan asid organik yang membantu meningkatkan penguraian makanan dalam perut dan mempercepatkan pergerakan peristalsis usus. Keadaan berasid dalam gastrousus juga melindungi sistem pencernaan daripada penyakit yang disebabkan oleh kuman yang boleh mengakibatkan sakit perut.


3. Mengatasi keletihan dan mengantuk yang kerap.

Rasa mengantuk selepas makan tengahari di tempat kerja? Ume bertindak seperti azimat untuk mengurangkan kelesuan dan keletihan. Ume kaya dengan asid-asid organik seperti asid sitrik dan asid malik. Asid Sitrik dan Asid Malik berfungsi sebagai bahan bakar untuk meningkatkan kitaran TCA ( juga dikenali sebagai kitaran kreb). Proses biologi ini mewujudkan tenaga yang banyak dalam badan korang dan menjadikan korang lebih bertenaga dan kurang keletihan.


4. Perlindungan daripada selsema, kesejukan dan jangkitan.

Ume bertindak sebagai antibiotik semulajadi, menguatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang  menyebabkan demam, dan sakit tekak. Ume membantu kanak kanak untuk mengukuhkan pertahanan imun mereka supaya mereka tidak mudah batuk, selsema atau demam setiap kali rakan sekelas mereka mengalaminya.


5. Mengurangkan kesan mabuk.

Orang yang mengambil ume boleh meminum alkohol dan kurang menderita akibat kepeningan pada hari berikutnya. Ume membantu meningkatkan fungsi hati yang juga memperbaiki metabolisme yang lembap, meningkatkan detokfikasi, dan menyumbang kepada kesejahteraan secara menyeluruh.


6. Mengurangkan kepanasan badan.

Memakan buah buahan yang bersifat panas, makanan bergoreng dan pedas secara berlebihan akan menyebabkan kepanasan badan. Ume dengan kandungan asid organik yang tinggi membantu meningkatkan penghadaman dan menormalkan pH darah seterusnya menghindari kesan kepanasan.


7. Melegakan cirit birit dan muntah muntah.

Ciri ciri anti mikrob pada Ume membunuh bakteria berbahaya yang menyebabkan cirit birit dan muntah muntah selepas mengambil makanan dan air yang tercemar. Ume sangat baik untuk menghilangkan keracunan makanan. Para penyelidik juga mendapati Ume berkesan untuk merencatkan jangkitan bakteria Helicobacter Pylori yang dikaitkan dengan gastritis yang kronik.


Nikmati manfaat kesihatan yang lain daripada Ume :

  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengawal tekanan darah
  • Menggalakkan penyerapan kalsium dan zat besi
  • Mengurangkan simptom diabetes
  • Mengurangkan simptom gout

Pastikan korang sentiasa simpan plumball dalam handbag, jika travel wajib ada. Plumball di perlukan tatkala sakit pedih ulu hati :)





No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign