Aimaan Ahmad: Hotel Review

Pages

Showing posts with label Hotel Review. Show all posts
Showing posts with label Hotel Review. Show all posts

Feb 13, 2021

Pengalaman bermalam di Royale Chulan Penang



Hye, Assalamualaikum :)

Aimaan doakan semua pembaca blog saya ini sentiasa di bawah lindungan Allah swt dan hidup dalam keberkatan, Amin Ya Rabbal Alamin. Bercuti sememang amat menyeronokkan, siapa yang tidak suka mustahil bagi Aimaan ? Rezeki saya dapat bermalam di Royale Chulan Penang tanpa di rancang langsung, kerana saya dan suami dalam perjalanan pulang dari rumah keluarga mertua di Perlis ke Perak. Mungkin kami belum lagi puas bercuti , sekali suami bersuara ketika drive. " Sayang boleh cuti lagi tak esok ? Jom tidur kt Penang ".  Zaaassss... Aimaan yang sememangnya amat menyukai percutian adhoc ini terus mencari hotel yang awesome untuk kita bermalam... Bagaikan bulan jatuh ke riba haha :)

Pada rancangan asalnya, saya masih bercuti esoknya cuma ingin berehat sahaja di rumah. Jika di pilih antara rumah dan hotel, iyaahhhh saya mahu cuba hotel ini. Kita booking semalaman dahulu. Kata suami Aimaan, dia mahu siapkan kerjanya di suasana lain. haaa kita bagi ruang. 

Suasana hotel bertaraf 5 bintang telah mula beroperasi bagi tempoh yang lama dan menawarkan pengalaman penginapan gaya mewah. Sejujurnya, saya terasa amat teruja ketika tiba di kawasan hotel dan memasuki ruang kamar. Memang selesa! Untuk pengetahuan korang, selain Royale Chulan Penang, hotel royale chulan mempunyai lagi 7 cawangan di Bukit Bintang, Damansara, The Curve, Seremban, Cherating, Kuala Lumpur dan Hyde Park London.

Kami bercadang bermalam sehari sahaja bagi menyiapkan kerja kerja suami yang tertangguh secara online. Katanya nak ambil mood suasana baru pulak. Kerja masih belum siap lagi , makanya kami tambah lagi semalaman menjadikan dua malam disini. Tempat selesa memang nyaman lah nak buat kerja.



Ini suasana bilik kami. Malam pertama duduk di bilik deluxe. Selepas minta tambah sehari lagi, kami terpaksa pindah ke suite kerana ada projek penambahbaikan di level bilik sedia ada. Risau jika menganggu kami nak buat kerja, jadi kami decided to move to another level. Rezeki dapat bilik lebih selesa dan luas. :) Alhamdulillah.


Suami buat kerja. Isteri tengok cerita P.Ramlee. 

Keesokkan harinya, Aiman dan suami pergi sarapan. Ada 3 kaunter sahaja buka, kita semua hairan takkan sedikit sahaja makanan disediakan. Ini first impression. Rupanya sangkaan kitorang salah. Jika nak sarapan di hotel, di meja makan ada menyediakan satu barcode untuk di scan. Terus di bawa ke page order makanan sarapan. Jadi, kita pilih sahaja nak set seperti gambar di bawah. Memang banyak pilihan dan nafsuuuu makan pon banyak. Rasa berbaloi betul.




Sudah siap makan, balik bilik untuk suami sambung kerja. Aiman tengok tv dan tidur haha... sebelum itu mari kita tunjuk suasana di Royale Chulan Penang. 


Semangat untuk menyiapkan task pada level luar biasa. Tengok ! Fokus sangat :)
atau acah acah fokus. haha.. By the way, work station yang sangat selesa, sebelah langsir tu ada balkoni boleh lihat view kolam renang di bawah. 



Tandas ada divider. Shower room, toilet, dan kawasan sinki. Luas dan bersih.



Hotel ini juga menyediakan hot water jika tak tahan sejuk. Iya, sayalah tu yang akan mandi air panas setiap pagi. 


Royale Chulan Penang juga menyediakan security box, body scale dan inhouse shoes. 


Ternyata nampak luas dan selesa kan :) Tak silap saya, kami datang ketika perintah kawalan pergerakan pemulihan. Jadi rate harga semalaman boleh dapat dalam Rm 100-150 sahaja. 



Ini view dari bilik kami. Ikutkan hati nak juga melepak di bawah bermandi kolam. Tetapi lebih baik kita menjaga keselamatan diri semasa covid-19. 



 Pengalaman bermalam di Hotel Royale Chulan Penang memang mengujakan dan boleh di rekemen pada sesiapa yang mahu cuba. Dari awal check in sehingga proses check out, servisnya amat baik sekali. Kami semestinya akan ulang lagi bermalam disini jika datang ke Penang. Aiman sudah siap untuk gerak pulang ke Perak. Jumpa lagi di masa akan datang, terima kasih ! :)



Sep 22, 2017

Merton Hotel Ipoh Review


Disclaimer : This is not sponsor post .


Hye , Assalamualaikum ! :)


Ingat lagi tak Aiman pernah bagi tahu di Facebook Aiman , tiba tiba sahaja saya check in hotel kat Ipoh hasil dari pencarian Agoda.com . Kalau korang tak pernah terserempak pon posting Aiman di Facebook hari tu , meh kali ini saya betul betul bagi review mengenai hotel yang saya check in mengejut ni .

Ini dia hotelnya , Merton Hotel Ipoh .

Masa Aiman uruskan pembayaran deposit , sempat lagi saya tanya pada brother concierge tu .

" Sudah berapa lama buka hotel ini ? Kenapa saya baru tahu ?"

Dalam bertanya , Aiman masih wonder ! Kenapa saya langsung tidak tahu .

Brother tu jawab ," Hotel ini baru buka tahun ini ".

" Oh no wonder baru masuk agoda , saya booking dari sana ".


Memang tabiat Aiman bila hujung minggu rasa letih nak drive balik rumah parents , saya akn meninjau apa hotel terbaru yang boleh saya try .

Sekali sekala reward diri tak pe kan :) Setiap orang cara reward dirikan berbeza. Saya pulak jenis suka memanjakan diri melihat toilet yang cantik , decoration yang cantik , kind of relaxinglah kan...


Lokasi Merton Hotel Ipoh : 

No. 23 & 25 , Jalan Lapangan Symphony Business Park , 31350 Kinta , Ipoh Perak .

Nearby Attractions :

  • Sam Poh Tong Temple  ( 0.69km )
  • Qing Xing Ling Leisure & Cultural Village ( 1.37km )
  • Kek Lok Tong Temple & Zen Garden ( 1.89km )
  • Sultan Azlan Shah Airport ( 2.44km )

Aiman boleh bagi review hotel ni lokasi strategik kalau korang ingin bercuti di Ipoh dan nak datang ke tempat tarikan lain . Senang cerita nak pergi mana mana semua ok , Ipoh ni bukanlah besar mana pun .

Bab pergerakan ni , korang mesti berkereta-lah. Supaya mudah nak ke destinasi .

Jika nak booking uber pon ok , sebab sekarang di Ipoh , Servis uber pon banyak dan kerap pada setiap masa .


Jom tengok gambar hotel yang Aiman dapat dari Agoda.com :




Ini area concierge . Sangat cantik dan hipsturrrr untuk bercuti sekeluarga .






Sebenarnya inilah kali pertama saya masuk toilet yang bersimen sahaja tetapi nampak esklusif dan cantik . Peralatan mandian juga di sediakan .



Masa itu saya datang berdua dengan kawan . Jadi kami pilih single bed . Senang tak berebut selimut atau menendang satu sama lain di waktu malam :)



Pada yang bertanyakan tentang harga , pada Aiman sangat berbaloi . Untuk bilik kami hari tu , Aiman dapat RM 120 sahaja . So that we devided by two , boleh la sorang bayar RM 60 sajorrrr.

Sekarang saya akan review mengikut kategori supaya lebih jelas ;

PERSEKITARAN 
  • Kawasan hotel yang selamat dari bahaya berhadapan jalan raya besar
  • Parking okay masih ada tempat
  • Kedai makan muslim boleh di dapati dengan memandu sedikit ( Ada KFC , Pizza Hut , Seccret Recipe , Old Town , Mcd , Kedai Mamak , Vanggey , Kedai makan dalam department store Billion  )
  • Ada kedai baju dalam hotel , mudah nak cari baju ganti kalau unexpected thing happen while korang travelling 
  • 24 hour security
FACILITY 
  • WIFI yang laju
  • Wheelchair accessible
  • Ada breakfast
  • Elevator
  • Hairdryer
  • Television
  • Shower
  • In room safe
  • Non smoking area
Overall comment 
  • I love the vintage decoration which is rare for me .
  • Too comfort hotel in budget hotel
  • Fast service for check in and check out
  • Clean room & bathroom
  • Very good smells . Everytime I pass by the concierge , lorong ke bilik . Wangi sangat .
  • Romantik decoration corner
  • Affordable price
  • Above expectation !


Masa masuk hotel ni , Aiman lelaju buat instastory di Instagram @missaimaan , terlampau excited . 
Aiman pasti akan kongsi apa sahaja yang best , bukan nak menunjuk tetapi nak berkongsi mana la tahu ada anyone antara kita tengah cari hotel terbaik daripada review saya . Tak rugi pon saya spend masa sikit ! Asalkan bermanfaat untuk pembaca .

Nanti ada hotel best lagi saya review lagi ya .

Thank you for reading ! 

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign