Aimaan Ahmad: 2014

Nov 14, 2014

Aku tidak kuat, keranamu Allah, aku harus kuat!






"Sayang, masalah di dunia kecil sahaja. Esok esok azab akhirat lagi besar taw"
"I tak mampu. I tak tahu nak buat apa"
"Look. Allah always be with u. Sebab Allah pilih u untuk carry all this. Allah rindukan tangisan u merayu kat dia"
"Kenapa I, I dah letih dgn semua ni"
"Sebab Allah nak u dekat dgn dia. Di saat u leka, ada masa tu u selalu berzikir. Takkan. Tapi bila u di uji, u tak lupa nak zikir, itulah perubahan kasih sayang"
Orang yang berjaya, mampu mengawal diri sendiri. Tidak kira apa jua rintangan, bergantunglah pada Yang Maha Pencipta. Dia sentiasa menenangkan u

Nov 13, 2014

Sepuluh anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu

Mata aku terlintas suatu kelibat seorang wanita jauh nun sedang melintas jalan ketika bumi Allah masih dihujani dengan lebatnya.

"Nadia tengok tu, kenapa dia jalan masa hujan ni", kataku pada staff.

Wanita itu terhencot hencot bertongkat ke arah bangunan shoplot arah premis ku untuk berteduh mungkin.

" Kak nak p tengok sat kedai sebelah", kataku pada staff.

Kelihatan pekerja Indonesia di kedai herba jiranku telah bertegur sapa. Lalu aku juga menyampuk untuk memulakan bicara.

"Makcik, makcik nak pergi mana ni?", aku bertanya kemusykilan berlegar legar difikiran.
"Makcik nak pergi rumah anak", bergetar suara sebak didada menyatakan hasrat hati makcik itu.

"Makcik sudah makan?"
"Belummmm. Acik tak makan, beras tak ada. Acik nak pergi rumah anak", berkerut kerut untuk memahami butiran kata makcik itu memandang gusi sahaja masih tinggal.

"Makcik nak pergi naik apa ke rumah anak?"
"Acik jalan kaki"

"Makcik.......kuatnyaaaaaa"

Lantas aku masuk ke kedai semula dan berjumpa makcik dengan beberapa nilai rm hasil kutipan staff.

"Makcik, ini sahaja kami bantu makcik. Makcik makan na. Makcik nak nasi, kat sana boleh beli".
" Terima acih, moga kamu murah rezeki dan dilindungi Allah", berjurai air mata menitis lalu aku mengusap ngusap tubuh makcik yang kesejukan.

"Nadia, bagi domino's kita beli tadi pada makcik ni"
"Kekman, makcik tu takda gigi mcmanaa nak makan"

Aku menggapai cookies dan beranggapan cookies akan mencair ketika menghisap.

Setelah di panggil berteduh di hadapan premis, aku mula berbual panjang sehingga makcik mulai ketawa.



"Kamu cantik. Kamu baik. Hidung nya macam ni"
"Anak menggali makcik", gurauku berhasil. Tersengeh makcik semacam tidak mahu pulang ke rumah anaknya.

"Bagus anak anak ini. Anak makcik sombong".

Minda aku laju berfikir. Kau mesti positif aiman.
Aku cuba bersangka baik untuk anak anaknya. Makcik punyai 5 orang anak dan semuanya bekerja. Jika mereka jaga ibunya, pasti makcik ini tidak selebet begini. Jika mereka jaga ibunya, pasti makcik tidak berjalan sejauh ini.

"Makcik, dorang hantar makcik na", kataku pada staff lain.
"Jangan. Jangan. Nanti anak makcik pukul makcik dgn ni", ditunjukkan tongkat. Sebaknya tak terkata apabila sedikit demi sedikit cerita diluahkan.

"Saya hantar makcik rumah kebajikan ya", kelihatannya gembira ke rumah orang tua tetapi makcik menolak ke sana atas dasar anaknya sedang sakit. Sebab itu makcik berkeras untuk ke rumah anaknya.

Staff saya menghantar makcik di tempat yang diberitahu, malangnya makcik tersebut lupa jalan arah mana.
Jadi mereka bersepakat menghantar makcik ke Balai Polis. Sehingga ke malam ini aku masih berfikir apakah nasib makcik itu tadi.

Sempat aku berkongsi pada makcik, " makcik , masa hujan lebat ini makcik doa pada Allah dan minta segala doa makcik dimakbulkan ya. Mudahan anak makcik lembut hatinya"

"Ya ,acik doa, acik doa, tiap tiap hari".

Ya Allah siapalah aku insan yang tidak sempurna, untuk mendidik makcik tentang doa. Sedangkan makcik sedang di uji dengan ujian dunia. Jauh di sudut hati ini, kau hadiahkan yaAllah pada makcik kehidupan yang selesa. Umurnya tidak lama, sudah mencecah 88 tahun hari ini.

Nov 12, 2014

Tangga kegagalan apabila anda berputus asa


" Nak berhenti mendaki tangga kecil kecil ni lah."
" Lagi 3 anak tangga saja tu."


" Saya betul betul sudah putus, nak buat benda lain pulak lah."
" Tak menyesal ke? ."


" Aku minat buat business yang ni pulak, tengok best friend aku skrg dah berjaya dah."





Okay. Turun tangga ke anak tangga pertama semula, dan position your brand balik semula. Cari tribe you balik. Cari mentor you balik. Cari modal balik.


Ini cheq nak habaq mai. Jangan kalut nak varities nak godek sumber kewangan dgn buat business sgala mak nenek. Hat yang ada pun hang tak bulih handle.
Bina swot analysis your current business. Takdak mentor, p carik!

Apabila dah duk atas tangga atas, rasa tak gayat. Haaaa lompat anak tangga yang lain pulak. Baru syiok masa tu. Nak renyeh pun smpai telinga. Bukan jalan kerut2 kerisauan.

Putus asa tu tak bagus.

Contoh aaa. Last time ada orang buka gerai nasi lemak depan kedai cheq. Hari pertama ni aimaan p rasa. Sedap ke dak? Sekali sedap menggila. Finger licking good. Ciplak tagline orang lain. Then depa meniaga ada lah dalam bape kerat je mai. Nega malam, lampu bulb x pasang, inikan nak mengharap chandelier. Takda der. Depa meniaga dua hari ja, cheq yang frust. Takdapat makan nasi lemak depa.


Ruginya.


Best tak buat customer menangis sebab tak dapat produk hangpa? Best ke idak? Ishk.

#tipsaimaan

Nov 11, 2014

Peniaga Air Batu Campur & Cendol




Melihat setiap insan di bumi Allah dengan nilai tambah. Bukan hanya touch n go sahaja boleh tambah nilai. Contohnya begini. Jika aku melihat abg mamak kajang punyai customer beratuq panjang dengan menjual pelbagai jenis cendol dan abc. Aku mesti tahu apa nilai tambah yang dia gunakan untuk menghasilkan branding cendol kajang. Gulp.. nyamannya minum abc special ptg ni.

Duk minum abc rapat rapat. Cash money depa ni.



Untuk perniagaan begini, aku clasified sbg short term dan long term.
Short term untuk individu yang ingin memulakan perniagaan. Contohnya anda newbies punyai impian untuk buka perniagaan yang anda minat. Tetapi anda tiada modal yang besar. So jual lah abc atau cendol dulu. Lepas tu berniagalah perkara yang anda duk minat sangat tu.

Long term untuk individu yang sudah mula pon perniagaan abc dan cendol ini. Apakata hangpa expand kepada branding dan franchising. Came out with your own instand corn , red bean etc. Siap pakai baju smart punyai tagline business anda. 1 bungkus rm 2. Jual 1000 bungkus 5 jam sehari takpa dah. Impian perlu tindakan!

Ikhlas,
Moslem entrepreneur

Nov 10, 2014

Pembeli vs Penyangak

Hujan renyai di senja hari.

Kelihatan seorang pakcik basah kuyup menolak nolak dinding kaca premis. Aku melihatnya sahaja, jauh sudut hati timbul jua ketakutan. 3 saat memerhati, lama aku menekan button lock pintu premis. Lalu mengarahkan pakcik tolak di pintu, bukam dinding kaca.



"Ya , uncle nak cari apa?",kataku.
"Bread maker ada?"
"Ada, sekejap na." Pintu kaca aku biarkan ia terbuka.
"Kenapa ramai orang beli?"
"Ini bagus ma. Mau masak senang ma. Uncle masuk tepung air yis bagai, tutup , terus siap roti," cobaan adapt dialect uncle.tapi uncle tak ma ma ma pun.
"Mau angkat satulah, berapa berapa."
"Rm399.00."

Nah. Berbondot keluar. Lalu ku packing lelaju khas utk uncle. Kesian la hai berkuyup. Keluar saja uncle dari premis. Aku nampak uncle redah hujan jauh untuk menaiki kenderaan besarnya.

" Hello uncle, uncle tertinggal spatula. Macamana?"
"Takpa.sy datang"

Kembali uncle bertambah kuyup. Uncleeeeeee. Sedihnya. Terima kasih sbb gigih mai beli dengan saya.

Nov 8, 2014

Asam Garam : Minyak petrol


Kenaikan hrga minyak petrol di umumkan, maka dgn ini harga petrol ron95 berharga rm2.30 seliter.

Berpusu pusu posting di newsfeed ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati, ada pakar ekonomi suam suam kuku, dan ada juga bertindak untuk berkongsi tips pembelian petrol teknik bijak dan tidak merugikan.

Tips: isi minyak petrol dalam langkauan rm23, rm46, etc. Bermaksud elakkan melakukan pembelian rm 20, rm30, rm40 dan seterusnya. Dengan mengikuti teknik pembelian minyak rm23 bersamaan 10 liter, anda akan memperolehi belian 10 literlah ! Tertera pada tangki minyak di stesen petrol secara tepatnya. Jika anda buat pembelian rm20, nilai liter menjadi 8.56567398766 liter. Tetapi bacaan harga dikesan setakat dua titik perpuluhan sahaja.

Operasi bereksperimentasi.



Aku mula mengamalkan teknik ini sejak sejak ajaran ini tersebar meluas. Kereta kami di rumah family aci aci pakai ikut suka. Sat hang tukaq hat aku. Sat sat aku pakai hat hang. Aci aci aku semedang dapat masa tank minyak berkelip kelip. Apa depa bijak!

"Kak, minyak rm23." Kakak mula menekan pilihan dan bayaran.
"Eh 23 literkan. Eh jadi berapa ringgit" Dalam masa yang sama memulangkan baki rm30 lagi.
" Tak. Rm23 lah".
"Ohhhhh. Minta rm3 lagi ya. Uncleeeeeeee. Tolong isi kereta tu lagi tiga ringgit ya."

Macam tak guna ja aku isi rm 23. Angka dua digit jugak aku dapat. Berasap telingaaaaaa.

"Thank u uncle."

Nov 3, 2014

Terima takdir besar hikmah perolehi Harry



Seorang lelaki bernama Harry tinggal sekampung dengan aku, sejak kecil. Seusia 6 tahun aku sudah mengenali lelaki nama Harry ni kerana dia adalah salah seorang pekerja ayah aku. Walaupun mulut Harry macam bertih jagung lajunya memercik, apa kurang hasil kerjanya. Amat laju menyiapkan tempahan walaupun pelanggan mahu stok seawal 4 pagi.

Dia akan gigih ke rumah aku, dan patuh pada majikan.
Melonjak usia 13 tahun, aku tidak lagi menuntut di daerahku. Aku keluar daerah atas dasar sukarela, tetapi penyakit rindu rumah juga.
Masa berlalu sehingga aku seusia 20an. Genap 20tahun seawal aku mengenali Harry.

"Harry, eee hang! Apa kabor? Lama tak nampak", aku menegurnya ketika terserempak di Kedai Chong, di kawasan kampung cina.
"A.... besar dah. Lama tak nampak.Kete bawu, kete bawu. Besar besar", Harry menjawab sapaan aku.
" Balik na".

Masih teringat lagi semasa Harry kemalangan di depan surau, melambung lambung. Saat itu ramai orang kampung berteriak.

Nyata umurnya masih panjang sehingga hari ini. Dari pemerhatian aku, Harry masih kuat bekerja seperti dulu. Tidak sia sia ibu Harry percaya dengan kuasa Allah, walaupun miliki anak mental disorder, tetapi hayatnya hanya bekerja dan duit terus diberi pada keluarga sehingga sekarang.
Anak yang waras lupa diri.

Jika dulu waktu pagi bekerja di kilang bergaji hari, di kala tengahari berlari ke rumah penyembelihan. Sebelum balik, sempat lagi membuat pembersihan kawasan rumah kami.
Melihat Harry tempoh hari, aku terdiam sejenak menghayati bertapa indahnya Allah cipta manusia di muka bumi. Jangan mudah menyalahi ciptaan Allah kerana ia pasti punyai hikmah yang besar disebalik kejadian.

Sampai sekarang Harry kayuh basikal berkilometer. Gulp.

Terima kasih atas sudi membaca!

Oct 20, 2014

Today your day, I am next perhaps




Pay them a visit.
I am worrying my grandmother's health. She's currently in Madina. Everyday can't sleep well, tired of breathing, no appetite. 

I hope she's getting well as soon as possible. Only 4 days left, welcoming them to Malaysia after 45days of waiting.

Today I was in Fatimah Hospital , paying a visit for my mak angkat. She went through operation for tonsil. Remember, she came to my house and I bullied her to cook udang galah and ikan talapia merah. She just doing it whatever I asks.

Seeing her in pain has put me in reflection view. Yes. Allah menguji kamu di atas kemampuan kamu. Be strong. Kuatkan hati dan pegang Allah pemberi dan penyembuh segala kesakitan.
Lets dzikir alway.

Regards,
Mosleem Entrepreneur

Oct 19, 2014

Keep on reading, not "ulat buku"







Compulsory monthly investment

Been in Kl for short trip is a very super hectic schedule and what I really enjoy was been in any bookstores. I managed to grab those best seller author book currently and now, can't sleep well coz excitement enzyme has rolling up and down inside me.

I chose to read "rich dad poor dad" first.

I've new habit recently. Any stores, I will ask them either they offer membership or not. The purpose of asking them is I want to know what benefit of membership. Then I managed to get free MPH membership by purchased above RM100. Every RM1 equal to 1 point. Each 100 point, can redeem RM5. In addition, they celebrate your birthday every year by giving 15 % off on books and double points.

This is crazy. Enjoy up to 25% discount on selected new and hot titles every month.
#mph store has control me successfully.

Why I bought #diagnosis? Ini kisah pengalaman doctors. Business people tiada experience mereka.

Why I bought kuasai pemasaran #facebook by #dao? Teknik pemasaran terjimat masa kini.

Why I bought jejak mentor pelaburan #saham by #mohdasriahmad? Sebab abang saya penulis buku ini. Ahahahaa acah je!! Ilmu saham tak boleh langgar tembok atau redah redah redah. Ini cari bala namanya. Hangus sesaja je wang pelaburan. kalau gigi dah longgar pergi makan epal. Tak ke tercabut semua gigi tu. So tanya lah atau menuntutlah ilmu dahulu sebelum menceburi bidang itu.

Surah 96 Al Alaq : Ayat 3 -4.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah, mengajar manusia melalui pena dan tulisan."

Reading habit nurtures by my parents. Till now, mom and dad continuosly reading any books even though they have to wear glasses. Gigih. We have book walls board. From top ceiling touch down floor. Dah macam bilik profesor cerita Harry Porter.

Ayah's birthday present? Book. Hohohohoho

Jun 1, 2014

Dior Snow, The power of glowing skin.


Assalamualaikum.

I never have trust to this brand until I've experienced used it. This brand has been introduced by my aunty, from Brunei. She's good in beauty product knowledge and she's beautiful. Some people assumes her still 30's but she's 55 years old already. 

I'm still remembered one day, we were walking around Halal Festival Event 2014 at Kuala Lumpur City Centre and been approached by a seller from Arab Emirates United. The seller is selling beautician   product , specifically masker. 

Then the seller promoting words, " I'm just 30's, but look at me. I looks younger than my ages." 
My aunty asked her back," Please guess my ages." 
" You're 35 years old". 
Then both of us was laughing crazily. "Nope, I'm 55 years old".
"uhhh then you should tell us what your tips"

Ended up we just buy what they sell for try. why not. Btw, my review is about Dior snow set.
Dior is always quality. Whether it's clothes, sunglasses or skin creme. I've never been disappointed. This was no exception. My skin is changing. Before this, I'm suffering dry skin problem. and a lit bit of pigmentation. I used these set of product patiently until fully recovered.

I've bought it in set; toner, serum essence, mosturizer and foundation. For facial foam, I only ngam with Garnier at that time because of my skin also sensitive skin. Then now, my facial foam is sf beauty  brand.

My pores are getting smaller and it seems that dark spots have lightened. When your read  the ingredients and the first thing you see is water. You can feel good about putting this on your skin.


See!! I put mini sticky note at every, to avoid me putting it wrongly. Budak hingusan betul guna product ni. But its okay. Now I'm okay with it. I used it happily. For your information, I've been using it for more than a year. This set can be use for almost a year and saving your account lah :). It's worth the money. Luckily, I've got sponsored these cosmetics from my aunty. Looks like she want me look beautiful as her.

I think it work really well. No more breakouts! Skin's clearer and smoother.

THAT'S ME! 


My addition advice is just drink more plenty water a day. 
Its keep you away from doctor.:) Chill.


Thanks for reading this entry!

May 25, 2014

E Trienol punyai 60 kali ganda serapan vitamin E


Assalamualaikum.

Ramai orang sudah concern tentang kesihatan dan kecantikan. Dan ramai orang juga tahu vitamin e amatlah bagus untuk kecantikan kulit dan kesihatan badan. Aimaan nak memperkenalkan vitamin e terbaik, yang mana produk e-trienol mampu menyerap 60 kali ganda lebih bagus dari produk vitamin e kat luar sana.

Dalam produk ini mengandungi tocotrienol yang berasaskan dari minyak kelapa sawit mampu meningkatkan keberkesanan dan kadar penyerapan yang baik untuk sistem kardiovaskular kita. Vitamin E juga disebut sebagai vitamin anti kemandulan. Untuk wanita juga, di nasihatkan ia sebagai perawatan kemandulan, kelainan menstruasi, peradangan vagina, gejala menopaus, mencegah keguguran.

Bukan sekadar untuk perempuan, e-trienol juga bagus untuk lelaki ya abang abang. Ia boleh melindungi membran sperma dr terjadinya teroksidan, jadi kerosakan dna sperma merupakan salah satu sebab terjadinya ketidaksuburan.




Rupa packaging e-trienol.

Pengambilan e-trienol amat mudah. Seperti supplement yang lain, ambil 2 kali sehari. Sebelum breakfast dan sebelum tidur. Aimaan lebih suka jika saya list down spesifik apakah kelebihan e-trienol :

  • Anti-penuaan : ia berperanan menjaga, meningkatkan elastik dan kelembapan kulit, melindungi kulit rosak akibat sinaran uv dan mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Anti- oksidan : ia memantu melindungi struktur sel terutama membran sel dr kerosakan akibat adanya radikal bebas. 
  • Sistem imunisasi : meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, meminimalkan risiko kanser dan penyakit jantung.
  • Mengurangkan kolestrol "mudarat" LDL sebanyak 31% dalam masa 4 minggu tanpa menurunkan tahap kolestrol "baik" HDL  dan mengekalkan kelenturan saluran darah untuk tekanan darah yang lebih baik supaya mengurangkan risiko serangan sakit jantung atau strok.


Iols sememangnya mengamalkan supplement vitamin e. Untuk menghargai pemberian Illahi, kita harus menjaga sebaiknya.


Sebarang pertanyaan dan nasihat berkaitan supplement : Boleh hubungi + 601129040645.
Jemput lawati farmasi cosway kami , lokasi di Cosway Pasir Putih, Ipoh.

Thank for reading this entry!

May 20, 2014

Profesion sudah kencang, tapi masih mahu buka farmasi ecosway


Kalau nak ikutkan anasir negatif , kata lain biawak halus duk melekat dalam badan kita. Sampai sudahlah tak merasa jiwa kental. Setelah saya lalui proses kehidupan, mencari perniagaan yang bersesuaian. Banyak pros dan cons kita boleh list down. Tetapi segala cons tu, mesti diatasi dengan bijak. Melalui proses pembelajaran dikampus amatlah berbeza dengan praktikal perniagaan. Teori hanya boleh ditulis pada kertas, jika tiada kuasa tindakan. Nescaya ke laut lah jugak.

Ramai berprofesion bagus seperti doktor, pensyarah, businessman , director movie dan sebagainya masih terkejar kejar untuk mengambil peluang sebagai stokist ecosway farmasi. Tindakan usaha yang dilakukan mestilah diiringi doa. 

Jadi kenapa aku mahu sangat uruskan kedai ecosway sendiri, dengan kata lain. Business partner with ecosway dalam perniagaan farmasi : Jom rujuk di bawah.


Sistem : aku tak suka uruskan sistem perniagaan sendiri yang mana aku kena p training apa mesin terbaik, apa teknik pembayaran kepada supplier, dan sbgainya. Lebih baik aku belajar dari orang sudah ada sistem, nanti sok sok aku duplicate je. Tak kira kau sudah ada pengalaman  doktor 20 tahun, atau pensyarah ke hape ke. Amat susahlah kalau kena mula dari awal terkedek kedek nak  buat business.

Produk kualiti : semenjak aku guna, sampai sekarang aku tak beralih jenama lain. Kualiti bagus, setanding antarabangsa, dihasilkan dr pengeluar dan penyelidik terkemuka. Kebaikan pada supplemen, tanpa was was. Dari sini aku boleh belajar banyak sangat ilmu free, sapa nak ajar weyh. Pepatah aku sendiri, sesiapa yang suka menuntut ilmu, maka dia tidak menjadi orang tua yang membosankan suatu hari nanti. 

Kedai : Nilai kedai yang aku tak mampu keluarkan modal. RM800K - RM1.2K. Kawan aku buka kedai runcit, bungkus! Sebab tiada mentor nak ajar lagu mana nak handle stock, overhead dan sbgnya.

Majikan : Dari sini aku boleh belajar network marketing , kerana dalam perniagaan mestilah ada networking. Selain itu juga, boleh tolong sedara mara aku yang masih tiada pekerjaan dan punyai tanggungan yang ramai. Maka, inilah caranya nak tolong mereka dengan menjadi majikan. Malah, perniagaan ini boleh di wariskan.

ONGKOS : Pendapatan yang lumayan. ada sumber aktif, pasif dan sampingan. Percayalah korang, semua perniagaan perlu di jual pada manusia, bukan binatang. Jadi, pada siapa lagi nak kita kongsikan peluang perniagaan ini, semestilah manusia di bumikan. Kata lain, sumber duit dari pelbagai aspek buat saya remain constant in this business.

LOKASI : Wohhh! ini  peluang ajaib. Boleh minta kawasan feveret untuk kita uruskan stokist. Lagipun, pengguna mudah untuk mendapatkan produk kita sebab agihan produk berada di seluruh Malaysia dan dunia. Ramai orang fikir, cosway adalah jenama luar negara. Oh tidak sayang sayang! Cosway ini sudah international. Dari Malaysia, keluar ke luar negara. 


I seorang manusia yang particular pada makanan dan kesihatan. Mesti kena ikut peraturan. Duit ada penting, tetapi kesihatan lagilah penting. Dengan kesihatan yang baik, saya boleh  berkhidmat lebih lama pada emak, ayah dan ahli keluarga tersayang.

Demi keluarga, saya gagahkan diri, tingkatkan usaha, dan amalkan makanan tambahan yang sesuai untuk kita. Untuk berkongsi atau mendapat pandangan, boleh roger saya +6011 2904 0645.

Thanks for reading this entry! 



Supa Epa pengubat sembelit


Assalamualaikum

Hi uols. Agak berhabuk stok stok entry dalam ni, kalau perempuan mengandung tu. Mungkin sudah tiba due date untuk bersalin. Apa lah kau ni Nurul Aiman. Okay, sekarang baru saya ada masa untuk review sedikit makanan tambahan atau di panggil supplemen.

Iols sememang suka mengamalkan supplemen. Sebab saya percaya makan rutin seharian kita, bukanlah sihat sangat. Tambahan iols ni tinggal di bandar metropolitan. Gituh!! sekarang masanya iols nak share supa epa dr pada jenama Cosway. Ada beberapa faedah yang di jumpai dalam Supa epa iaitu dari segi otak, jantung dan hati. Terutama pelajar sekolah mahupun universiti, elok lah mengambil supplemen untuk otak. Ia boleh membantu otak korang lebih cerdas , menajamkan fikiran, menguatkan daya ingatan dan memberi tindakan yang lebih efektif , sebab otak dah cergas. Sebab iols pon ambil supa epa, untuk membantu iols study smart.  Jiwa study hard tu bukanlah cara saya. So, buat masa ni memang iols masih study utk Mba. Bergigihanlah panjat bukit kampus lagi . hehehe

Pasai pa I bagitahu bagus untuk jantung. Makanan tambahan, fish oil boleh mengurangkan kolesterol dalam tubuh badan. Kebiasaannya radikal bebas mudah teroksidan dan lemak menjadi tebal di kawasan  jantung. Jantung perlu di jaga, kerana jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan. Saluran mestilah lancar untuk memudahkan proses pengepaman darah.

Boleh usha usha seket packaging supa epa, nak bagi hangpa mudah cari kat stokist.


Adik, akak, abang2 semua! Supa epa membantu hati kita menapis darah yang bagus untuk kehantar ke seluruh badan ya! Please take note!


Omega-3 Yang Selamat & Berkepekatan Tinggi Untuk Jantung, Minda & Badan Yang Sihat.

Minyak ikan yang 'Tidak Melalui Penyulingan Molekul' mengandungi bahan pencemar berbahaya yang mengganggu daya ingatan, merosakkan sistem keimunan dan menyebabkan kanser. Ambil Supa EPA yang 'Melalui Penyulingan Molekul' serta berkepekatan tinggi - 2 kali ganda lebih pekat berbanding minyak ikan biasa.

Ramai orang mengalami masalah sembelit yang serius. sangat serius hokay! Kalau dah tak melabur pada Indah Water seminggu, itu bahaya. Lebih baik ambil tindakan sekarang, supaya korang boleh melabur setiap hari. Demi kesihatan di hari tua, nanti takda menyusahkan diri nak ulang alik ke hospital, ye dak?

Lagi satu teori iols, untuk memiliki kesihatan dan kecantikan kulit. Mestilah melabur dengan lancar setiap hari. Jika suatu hari korang makan banyak gila jenis makanan berminyak, sila lah cari supplemen jenis fiber untuk menyerap semua minyak tu balik dan buang melalui sistem perkumuhan. Atau beli sajalah nestum atau oat, buat breakfast.

Jerawat banyak tumbuh membiak, akibat saluran usus tidak sihat. Jika keluar bau badan, masanya untuk anda berjaga jaga. Wangi wangikan lah diri, baru ramai selesa nak berkawan. Jangan selebek sangat boleh tak!! Garangnya tokey jamu ni. bahahhahahahah


okaylah. itu saja perkongsian khasiat supa epa. 
untuk dapatkan supa epa, boleh roger +6011 29040645. 
InsyaAllah hamba ini memberi nasihat dan servis terbaik.

Thank for reading this entry!

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign