Aimaan Ahmad: Moist Chocolate Cake

Sep 5, 2013

Moist Chocolate Cake



Assalamualaikum kalian ! Hellooooooo...

Buat sekian kalinya. kemunculan kembali. Malam ni tersuka suki untuk berkongsi resepi kek chocolate moist yang boleh melembabkan tekak anda semua. Haih kalau nak buat sekarang pon sempat lagi nih.


Meh meh share resepi. sekali review tips. Terus pandai buat. Kacang mak lodeh je.


RESEPI MOIST CHOCOLATE CAKE
( disebabkan adik lelaki kempunan, kakak kesayangan bertungkus lumus di dapur :P)


BAHAN A : 
 2 cawan tepung gandum ( di ayak lebih baik, terjamin dari binatang halus)
2 cawan gula kastor
1 cawan coco ( tak kisah jenama apa, takda jenama pon takpa eh)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

BAHAN B : 
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1 sudu teh nescafe


TEKNIK PANTAS UNTUK KORANG BERTINDAK SEKARANG

1. Setelkan bahan A dalam satu bekas, campurkan semua bahan dan bagi bergaul bersama
2. Bahan B, pukul telur dan campurkan semua bahan B dalam satu bekas.
3. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B.
4. Campurkan semua bahan menjadi rata.
5. Panaskan periuk kukus.
6. Ambil loyang kecil petak atau bulat, lapik dengan kertas kek dan sapukan margerin atau mentega.
7. Tuangkan bahan tadi ke dalam loyang.
8. Kukuskan kek selama 60 minit. Jika selama 60minit tidak cukup masak selepas mencuba dengan garfu , tambahkan tempoh masa memasak.



Kan senang je nak buat MOIST CHOCOLATE CAKE.
(^_^)




SELAMAT MENCUBA !

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign