Aimaan Ahmad: May 2013

May 8, 2013

Dapat modal baru berniaga? Itu semua karut.



Assalamualaikum.

Saya ada mengikuti beberapa seminar untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan belajar teknik perniagaan dan pemasaran. Saya nak kongsikan hari ni, kepercayaan karut  yang orang ramai selalu fikirkan apabila mahu mulakan perniagaan. Antara kepercayaan karut yang menjadi fenomena utama, "aku bukan keturunan berniaga". hmmm saya tak dapat buat apa-apa jika statement ini sahaja sudah menjadi penghalang kalian untuk memupuk minat dlm berniaga.


Ada lagi kepercayaan karut yang ini sememang ramai orang akan jadikan ia isu utama. TIADA MODAL. Masyarakat kita sering di hentam oleh gaya fikir. " Jika mahu berbisnes, kita mesti ada modal duit yang besar ".

Hakikatnya bukan modal duit yang diperlukan.


Didalam seminar yang saya hadiri, mentor saya mengajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan tanpa modal. Ia di namakan "bootstrap". Apa itu bootstraps? Memulakan perniagaan menggunakan modal diri, apa sahaja yg boleh di gunakan untuk menjalankan perniagaan. Seperti contoh dapatkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu perniagaan, dan jalankan aktiviti pemasaran. Sekaligus, komisen sudah di perolehi dan boleh di jadikan modal perniagaan.


Saya telah menggunakan teknik ini untuk memulakan perniagaan. Ketika itu saya adalah fresh graduate, tiada sebarang modal untuk menjalankan perniagaan. Perniagaan yang saya lakukan dengan melahirkan lebih ramai lagi usahawan perniagaan farmasi secara francais.



Apa cara saya buat? Saya kongsikan peluang perniagaan ini kepada lebih ramai orang, Jadi perniagaan saya semakin berkembang dengan lebih ramai org kenal.
Saya memasuki bidang perniagaan farmasi ini dengan menuntut ilmu produk dan pemasaran daripada mentor. Kemudian, saya meminjam kad kredit kawan saya untuk membuat pendaftaran. Dan kemudian saya mulakan aktiviti "marketing " saya dengan modal pinjam kredit kad kawan.


Alhamdulillah, hasil diperolehi. Kredit di bayar. Income bulanan yang di luar jangkauan jika kamu fresh graduate. Income menjalankan perniagaan farmasi adalah luar biasa. Tetapi jika kamu ahli perniagaan yang besar2, income ini hanya sebagai tokok tambah nak kaya kan lagi shopping mall sahaja. Dan jika bijak, boleh berbakti dari wang kita perolehi kepada orang yang lebih memerlukan. :P



Perkenalkan lebih ramai lagi peluang perniagaan ini, langsung tidak merugikan anda. Seronok lagi adalah. Kita dapat bantu orang untuk mengubah hidup mereka. Janji mesti lakukan tindakan dan usaha.InsyaAllah berhasil.



Bantuan training di berikan untuk suntikan motivasi dan ilmu pengetahuan mengenai produk dan marketing skill. Teori dan praktikal tidak sama sekali, walaupun kamu ini adalah graduate sbg master in business. Mesti belajar praktikal juga.

Kebiasaannya, semua business owner yang baru menyertai program farmasi di bawah kelolaan Berjaya Group. Mereka akan di bawa training untuk memberi ruang pada minda melihat dan merasakan ini perniagaan mereka sendiri. Kadang-kadang, manusia masih belum sedar yang mereka sudah pon memulakan perniagaan, tetapi tidak fokus 100% kepada perniagaan mereka. Jika tidur juga, terpaksa lah bungkus perniagaan seperti di rancang .
heee :)




Saya akan memberi masa kepada business owner untuk mengajar mereka secara direct. Bukan membiar mereka terpinga-pinga memahami perniagaan mereka. 



Rasa bersyukur kerana ada perniagaan sebegini yang memberi ruang kepada manusia macam saya ni yang memang tak suka kerja 8 pg hingga 5 petang, yang terikat pada boss, tetapi tidak ada modal besar untuk menjalankan perniagaan. 


Cuti suka hati engkaulah ! hehe. 


Perniagaan farmasi yang saya jalankan ini memang mempunyai pengguna yang setia dan sudah berada di Malaysia selama 34 tahun. Paling best , perniagaan ini adalah antarabangsa. Sudah banyak negara yang menjalankan perniagaan farmasi ini di bawah jenama yang sama. 
Sampaikan ada kawan yang bertanya, " Business kamu ni dari negara mana?".

Mereka tidak tahu ini origin Malaysia.




Farmasi mempunyai target pelanggan yang luas. Tidak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, kanak , pelajar sekolah, remaja. Pasti akan masuk ke dalam farmasi untuk membeli barang keperluan mereka. Farmasi ini juga bukan hanya menjual ubat-ubatan, malah menjual "household" produk. Jadi pengguna sememangnya suka barang yang kualiti, murah dan memupuk lagi mereka menjadi loyal customer kerana pelbagai attraction di berikan seperti coupon, point, discount etc.


Ingat ! Nak berniaga tidak perlukan modal duit, tetapi modal diri. Jadikan peluang yang ada ini, adalah PELUANG ANDA ! Perniagaan farmasi di buka 1000 kuota kepada yang berminat.  Masih ada 800 kuota premis akan di buka, rebutlah peluang ini. 


Facebook saya : NURUL AIMAN

Email at  | nurul.aiman@live.com | 
No tel | +6011-29040645



May 7, 2013

Undi


Salam.

Hari ini aku nak menceritakan pengalaman pertama kali aku gigih bersemangat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Siapa yang tak semangat nak memilih pemimpin yang terbaik untuk tempat kita. Aku melihat kedua dua manifesto , meneliti segala kebaikan yang akan mereka tunaikan kepada rakyat. Aku tidak menerima media televisyen semata-mata. Aku mencari informasi  media cetak dan juga sumber internet yang boleh di jadikan bahan rujukan. 


Dan ternyata aku dah pasti siapa yang bakal aku pilih untuk memimpin negara. Tetapi jika undi aku sorang, belum tentu mencukupi untuk menjadikan pemimpin yng aku pilih, menjadi pemimpin secara rasminya. Maka pemimpin yang kalah itu seharusnya teruskan lah niat murni kamu memimpin, memberikan yang terbaik , dan teruskan lah berbakti kepada masyarakat. 


Aku bangun awal pagi. Jam 8 sudah bersiap untuk ke tempat membuang undi, di sekolah berdekatan. Aku pergi bersama mak dan adik. Bestlah ! Ramai yang datang awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Aku bangga kepada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. 1 undi itu amatlah bernilai. kannnn. 
setujukan ! :)


Ini jari telunjuk Usu aku setelah buang undi. Haha Panjang haa kena calit dakwat. Dibomohkan setelah menanyakan soalan hangit. "Botol dakwat dah goncang ke belum?". hihi. macam macam la hai.. :) 


Kini kerajaan negara kita sudah di pilih. Walaupun terdapat banyak sangat isu yang timbul. 


Apa yang aku nak dari kerajaan yang sudah rasmi ini. Berhentilah menunjukkan rasa anti pembangkang dan mulakan kerjasama anda. Memandangkan anda di pihak yang menang, hulurkan perlawaan bekerjasama. Aku sebagai rakyat melihat kerenah pemimpin yang bermacam-macam. Aku sebenarnya nak minta sangat PM kita ni mendidik pihak media supaya berhenti memprovoke mana-mana pihak. Pihak pembangkang ini rakyat Malaysia juga, mereka sememangnya akan voice out apa yang di rasa. Mereka tiada kuasa sepertimana pihak kerajaan ada. Mahukah kita hidup dalam keadaan tidak aman. Jom perbaiki :)


Mulalah mendidik. Bukan taburkan duit. 


Pengalaman mengundi ini memang best ! Terima kasih membaca !



May 3, 2013

Sambal Udang Sempoi



Salam. Favourite makanan saya , sebarang makanan yang menjadi utamanya adalah udang. wehuuu ! :) cukup gembira dapat masak laju laju untuk mak ayah yang sudah lama tidak menikmati masakan aku . cewah ~ Dorang usha je dari jauh, mintak2 anak aku masak hari ini, supaya mak boleh berehat-rehat sambil menonton video  kempen-kempen undi. haha. Ayah balik solat, seperti biasa mencapai tab nya untuk bersantai-santai surfing internet sebelum membodek mak aku menemankannya makan. :)
Sungguh harmoni bila balik kampung, Jom tanam jagung pulak lepas ini !



Aku hari ini mood baik dari demam, nak memasak. 
Resepi pilihan kita hari ini : SAMBAL UDANG SEMPOI .

BAHAN-BAHAN :

500MG Udang 
( please hiris belakang badan udang untuk buang tahinya, erk !)
Satu biji bawang besar
10 keping Cili Kering
Asam Keping
Garam
Gula
Minyak masak ( suka kau apa brand !)


Haaa sila nikmati dulu gambar di bawah. Ambil semangat gigih nak buat untuk orang yang korang sayang pulak. Masakan ini akan lagi best bila letak petai. Bila jadi sambal udang petai, nescaya nasi masak hari ni akan menjadi dua kali ganda. Dan take note, tandas pon akan di cuci 5 kali ganda. lain macam sikit rajinnya :)


seterusnya... Langkah-langkah



TEKNIK:

1. Panaskan minyakk di dalam kuali. Masukkan bawang yang sudah di blender. Pastikan bawang tadi di tumis sehinggakan menaikkan bau yang harum dan menyelerakan.

2. Masukkan cili kering yang di blender. Saya lebih suka cili ini betul-betul masak. Biarkan cili masak sampai pecah minyak. Dan boleh tambahkan sedikit air sampai tumisan tadi kering semula.

3. Masukkan asam keping, garam , gula.

4. Kelihatan cili tadi sudah masak. Masukkan udang anda. 

5. Pastikan udang di masak dengan baik dan sekata. Warna masakan akan kelihatan cantik.

6. Siap. Jika rajin, buatlah sedikit " plate-ing" untuk masakan anda. Lagi lah bertambah selera cik abang korang. ahhahahaha.



Jom makan !



Aku hanya berkongsi masakan bujang. Buat laju-laju. Makan pelahan-lahan. Elakkan makruh, iaitu makan makanan terlalu panas dan terlalu sejuk. Sederhana . :P


Selamat mencuba !

Thank for reading this entry !

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign