Aimaan Ahmad: Travel : Umrah Mecca Madina

Sep 18, 2012

Travel : Umrah Mecca Madina



Assalamualaikum. heeeeee.. heeeeeeeee. sengeh tak taw nak bagi alasan apa. Lama sangat kan aku menyepi. Nanti aku cerita panjang2. Pertama tama kalinya, aku rasa syukur dan alhamdulillah. Rezeki aku nak menunaikan umrah telah dikabulkan. Impian ni terjadi masa bulan 12 tahun 2011. Aku sembang2 kosong je dgn mum. Nak sangat sampai ke Mecca , tgk Kaabah. Allah kabulkan doa kami sekeluarga.


Aku rasa ini memang aturan Allah. Aku masih bekerja kan, kalau set-set cikgu ni, time cuti sekolah lah dapat menunaikan hajat travelling dorang. Macamana aku nak leave for two weeks. Company international mana nak bagi, bos pon orang puteh. Faham ke mereka. Before booking for umrah, mum nak jugak pegi masa cuti sekolah. Elok2 ngam dengan aku yang nak abis kontrak. Memang betol rezeki kan. Sebelum nak fly tu, fikiran selalu berfikir2, betol ke aku akan sampai sana ni. Bila dah tiba hari nak fly, baru lega sikit. Yelaa,kita  nak menghadap Allah dengan lebih dekat.


30hb Jun, aku fly. Mecca tempat pertama. Perjalanan lebih kurang 12 jam kot. Aku tak pasti, sebab perubahan masa 5 jam. Kami transit di Abu Dhabi Airport, naik Etihad Airways. Abu Dhabi Airport memang cantik. Transit sekejap je, Tak bole nak kuar2 ronda apply skill photographer aku. cewahhhhhhh. Padahal skill pon tarak.


Abu Dhabi Airport

Sampai di Tanah Haram dalam jam 8 pagi. Kenangan masa ni, memang paling best. Korang bayangkan, masa dalam bas. Mutawwif umumkan, sekarang kita sampai di Tanah Haram,Baca niat etc. Terus hati ni jadi sebak sgt, air mata mengalir tak berhenti. Bila ramai2 baca
" Labbaikallahumma la baik, labbaikalasyarikallabaikk , innal hamda, wa nikmata, lakawamuklasyarikalah".


Masya Allah, memang indah Islam ni. Malu nak bertemu dengan Allah, bila kita fikir banyaknya dosa2 ni. Waktu aku sampai tu, aku masih uzur lagi. Tapi aku sudah dalam ihram. Jadi ada benda terlarang yang aku tak bole buat. Masa dalam ihram ni, kita di ibarat macam mayat yang tidak boleh wangi2an, tanpa sebarang pakaian jahitan untuk lelaki. Kami mesti berniat di Miqat. 2 jam sebelum sampai.


So, aku kena dalam ihram dalam 3 hari. Tak bole gatai2 nak tgk tempat air mengalir lepas mandi,nak tahu rambut gugur ke tak. Nanti kena byr dam. Masa ni, aku gunakan untuk ulangkaji bagaimana nak mendapat umrah mabrur.Umrah pertama dikira wajib, jadi mesti buat yang terbaik. Hari pertama aku menunaikan umrah, terus menuju ke Masjidil Haram. Subhanallah,sangat cantik. Bila masuk masjid, tengok Kaabah. Nangis lagi.. Terus cari tempat untuk buat Tahayatul Masjid. Setenang tenang tempat adalah masjid.



Luar Masjidil Haram. Background mall



Tawaf


Tunaikan umrah, membuat tawaf keliling kaabah sebanyak 7 kali. Then saei dr bukit safa ke marwah sebanyak 7 kali. Dan akhir sekali, bertahalul. Menggunting sedikit rambut sebagai saksi masa di akhirat kelak. Alhamdulillah, selesai umrah yang pertama. Aku stay kt masjid je. Balik hotel hanya untuk makan. Setiap hari, tunaikan satu umrah. Kalau mampu, buat la lebih. Letakkan impian untuk datang lagi ke rumah Allah.



Bila dahaga di Malaysia, teringin air zam zam ni


Baby pon saei jugak. Comel kannnn!

Saei Dari Safa ke Marwah


Tawaf widaq


Bagi aku, lebih selesa ziarah di Mecca dahulu, then baru ke Madina. Sebab bila kita dah selesai tanggungjawab umrah, di Madina hanya fokus pada ibadah yang lain shaja.
HARI MENUJU KE MADINA. Madina kawasan yang membangun dan lebih maju.  Masjid Nabawi sgt cantik. dan sedih masa melawat makam Nabi Muhammad SAW. Waktu ni aku teringat masa Rasulullah saat2 terakhir meninggal dunia. Ayat last baginda, ummati. ummati. ummati.

Siang : Masjid Nabawi



Malam : Masjid Nabawi


Kisah di sebalik perjalanan Umrah Mecca & Madina. Betol nasihat mutawwif, sebelum nak berangkat ke Mecca, kalau kita ada niat sesuatu , mesti akan terjadi apa. After balik umrah baru terfikir. Masa packing brg2, aku tgk mum ni. Dalam beg, ada lagi. Bukan satu, tapi lebih dari satu. Sambil tu aku membebel2, kat Mecca ada apa nak shopping. Cukup dah brg beg sikit.


Selama tunaikan umrah, aku langsung tak bershopping. Even masuk mall yang cantik2 kt sana. Aku tak pegi. Setiap hari aku mesti berniat, lepas solat ni nak singgah kejap la. Bila abis je solat, aku akan fikir. eh esok je la masuk mall. Then kesudahannya memang aku tak masuk langsung. Aku hanya beli sajadah sbgai buah tangan , itupun kat kaki lima hotel aku. Bila sampai Malaysia, baru teringat mcm2 bole di beli. Niat kt Malaysia, akan terjadi kt sana.


Return transit 5 hours at Abu Dhabi Airport

P/s: Thank for reading this entry.


2 comments:

  1. Rindunya Mekah...

    kami ms sblm ke sn thn lps tunaikn hj kata dlm ati...'nti p sn leh la kurus ckit sbb mkn msti x sedap tp bl smpai sn kami lalu mkn...demam pon mkn lalu...sakit mulut ulser pon mkn tetap maintain...'

    niat awai dh x btoi dh...bl blk malaysia semua org tegur kami berisi ckit dr sblm p...iskh...

    ReplyDelete
  2. salam zai,

    rindu sangat. Nak p lagi. If ada niat nak p, insya Allah dapat p lagi dlm masa terdekat =)

    ReplyDelete

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign