Seorang lelaki bernama Harry tinggal sekampung dengan aku, sejak kecil. Seusia 6 tahun aku sudah mengenali lelaki nama Harry ni kerana dia adalah salah seorang pekerja ayah aku. Walaupun mulut Harry macam bertih jagung lajunya memercik, apa kurang hasil kerjanya. Amat laju menyiapkan tempahan walaupun pelanggan mahu stok seawal 4 pagi.
Dia akan gigih ke rumah aku, dan patuh pada majikan.
Melonjak usia 13 tahun, aku tidak lagi menuntut di daerahku. Aku keluar daerah atas dasar sukarela, tetapi penyakit rindu rumah juga.
Melonjak usia 13 tahun, aku tidak lagi menuntut di daerahku. Aku keluar daerah atas dasar sukarela, tetapi penyakit rindu rumah juga.
Masa berlalu sehingga aku seusia 20an. Genap 20tahun seawal aku mengenali Harry.
"Harry, eee hang! Apa kabor? Lama tak nampak", aku menegurnya ketika terserempak di Kedai Chong, di kawasan kampung cina.
"A.... besar dah. Lama tak nampak.Kete bawu, kete bawu. Besar besar", Harry menjawab sapaan aku.
" Balik na".
Masih teringat lagi semasa Harry kemalangan di depan surau, melambung lambung. Saat itu ramai orang kampung berteriak.
Nyata umurnya masih panjang sehingga hari ini. Dari pemerhatian aku, Harry masih kuat bekerja seperti dulu. Tidak sia sia ibu Harry percaya dengan kuasa Allah, walaupun miliki anak mental disorder, tetapi hayatnya hanya bekerja dan duit terus diberi pada keluarga sehingga sekarang.
Anak yang waras lupa diri.
Anak yang waras lupa diri.
Jika dulu waktu pagi bekerja di kilang bergaji hari, di kala tengahari berlari ke rumah penyembelihan. Sebelum balik, sempat lagi membuat pembersihan kawasan rumah kami.
Melihat Harry tempoh hari, aku terdiam sejenak menghayati bertapa indahnya Allah cipta manusia di muka bumi. Jangan mudah menyalahi ciptaan Allah kerana ia pasti punyai hikmah yang besar disebalik kejadian.
Sampai sekarang Harry kayuh basikal berkilometer. Gulp.
Terima kasih atas sudi membaca!
No comments:
Post a Comment