Hye, Assalamualaikum Kalian:)
Setiap hari jika saya perlu memasak, fikiran saya macam sel otak laju mencari idea apa yang harus dimasak dan menu masakan pon mesti bersesuaian dengan keadaan, contohnya, ketika hujan malam syahdu, sesuai dibuat masakan ber-sup. Maka, malam tadi idea tercetus selepas goreng telur dadar dan ada sedikit sambal lebihan hari sebelum ni.
Lalu saya buka peti ais, dan ambil daging yang masih keras kejung beku weh haha.. haa sudah ! Lambat lagi lah nak boleh makan ni , jika macam ni keadaannya.
Rupanya tidak korang, apabila daging keras beku. Jika lagi mudah untuk memotongnya. Saya hiris daging nipis ketika beku, mengikut kuantiti anggaran untuk makan berdua. Kemudian saya rendam daging yang telah dihiris. Lebih mudah :)
Pertama sekali, kita harus rebus daging dengan air secukupnya sehingga daging menjadi empuk dan lembut dikunyah. Jadi, saya biarkan sahaja atas dapur.
Tips :
- Hiris daging mengikut arah lawanan urat daging supaya daging lembut dikunyah.
- Letakkan garfu stainless steel ketika merebus daging, kononnya ia membantu melembutkan daging.
Sekian sahaja perkongsian saya bagi resepi sup daging, moga bermanfaat :) Kami makan dengan gembira, dan suami asyik cakap, “ Sedapppppp !.” Hahahahahahaha. Isteri yang gembira pon masih fikir esok nak masak apa lagi eh, hahahaha… suka la masak bila sedap dan makanan semua habis, alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment