Aimaan Ahmad: Prawn Black Pepper

Apr 29, 2013

Prawn Black Pepper



Satu malam saya sangat lapar. Masakan ini paling senang, jom main campak campak.

Ini di namakan Prawn Black Pepper .




Bahan- bahan :

Udang 250 gm
Bawang besar
Cili padi
Serbuk lada hitam
Sos lada hitam
Kicap manis
Garam

Teknik memasak paling cepat :

1. Tumbukkan bawang dan cili api.
2. Tumiskan bawang dan cili api sampai naik bau dan warna kekuningan.
3. Campakkan udang tadi dengan berselawat . hee  supaya makanan yang di masak ini berkat.
4. Taburkan garam, serbuk lada hitam, black pepper sauce dan kicap manis.
5. Rasa dengan tapak tangan. hmmmm sedapnya! hehe 


Nasihat saya :  Untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Ada cara untuk siangkan udang. hiriskan belakang badan udang. Buang tahi udang berwarna hitam. Ini boleh menyebabkan gout. Sumber tak pasti dari mana, tapi pernah dengar. Bukan rekaan semata-mata :P

So udang akan melentik sexy setelah di masak.  Makan sambil kenyit mata jom! haha acah je.

Jadi, selamat mencuba bujangan !




Terima kasih sudi menjengah saya !

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign