Aimaan Ahmad: Resepi: Crabby masak lemak cili padi

Sep 24, 2012

Resepi: Crabby masak lemak cili padi

                                                                      

Assalamualaikum.

Masakan yang buat anda meleleh pabila time lapar gila, duduk rumah sewa dan malas nak keluar.


Aku dah simpan draft untuk share resepi Crabby Masak Lomak Cili Padi sudah lama. Takda la sedap mana, tapi kalau makan, sure menjilat jari oi. Resepi ni berkat didikan mak aku training aku sejak baby lagi dalam dunia masakan. cewahhhhhhhh!! Angan-angan nak masuk MasterChef. :)


RESEPI

1/2 spoon  Jintan putih
1/2 spoon  Ketumbar
1 biji  Bawang besar
8 biji  Cili Padi
2 inci  Kunyit Hidup
1 helai  Daun Kunyit
2 batang  Serai
1 biji  Santan
5 ekor  Ketam 
(kalau bermastautin di PJ, beli kt Tropicana ok)
Garam, Gula secukup rasa

TEKNIK

1. Tumbuk Jintan putih, ketumbar, bawang besar & cili padi.
2. Letakkan ketam yang dibasuh bersih dalam periuk bersama santan dan joinkan bahan2 yang di tumbuk tadi.
3. Pasang api, kacau sentiasa supaya santan tidak berketul2.
4.Tumbuk kunyit hidup, masukkan.
5. Ketuk serai, masukkan.
6. Seimbangkan garam dan gula. Masak sampai mendidih dan masak.
7. Siap! Bole mentekedarahhhhhhhhhh.

Sekian!



P/s : Thank for reading this entry.

2 comments:

  1. Saya suka masak lemak cili api, tapi ketam saya kureng sikit, semua seafood pun saya kureng kecuali siput sedut, hehe..by the way memang nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. Huda,boleh try . sangat simple. Bole apply mcm ni jugak. tukar kepada siput sedut pulak la..

    ReplyDelete

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign