Aimaan Ahmad: 2021

Pages

Jul 22, 2021

Sukatan Resepi Nasi Hujan Panas

 Hye, Assalamualaikum :) Apa khabar semua ? 

Moga semua pembaca blog missaimaan.blogspot.com diberikan kesihatan yang afiat dan kekal ceria disamping keluarga tersayang. Almaklumlah ketika zaman  covid melanda dianggap ujian buat kita, dan kita mencari rahmat dan hikmah sebalik ujian ini. InsyaAllah hidup kita semua dipermudahkan Allah swt.

Aiman sekeluarga syukur alhamdulillah kami semua sihat afiat dan ayah Aiman yang baru selesai operation untuk masalah pundi kencing juga semakin sihat. Malah mak ayah saya juga sudah selesai menyempurnakan vaksin covid-19.

Hari cuti saya tempoh hari, saya bercadang mengajar adik saya cara sukatan yang secukup rasa untuk masakan resepi nasi hujan panas. Alang alang saya sudah rekod video, elok lah juga Aiman berkongsi di platform blog ini. Moga boleh dikongsikan pada ramai lagi.

Setiap citarasa berbeza, jika anda suka rasa masakan ini alhamdulillah. Cewahhh bubuh disclaimer terus.. hehe.


Nampak mengiurkan ! hehe. Alhamdulillah hari saya masak menu special lincinnnnnnn.. lega takperlu melihat pembaziran berlaku. 

Jom mulakan menulis resepi masakan Nasi Hujan Panas
Ini masakan size 6 pot kecil 

Bahan -Bahan yang di perlukan : 

Bunga cengkih

Bunga Lawang

Buah Pelaga

Buah Keras

Kulit Kayu Manis

Bawang Besar

Bawang putih

Halia

Kiub Ikan Bilis

Beras

Daun Pandan

Air secukupnya

Susu Cair


Cara- cara memasakannya : 


1. Sediakan bahan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, buah keras dan kulit kayu manis.


2. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia.


3. Ini kiub ikan bilis bagi yang belum kenal hehe


4. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, buah keras sehingga naik bau.


5. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.


6. Masukkan susu cair 1/3 dari sukatan pot tadi.


7. Masukkan beras yang sudah di basuh dan 2/3 air dari sukatan pot kecil tadi.


8. Kacau kacau.. bagi balance.


9. Masukkan Kiub ikan bilis.



10. Masukkan Daun Pandan. Tutup. Biarkan sehingga nasi masak.



11. Buka ketika nasi masih lembab. Letakkan pewarna. Ini Aiman letak hijau dan oren. Kemudian, tutup semula biarkan warna melekat dahulu pada nasi. Jika tidak warna tidak cantik. Akhir sekali gaul semua sehingga kelihatan cantik. Tabur daun sup dan bawang goreng. Aummmm sedap yakmat ! haha


Ya Allah hampa semua mesti cuba wey. Nescaya satu kampung bau haha. okay ini melawak ja..

By the way, thank you for reading this entry.







Feb 13, 2021

NEW COSMETIC FROM COSWAY : DIGNITA KISSABLE POTION DUO

 

Hye, Assalamualaikum :) 

Korang apa kabar ? Aimaan alhamdulillah sihat walafiat. Dimusim covid-19, semuanya atas kita untuk menjaga diri dan sentiasa patuh SOP. Jangan lupa jaga permakanan juga dan jika perlu ambil supplemen tambahan.  ^_^ Semalam Aimaan ada mendengar perkongsian Ustaz Don Daniyal Biyajid, tentang kehebatan berdoa. Dalam perkongsiannya, kadangkala ada orang mempertikaikan mengapa Allah swt  tidak memakbulkan doa agar covid hilang didunia. Pada pandangannya, Allah swt  Lebih Mengetahui dan Allah swt memakbulkan doa hambanya yang Alim dengan cara Allah swt. Oleh kerana dari pandemik covid, manusia maju kehadapan lebih awal dari yang dijangkakan. Banyak majlis ilmu sudah disampaikan secara online dan malah ramai pendengar yang boleh mengikutinya. Ramai insan yang boleh bekerja dari rumah sahaja, makanya dapat mengurangkan kecelakaan jalanraya. MashaAllah. Hebat kan !

Ini selingan sahaja dari posting Aimaan hari ini. 

Aimaan nak memperkenalkan produk terbaru Cosway iaitu Dignita Kissable Potion Duo. Cintai dirimu !

Kombinasi kit 2 dalam 1 ini menampilkan duo terbaik untuk bibir kelihatan mungil dan cantik serta sesuai untuk pemakaian siang dan malam. Dignita Kissable Potion Duo didatangkan dengan krim bibir Vynul berkilat dan krim bibir berkemasan Matte. 

Lip Vynil dilengkapi dengan aroma vanilla manakala Lip Cream beraroma tutti-frutti yang di sertakan dalam bekas menawan. Kedua duanya di formulasi dengan Minyak Isirong Argan dan Shea Butter untuk bibir yang lembut dan terhidrat sepanjang hari. Terdapat 4 variasi pilihan : Molek, Kaseh, Sayang dan Chantek. Setiapnya mengandungi satu lip vynil dan satu lip cream, yang menjadikan kesemua 8 warnanya sebagai koleksi yang hebat untuk dicuba !







MOLEK



CHANTEK



KASEH



SAYANG







Dignita Kissable Potion Duo ini mudah dioles bak sutera dibibir anda. Suai padankan penampilan untuk menyerlahkan keperibadian yang lebih cantik, sopan dan berkeyakinan :) Produk ini akan mula dijual disetiap cawangan Cosway bermula 15hb Februari 2021. 
Harga Member : RM 59, Introductory Price : RM 45. 



Sekarang masih ada promosi FREE MEMBERSHIP dengan membuat pembelian RM 10 sahaja apa jua barangan cosway. Jika mahu mendapat bantuan pendaftaran , boleh whatsapp Aimaan terus dibawah ya :) Nanti saya akan berikan keterangan bagaimana untuk mendaftar dan membuat pembelian. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya hari ini, Jumpa lagi ! :)




Pengalaman bermalam di Royale Chulan Penang



Hye, Assalamualaikum :)

Aimaan doakan semua pembaca blog saya ini sentiasa di bawah lindungan Allah swt dan hidup dalam keberkatan, Amin Ya Rabbal Alamin. Bercuti sememang amat menyeronokkan, siapa yang tidak suka mustahil bagi Aimaan ? Rezeki saya dapat bermalam di Royale Chulan Penang tanpa di rancang langsung, kerana saya dan suami dalam perjalanan pulang dari rumah keluarga mertua di Perlis ke Perak. Mungkin kami belum lagi puas bercuti , sekali suami bersuara ketika drive. " Sayang boleh cuti lagi tak esok ? Jom tidur kt Penang ".  Zaaassss... Aimaan yang sememangnya amat menyukai percutian adhoc ini terus mencari hotel yang awesome untuk kita bermalam... Bagaikan bulan jatuh ke riba haha :)

Pada rancangan asalnya, saya masih bercuti esoknya cuma ingin berehat sahaja di rumah. Jika di pilih antara rumah dan hotel, iyaahhhh saya mahu cuba hotel ini. Kita booking semalaman dahulu. Kata suami Aimaan, dia mahu siapkan kerjanya di suasana lain. haaa kita bagi ruang. 

Suasana hotel bertaraf 5 bintang telah mula beroperasi bagi tempoh yang lama dan menawarkan pengalaman penginapan gaya mewah. Sejujurnya, saya terasa amat teruja ketika tiba di kawasan hotel dan memasuki ruang kamar. Memang selesa! Untuk pengetahuan korang, selain Royale Chulan Penang, hotel royale chulan mempunyai lagi 7 cawangan di Bukit Bintang, Damansara, The Curve, Seremban, Cherating, Kuala Lumpur dan Hyde Park London.

Kami bercadang bermalam sehari sahaja bagi menyiapkan kerja kerja suami yang tertangguh secara online. Katanya nak ambil mood suasana baru pulak. Kerja masih belum siap lagi , makanya kami tambah lagi semalaman menjadikan dua malam disini. Tempat selesa memang nyaman lah nak buat kerja.



Ini suasana bilik kami. Malam pertama duduk di bilik deluxe. Selepas minta tambah sehari lagi, kami terpaksa pindah ke suite kerana ada projek penambahbaikan di level bilik sedia ada. Risau jika menganggu kami nak buat kerja, jadi kami decided to move to another level. Rezeki dapat bilik lebih selesa dan luas. :) Alhamdulillah.


Suami buat kerja. Isteri tengok cerita P.Ramlee. 

Keesokkan harinya, Aiman dan suami pergi sarapan. Ada 3 kaunter sahaja buka, kita semua hairan takkan sedikit sahaja makanan disediakan. Ini first impression. Rupanya sangkaan kitorang salah. Jika nak sarapan di hotel, di meja makan ada menyediakan satu barcode untuk di scan. Terus di bawa ke page order makanan sarapan. Jadi, kita pilih sahaja nak set seperti gambar di bawah. Memang banyak pilihan dan nafsuuuu makan pon banyak. Rasa berbaloi betul.




Sudah siap makan, balik bilik untuk suami sambung kerja. Aiman tengok tv dan tidur haha... sebelum itu mari kita tunjuk suasana di Royale Chulan Penang. 


Semangat untuk menyiapkan task pada level luar biasa. Tengok ! Fokus sangat :)
atau acah acah fokus. haha.. By the way, work station yang sangat selesa, sebelah langsir tu ada balkoni boleh lihat view kolam renang di bawah. 



Tandas ada divider. Shower room, toilet, dan kawasan sinki. Luas dan bersih.



Hotel ini juga menyediakan hot water jika tak tahan sejuk. Iya, sayalah tu yang akan mandi air panas setiap pagi. 


Royale Chulan Penang juga menyediakan security box, body scale dan inhouse shoes. 


Ternyata nampak luas dan selesa kan :) Tak silap saya, kami datang ketika perintah kawalan pergerakan pemulihan. Jadi rate harga semalaman boleh dapat dalam Rm 100-150 sahaja. 



Ini view dari bilik kami. Ikutkan hati nak juga melepak di bawah bermandi kolam. Tetapi lebih baik kita menjaga keselamatan diri semasa covid-19. 



 Pengalaman bermalam di Hotel Royale Chulan Penang memang mengujakan dan boleh di rekemen pada sesiapa yang mahu cuba. Dari awal check in sehingga proses check out, servisnya amat baik sekali. Kami semestinya akan ulang lagi bermalam disini jika datang ke Penang. Aiman sudah siap untuk gerak pulang ke Perak. Jumpa lagi di masa akan datang, terima kasih ! :)



Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign