Aimaan Ahmad: Sambal Udang Sempoi

Pages

May 3, 2013

Sambal Udang Sempoi



Salam. Favourite makanan saya , sebarang makanan yang menjadi utamanya adalah udang. wehuuu ! :) cukup gembira dapat masak laju laju untuk mak ayah yang sudah lama tidak menikmati masakan aku . cewah ~ Dorang usha je dari jauh, mintak2 anak aku masak hari ini, supaya mak boleh berehat-rehat sambil menonton video  kempen-kempen undi. haha. Ayah balik solat, seperti biasa mencapai tab nya untuk bersantai-santai surfing internet sebelum membodek mak aku menemankannya makan. :)
Sungguh harmoni bila balik kampung, Jom tanam jagung pulak lepas ini !



Aku hari ini mood baik dari demam, nak memasak. 
Resepi pilihan kita hari ini : SAMBAL UDANG SEMPOI .

BAHAN-BAHAN :

500MG Udang 
( please hiris belakang badan udang untuk buang tahinya, erk !)
Satu biji bawang besar
10 keping Cili Kering
Asam Keping
Garam
Gula
Minyak masak ( suka kau apa brand !)


Haaa sila nikmati dulu gambar di bawah. Ambil semangat gigih nak buat untuk orang yang korang sayang pulak. Masakan ini akan lagi best bila letak petai. Bila jadi sambal udang petai, nescaya nasi masak hari ni akan menjadi dua kali ganda. Dan take note, tandas pon akan di cuci 5 kali ganda. lain macam sikit rajinnya :)


seterusnya... Langkah-langkah



TEKNIK:

1. Panaskan minyakk di dalam kuali. Masukkan bawang yang sudah di blender. Pastikan bawang tadi di tumis sehinggakan menaikkan bau yang harum dan menyelerakan.

2. Masukkan cili kering yang di blender. Saya lebih suka cili ini betul-betul masak. Biarkan cili masak sampai pecah minyak. Dan boleh tambahkan sedikit air sampai tumisan tadi kering semula.

3. Masukkan asam keping, garam , gula.

4. Kelihatan cili tadi sudah masak. Masukkan udang anda. 

5. Pastikan udang di masak dengan baik dan sekata. Warna masakan akan kelihatan cantik.

6. Siap. Jika rajin, buatlah sedikit " plate-ing" untuk masakan anda. Lagi lah bertambah selera cik abang korang. ahhahahaha.



Jom makan !



Aku hanya berkongsi masakan bujang. Buat laju-laju. Makan pelahan-lahan. Elakkan makruh, iaitu makan makanan terlalu panas dan terlalu sejuk. Sederhana . :P


Selamat mencuba !

Thank for reading this entry !

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign