Hye, Assalamualaikum ! :)
Artikel kali ini buat korang yang tertanya tanya kenapa saya perlu ambil krill oil sedangkan saya sudah pun consume omega 3. Saya tertarik untuk berkongsi 10 Sebab Krill Oil Suplemen Lebih ' Standout' , sebab korang perlu tahu in detail sebelum membuat keputusan untuk consume. Rata rata walk in customer saya akan bersoalkan tentang krill oil, jadi saya ambil tindakan positif bagi menulis artikel untuk bacaan korang.
As for me, bukanlah seorang doktor yang layak menulis soal kesihatan. Tetapi saya beranggapan tanggungjawab menjaga kesihatan adalah tanggungjawab semua orang bagi menunjukkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana rezeki kesihatan yang tidak ternilai. Saya berkongsi atas rasa tanggungjawab kerana ilmu supplemen saya pelajari melalui syarikat saya berkerja sekarang.
Saya didedahkan dengan training berterusan , lebih baik saya berkongsi ilmu ini. :)
Bukan semua orang terdetik dihati untuk berinisiatif menjaga kesihatan , dalam 50 orang nisbahkan mungkin seorang sahaja. Saya perhatikan bila meningkatnya usia kita, barulah terkocoh kocoh mencari segala daun akar kayu untuk dijadikan herba minuman.
Sebenarnya dari muda sudah wajib menitik beratkan isu kesihatan ya sayang !
Saya percaya masih belum terlambat untuk kita ambil tahu mengenai supplemen, dan ini artikel 10 sebab krill oil supplemen lebih 'standout' dan ini membantu korang membuat keputusan di Cosway Store.
SEBAB KRILL OIL SUPPLEMEN LEBIH 'STANDOUT'.
1. Struktur Unik.
Tidak seperti minyak ikan, Omega-3 dalam minyak krill oil adalah dalam bentuk fosfolipid. Fosfolipid yang mudah larut dalam kedua-dua lemak dan air menyenangkan kebolehcernaannya malah boleh memasuki ke dalam membran sel secara terus dan meningkatkan penyerapan Omega-3.
2. Faktor Kolin.
Kolin membantu menyokong ingatan dan komunikasi yang sihat di antara sel-sel otak, dan kolin biasanya terdapat dalam daging lembu, hati dan ayam. Oleh itu, mereka yang tidak memakan banyak daging sering mengalami kekurangan kolin.
3. Sumber Tulen.
Krill diperolehi daripada bahagian bawah rantai makanan kerang-kerangan kecil di Antartika iaitu lautan yang paling bersih didunia. Ia amat tulen kerana tidak mengandungi tahap pencermaran dan toksin yang berbahaya, justeru lebih baik berbanding dengan minyak ikan.
4. Selamat Tinggal Nafas Hanyir.
Omega-3 daripada fosfolipid adalah larut air. Oleh yang demikian, ia tidak berkumpul di atas perut dan menyebabkan refluks serta rasa hanyir seperti kebanyakan suplemen minyak ikan.
5. Kesan Yang Besar Dalam Dos Kecil.
Penyelidikan menunjukkan bahawa badan menggunakan Omega-3 dari krill lebih cekap berbanding beberapa sumber yang lain, bermakna korang boleh mendapatkan kesan lebih baik dengan mengambil dos yang lebih kecil dan lebih sedikit setiap hari.
6. Penggalak Astaxanthin.
Antioksidan yang berwarna kemerah-merahan ini adalah 300 kali lebih berkuasa berbanding vitamin E dan A dan membantu melindungi membran membran sel daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga merupakan bahan pengawet semula jadi yang menjadikan minyak kril segar dengan lebih lama.
7. Bermanfaat Untuk Seluruh Badan.
EPA dan DHA Omega-3 menyokong hati dan tekanan darah yang sihat. Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa kril ini mempunyai kelebihan untuk mengoptimumkan kolesterol yang sihat dan mengurangkan trigliserida. Selain bermanfaat untuk kesihatan jantung, terdapat lebih daripada 8,000 kajian manusia menunjukkan Omega-3 menyokong kesihatan mata, otak, sendi, kulit dan kesihatan wanita.
8. Penyerapan Yang Lebih Baik.
Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mendapatkan EPA & DHA daripada minyak ikan neptune dapat melihat peningkatan tahap Omega-3 dalam sel-sel darah merah mereka sebanyak 67% iaitu 2.5 kali lebih banyak daripada mereka yang mendapatkannya daripada minyak ikan.
9. Sumber Yang Melimpah-ruah.
Persoalan mengenai kemampanan sumber? Terdapat di antara 420 juta dan 700 juta tan metrik udang kril yang mendiami perairan Antartika dan merupakan salah satu daripada biojisim terbesar di dunia. Hanya 0.06% daripada jumlah biojisim kril telah dikumpulkan pada 2013-2014.
10. Sumber Yang Dikawal Ketat.
Sebahagian besar adalah berasal dari Lautan Selatan di Antartika dan dikawal oleh Suruhanjaya Pemulihan Sumber Hidupan Marin Antartika (CCAMLR). Suruhanjaya antarabangsa 25 anggota daerah menghendaki setiap bot-bot nelayan dilesenkan malah turut menetapkan had yang ketat ke atas kaedah penangkapan ikan dan jumlah hasil tangkapan mereka.
Saya harap dengan ada sumber artikel ini dapat membantu korang mendapatkan info mengenai krill oil, dan pada entri akan datang , saya akan menulis apa kebaikan dan kesan ketara jika pengguna ambil kril as daily supplement !
No comments:
Post a Comment