Aimaan Ahmad: Love Fried Mushroom

Pages

Apr 30, 2013

Love Fried Mushroom

Assalamualaikum.

Sebelum ni dah ceritakan yang aku ni pergi kursus cendawan. Kalau pergi kursus berbayar, tak dapat buah tangan mesti lah tak best. ehhe. Dah tokey cendawan itu menhadiahkan cendawan 5 paket. Haaa balik ghomah makan sampai muntah. Dah kreatif macam macam dah dgn masakan cendawan.

Cendawan Goreng ini memang sedap ! Budak - budak pon suka. Lebih kreatif taburkan cheese, serbuk apa saja yang sedap kan. Sup cendawan yang paling aku suka di sec 14, Petaling Jaya. Mai datang cuba.

Cendawan ini sebenarnya makanan sunnah Rasullullah. Kebaikan cendawan ; Baik untuk mata dan kesuburan :)


Tetapi hari ini aku nak kongsi resepi "Love Fried Mushroom "


Bahan-bahan :
 Cendawan 100 gm
Telur 2 biji
Kentucky Fried Chicken
Minyak


Teknik memasak : ( acah chef cilik je ni )



LANGKAH PERTAMA
Ceraikan cendawan tadi seperti dalam gambar. Basuh dengan bersihnya dan pastikan cendawan tadi tidak terlalu basah.






LANGKAH KEDUA
Celupkan cendawan tadi ke dalam telur yang telah di pukul sperti dalam gambar.



LANGKAH KETIGA
Pastikan tepung di tuang di dalam pinggan secukupnya.



LANGKAH KEEMPAT
Gaulkan Cendawan di salut telur tadi ke dalam tepung. Pastikan ia sekata. Panaskan minyak , dan gorengkan. Gorengkan dengan sekata supaya kadar kerangupan dapat di nikmati dengan penuh senyuman.
Makin best bila dah kekuningan dan rangup.



LANGKAH TERAKHIR 
Sedia untuk di hidangkan . hmm krukk krukk sedapnya !


Haha dah berbunyi riak plak aku ni. Ok sekalian ! Selamat mencuba.


Terima kasih kerana membaca!

2 comments:

  1. sedap tu..tapi klu yg low blood sugar amal byk sgt..leh turun byk kandungan gula nya..so..berpada2 lah ya pada yg berkaitan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh memberi kesan kpd individu yang hadapi low blood sugar. Bagi rasa sikit haaa pada yg kempunan tu. hehee thank for info.

      Delete

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign