Aimaan Ahmad: 2011

Pages

Sep 14, 2011

Terkinja-kinja masuk dapur


Salam sejahtera hendakNYA.

Hello kakak cute cantik jelita, abang tampan lagi bergaya tambah kacak sikit. over! Siapa dekat sini tak pernah tahu dapur tu ape? Aku taw korang semua mesti lebih familiar dgn kitchen kan. kan. kan. Apa kata korang hangguk hangguk geleng geleng je kepala tu , jaga hati aku bahahaha! Banyak kepada mengangguk lerrr.


Aku ada cerita hari tu aku mai kl. haha gaya mcm aku duduk dlm pedalaman dan aku perak gila datang kl. Bukan itu aku nk sampaikan. Aku mcm malas menapakkan diri di rumah sewa aku. Yerla, memandangkan teman/kawan/geng seksyen 14 aku semua dah balik kampung. Depa semua tunggu nak konvo je. eh

ok! Aku terus menuju umah my lovely auntie. Senang cerita aku malas nak fikir makanan apa nak di makan sepnjang aku rs2 diriku masih bujang nih. * Dasar pemalas. Korang boleh start judge aku sekarang, I dun care, Tapi korang pon. Ape korang kesahkannnn. ( ^_^)



Terkinja-kinja.






Cooking time.







Haaaaa. Jangan fikir yang bukan-bukan. Takdenya aku masuk dapur dan terlompat-lompat dan suka pegang senduk duk ketuk2 kuali sambil mendendangkan zapin. aduh! Sumpah korang tak lalu nk tengok dan dengar.




Memandangkan pemandangan sekitar mata aku menampakkan bulat-bulat kecil, bulat la besar, syg mama syg papa. Eh nak buat cookies la. Perut mesti di layan mcm raja. ye dakkkk nun! Aku mendapatkan ilmu yg bermanfaat dr acik, dan memulakan kerja membuat cookies di rumahnya. Syok buat cookies kt umah dia. Oven besar gila, stok oven yg mcm kilang-kilang buat jual kek/cookies/muffin.Hebat kan! * dlm ht aku dah terpengaruh, kena beli satu ni oven cmni.Senang nak buat kek.




Aktiviti menguli adunan cookies famos amos citarasa orang kajang! Jangan ingat tangan yang meng-uli tak boleh menggoncangkan dunia. Motif?? selalu jangan tangan yang menghayun kan buaian kan. Lebih kurang la tuuu =)




Amik sejemput, letak! Sejemput, letak! Sejemput, letak!! uish. syok betol buat cookies ne. Takperlu nak tekap2 mcm buat tat nenas. Kecomotan cookies, semakin nampak delicious untuk dimakan. Kan kan kan =P





Beza tak dgn yang atas tadi. Meh miss aimaan ajar meh! Yang nie sudah masak yang. *mengeletis betoi. Ok! Cookies nmpk mcm boleh jual je. Buka untuk order juga. Untuk hantaran, siap dgn decoration.




Kuih bakar kemboja. Semakin hitam hangit, semakin laris. Kegemaran tok aku. Kalau sapa2 dr kl ne nak balik kedah, tok mesti order, 12/13/14 units.Dasyat kan! Satu hari makan satu. * tipu la cik kak. Apa hal tok aku makan samapi muntah, kot ye pon feberet kan.




Kuih Bakar Kemboja ni acik aku buat untuk di jual.Setiap hari dia jual. Pada mula acik aku kesan inferens aku buat td tu, bila mula2 beli oven baru. Dia pon smgt nih, berapi nak nak membakar kuih itu. Bakar punya bakar, memang terbakar, dan hitam. Malu nak jual. Tapi still pamerkan yang hitam itu. Tak di sangka yang hitam menjadi pilihan. haaaa jangan di sangka hitam tak menawan. Sejak hari tu, usaha menghangitkan kuih satu usaha yg sukar. Silap hangit, terpahit pulak rasanya. ( ^_^)





Aku saja nak bagi tahu aku belajar resepi baru. Nak resepi, jangan malu-malu mintak ye! Email je aku. Lenguh dah taip. Jom p joging. acah-acah rajin je!


Thanks for reading this entry!

Mood Sayangnya Negaraku!

As Salam.


Hello hello brothers & sisters.Tadi aku bangun tidoq, Aku switch on suiz telebisyon semata-mata teringat MHI , Nak tahu ada apa Malaysia Hari Ini. Oh yang aku nmpak, ada Ally Iskandar. Tapi itu Malaysian, Aku bukan nak taw pasai dia.


OK! Aku bagi chance pada diri aku menanti apa yang best. Sambil aku tunggu, "Wahai nasi lemak, muncullah!! Aku hungry! ahha". Makanan sampai, makin syok aku layan Ally Iskandar. ops! I mean dgr dia duk terang2 psl Dataran Merdeka. Fuh! Fulamak! Kalau aku tak buka tv hari ini, nescaya aku dah lupa tentang sambutan hari malaysia. Memandangkan Hari Malaysia, aku berlokasi di Thailands selama 4 hari bermula khamis.



Kepada sesiapa yang nak kirim benda unik, benda hebat, benda murah mcm handbag dr thailands ke. Bolehlah mula email aku aimaan88_ahmad@yahoo.com. Tapi kalau nak aku bawa balik orang Thailands untuk stok simpanan, mmg tak dpt la. Mereka mesti mintak aku stay sana silap hari.Takmau laaaaa chek. * aku lari isu kot nih. ahha peace!



Bila kita mula berfikir tentang kemerdekaan. Apa erti merdeka. Yes bebas! Tapi dari ancaman! lagi?? Bebas dari analogi /anasir tidak baik. lagi?? Bebas menyuarakan pendapat. Lagi??? Bebas mengharmonikan suasana masyarakat.



Bukan duk bertelagah sesama jiran sebab tayar kereta aku parking terlebih sikit, masuk kt area gate umah jiran.Then esok hari aku balik keje, tengok2 dah ade tong sampah menunjukkan sampai sini je had aku boleh parking. Then dia gembira sangat bila berjaya fokuskan cctv umah dia straight kt tayar kete aku semata2 nak pastikan aku tak tumpangkan tayar untuk parking. ahha keji betol!


Aku buat muka stone , " Hi auntie, I pergi keje dlu"

Mesti auntie tu masuk umah, hentuk2kan kepala kt dinding sebab aku masih boleh senyum lagi bila dia dah marah2. Sebab aku rs benda tu kelakar.


Damai hati aku dengar lagu Maher Zain. Title:Freedom.
Ini menunjukkan rasa cinta kita pada sesebuah negara yg kita amat banggakan. Inginkan keharmonian dan keamanan. ( ^_^)




Aku juga berbangga dgn adik Matlutfi90 ( Youtube name).Nak bagi senang korang search vlog dia nih. Usaha anda berjaya menggerakkan hati Malaysian letakkan satu usaha juga tentang Malaysia. Mereka senyum gembira menyokong anda,kerana anda ada jiwa kenegaraan walaupun bukan duk kt malaysia kan la ni.

Apahal aku nih , duk anda anda anda. Ingat nak buat buku sekolah sekolah rendah ka?





Hasil senyuman malaysian. Thumbs up!! Semua bangsa tak kira umur, warna kulit, duduk kawasan pdalaman /bandar/tepi sungai/tepi laut/ celah hutan kodiang. ahha. Kalau ada internet, pasti menyokong usaha Matlutfi ni. Kan!







Aku juga merasa nak p sambut Hari Malaysia di Dataran Merdeka. Tak penah aku jerit "merdeka! merdeka! merdeka!" walaupun aku dah berpuluhan tahun ni. Mood sayangnya Malaysia dah mai dah. Nanti aku jerit kt Thailands ye!!



Selamat Hari Merdeka Malaysia!

Thanks for reading this entry!

Sep 13, 2011

Tidakku biasa mendengar teguranmu


Assalamualaikum.

Adik-adik manis, jejaka pon manis, semanis kurma.



Semenjak sebulan kita berpuasa, aku time puasa ada jugak memberi peluang pd diri aku gatai2 menulis blog ni.Bila aku free, & mood menulis blog membara tak tertahan sampai kalau tak tulis boleh mati ni.Mati tanam-tanaman di persekitaran rumah aku kerana tak buka lappy, menjerngah ke alam maya.



Elok masuk sahaja bulan Shawal, sememangnya orang menyambut 1 Shawal sebagai satu kemenangan umat islam, tetapi kita pasti akan merasa sayu sayup je bila fikir adakah Ramadhan ini yg terakhir bg ku. Belum puas menikmati syoknyaaa ramadhan!

Baik adik ni, Ikut ayah solat terawih.


Tapi kita boleh membiarkan aktiviti ramadhan kita berterusan. dan boleh puasa 6. Yang mana nak puasa ganti tu, boleh setartkan diri tu menggantikan puasa sekaligus mendapat pahala puasa sunat 6 shawal. Tak gitu!!! (^_^)




Aku sebenarnya ada cerita.



Kisah aku.





em. Suatu hari sedang bersibukan aku dan emak aku mahu menyediakan juadah berbuka untuk puasa shawal kami.Jam menunjuk 7 mlm, bermakna waktu berbuka semakin hampir. Juadah yang kami duk bertungkus lumus nak buat ni pon hanyalah semata-semata "Kueh Melaka". Sapa tak tau, jgn duduk Malaysia. Aku belum kejam nak kata, sapa tak taw alamatnya tak lama la tuh.haha!




Ok! Sebenarnya hari kedua puasa, ayah aku dah mula ragam kempunan dia. Bukan nak hebat sgt pon, hanyalah sup tulang semata2. Buat sup, letak je tulang lembu. Rumah kami takde tulang lembu, tulang ayam tak ummph. Nama hebat kt kedah, org pgil "sup gear box". Bunyi mcm sup gear manual dlm kereta/lori/jentera sawah padi.haha!





Ok! Makanan sampai. Ayah aku pulang dgn bungkusan sup agaknya. cis! aku ni nk teka lagi. "Ayah tak tahu, tapi ni la hasilnya. Tak tahu tukang masak tu fhm apa". Sambil mak aku pon kalut nak tengok sup yg di beli. Dapat-dapat 3 sup sayur. 3 bungkus. Ayah aku order sup tulang untuk 3 org makan. em ayah aku ni sejenis manusia yang tak kan tuka mkanan kalau silap, tkkan marah kalau mkanan lmbt sampai, takkan byr kalau dah kenyang mkn kt kedai haha! *itu tipu





Aku si mulut pedas " Apa kejadah nih", dengan nada mcm suka-suka. Then ayah aku mcm meninggikan suara, "Along, kamu guna perkataan tu, perkataan maki tu" ..


Aku: Apa, guna je la. Dalam tv ade. * sambil mak aku duk nyampuk2 skali.

Ayah: Kamu ckp mcm tu dgn kawan2 ke, Bila belajar nih.

Aku: Takde ar. Baru belajar. Apsal? * Jawab aku selamba, sbb tak puas ht.

Ayah : Kamu tu guna perkataan maki kt mkanan.

Aku: haaa.. * muka blur

Ayah: Kamu tak kalau kat kedah, Itu mcm HARAM JADAH. Cuba tengok kamus dewan, memang maksud jadah tu, anak haram.
* uish,sejak bila ayah aku pndai buka kamuih dewan dan pustakaq nih.

Aku & Mak : Ktorang tgk kt tv, Apa kejadah nih mcm ape ke benda nie. Macam apa hal nih. * gaya org sekarang haha!

Ayah: Benda tak elok , cepat je korang ikut.



Dalam hati aku, mana aku tahu benda ni tak elok. Tengah berbuka nih, aku tahan sabar dri meletop. Jarang-jarang aku nak bercakap dgn ayah aku, tapi bila dia ckp/tegur , aku rs lain mcm. Dan kadang2 aku terfikir, aku nih tak ngam ke dgn ayah ni. Hati aku cepat panas.


Aku: Bukan mcm sama je ke dgn org ckp perkataan BODOH, BENGONG etc.
* masih lagi nak menang. ( !_!)



Kami pon makan cepat2, ayah aku belah g surau. Aku pon diam je seribu bahasa. Macam fikir, betol ke aku silap haaa.. Manusia mcm aku suka fikir, susah nak ditegur. Kalau di tegur pon , aku akan diam, Dan aku fikir. Fikir sampai bulu kening tumbuh hingga lutut haha!




Esoknya aku gerak g kl. Memandangkan aku ni agak menganggur jugak. Aku masih mendapat duit dr Pa & Ma. Tujuan aku g kl, kena intebiu dgn paklang aku * nanti aku cite. Then malam, aku bc satu buku ni. Lebih kurang mcm nak melahirkan keluarga yang cemerlang la.
Aku jumpa ayat ini.



"Tidak masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada sebesar zarah sekalipon sifat ego." (riwayat Muslim)




Masha ALLAH, satu ilmu yang aku tak penah tahu. Terus aku teringat kejadian berbuka tempoh hari.Aku belajar perbaiki diri melalui bacaan/kisah2 motivasi. Yang mana aku rasa mampu aku ubah, aku ubah sikit.



Minta ampun Ayah & Emak. Tiada siapa yang boleh menjadi HERO SAYA melainkan ANDA berdua.Moh dengar nasyid Rabbani. Sedekah Alfatihah juga pada Ustaz Asri.






Semenjak itu, apa je yang terjadi. Aku bertahan je dr tersasul benda yang tak patut. Padahal dlm hati dah terpacul pon ayat " Apa kejadahnya". Pantas sungguh syaiton sekalian merosakkan akhlak keturunan adam & hawa.

Thanks for reading this entry!

Aug 11, 2011

Sepatu & Dia.

Sama tapi tak serupa.



Aku mula suka kasut flat camni.Muka aku tak bertukar mimik bila dah 3 batu berjalan. Masih maintain dgn smile. Mana tak nye, aku dlu gila heels n wedges. Maklumlah orang rendah diri mcm aku, mesti nak sama tinggi dgn org lain. Malangnya pakai heels pon masih tak sama. *cry.


Aku mendapat idea bertukar jenis kasut bila suatu hari, aku berpeleseran di Times Square bersama teman sepesen aku, housemate aku ler. Kenapa sepesen?? Senang cite kami ni, almari kau almari ku jua, Semua sama saiz, agak dekat juga citarasa. Aku mula dgn niat meneman, pusing-pusing tawaf berapa kali dah. Memang tak jumpa kasut yg betol2 di sukai.



Dulu penah p dah. Kira aim kasut tu dr dlu, lokasi kedai je tak jumpa2. Lalu kami berniat nak balik setelah peluh mencurah2 ke ladang gandum. Letey juga ropenye!! Itu aku yang muda remaja. Pancit, apa tah lagi yang dewasa2 cekal tabah bawa anak pinak p shopping. Balik tu confirm terbongkang depan pintu.:)



Aku masih bagi peluang untuk cuba cari lagi. At last, aku dan dia jumpa kasut itu. Aku suka, dia suka. Lalu kami bayar sama. siap pakai dgn socks lagi. Tak tahan bukan satu, bukan dua, tapi 3 terus hentam. Itulah gayanya bila bershopping! Jom pi TS lagi..... ( ^_^)

Aku Terbeliak/Terjojol Mata Aku Sekejap



Assalamualaikum



Terbeliak dan juga terjojol boleh di klasifikasikan satu situasi yang hampa rasa terkejut lalu diameter mata anda membesar dan mungkin terkeluar separuh dr rangka tulang mata kita. perghhh! lagu mana tu hampa rasa. Ada macam ni ke?? Bersedia untuk lihat korang!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Kalau macam inilah rupanya terbeliak dan terjojol, boleh di kira tersembol jugak ni. Takut den nak tengok.Terbayang-bayang mata ni dah tersembul mcm boya kt zoo( itu je lokasi yang terlintas di fikiran tgk boya) Nampak mcm tak boleh masuk balik je. erk!




Korang nak test mcmana nak buat mata tersembul gorgeous mcm ni haha! Apa kata korang try bersin buka mata? Try dulu. Baru tahu hasil. Amaran: jangan bersin over2, kang aku kena pi lawat hampa plak. Lawat ok lagi, sat lagi kalau mata tu selama-lamanya mcm tu. sapa nak jawab. Idea bernas katakannn. Penampor nakkkk!





INGAT LAGI aku cerita psl showband yang aku kepoh2 sebelum. Boleh tgk kat SINI, kalau sudi.Aku dahaga! memang dahaga.Bila nampak vending machine, kalau tak nampk ok je. Apa lagi aku pon kalut-kalut nak beli jugak kan.

"Wang kertas RM1 diterima"
, aku sedang baca apa yang tertulis.

Dalam hati, " ok fine! Selama ni memang rm1 je pon kan machine petak ni nak terima, duit seratus kau nak terima, jenuh bertahun aku tunggu kau nk bagi balance, tak gitu!"





Nak jugak menganjing vending machine, walaupun hanyalah vending machine yg tidak berperikemanusiaan nih. Sambil tu aku fikir-fikir, hmmmm air ape hilang dahaga ni. Teh crysanthemum (urgh,kolotnye hati bunga) , 100plus ke haa ( best gak, tpi yg ni kena amik dua br puas), soya ( apa kes petang bersoya bgai, buka puasa dah la), coke( tak baik untuk kesihatan).



Aku pilih yang kolot.dahaga hilang & kesihatan maintain.No high sugar compared to others.
Sekali aku tengok betoi-betoi, hah! Baru terjojol biji mata aku ni. Biar betol TAPI BETOL. Tampar-tampar pipi sikit, konon nak sedarkan diri dari mimpi mayang mengurai. *tetibe.




DASYAT! RM1 je! Nak beli 5 terus la abg vending.


Aku sebenarnya yang perak/ jakun/ bahasa terang tak perenah jumpa machen sebegini. Kat dalam UM takde pon. Lepas pada aku jumpa machen murah ni, tak semedang-medang jumpa je machen ni memanjang. Aku g kl sentral, merata-rata. Selama ni aku duk ulang alik naik shuttle mahupun tren laju,ets le bai. Aku tak pernah perasan. oh ye! Mana taknya. Aku selalu last minute, tren dah panas enjin.Baru aku terhegeh2 nak sampai. Nasib tak baik, pernah jugak di tinggalkan tren. Peace ( ^_^) Nasib tak baik, patah balik umah sewa dgn muka tebal. Bagi tahu housemate, "Aku tak jadi balik, tren suruh postpone esok". Padahal tiket aku dah koyak2 dah tanda kecewa. bye!

Petang 10 Ramadan



Seperti biasa hari-hari sebelum ni..punnnn( dah macam johan haaa), aku tak pernah berbuka kt rumah. Semuanya kt luar. Heaven bulan Ramadhan ni rezeki orang bersedekah banyak, dan siapa yang nak menjadi tetamu majlis berbuka puasa mereka kalau bukan aku yang pemalas memasak. Rezeki perlu di kauk. Jangan biarkn makanan tu di bazirkan.Yerrr dakkkk nun.=)



Aku berbuka puasa di musolla. Setiap tahun memang macam ni. Dan aku rasa mak aku paling rasa lega, tak perlu memasak, takde duet keluar, pergi suap makanan kt mulut sendiri sahaja. Itu tak dapat la nk tolong SUAPKAN kannnn.



Dalam aku duk pikiaq siapa lagi beruntung di bulan Ramadhan ni. Ni set-set pendatang /perantau asing. Dorang memang syok abis sebab apa, kat masjid-masjid kan penuh orang bersedekah, Apa lagi INI PELUANG KEEMASAN bagi mereka untuk saving and hantar duit kt negara masing. Kalau korang tak percaya, korang tengok kt masjid jamek /masjid india kl. Aku rasa yang bukan Islam, terus eksyen jadi Islam.Pakai kopiah terus. :P



Paling BEST masjid area damansara/um/seksyen 14 PJ. Residential area orang kayap-kayap. Makanan masya ALLAH, banyak kemain. Takperlu la korang nak singgah-singgah bazar Ramadhan depan masjid dah.Tapi ini bukan main point aku nak cerita... kot.(T_T)





Perjalanan aku ke musolla. Gaya macam jauh sesangat.Padahal depan rumah aku je punnnn. Kalau tak pi, idak ke segan kome!! haaaa Dah keluar dah tembelang perak aku. Time ni la aku nk kenal dgn orang kampung pun, kalau aku mati nak harapkan sapa lagi pi tlg mandikan, bacakan tahlil.Aku belum ada anak soleh/solehah. Aku nampak bulan kecik, Subhanallah. Cantiknya langit. Ini bukan kerajaan langit ayah sampin.




Aku snapshot terus guna handphone pink.

Wah! Dah macam dslr. Korang mampuuuu? aha.



Bila aku tengok balik kat fon. Cantik pulak.Tak edit langsung ni. Aku dulu tak berapa nak ada kawan kt kampung ni. Sebabnya aku sekolah jauh dr rumah. Jadi kawan semua jauh-jauh. Geng aku nenek-nenek la. Kannnnn terus kannnn jadi cucu kesayangan.Jangan je jadi cucu menantu pulak sudahhh.





Aku baru dapat kawan sebaya baru. Geng musolla.ahhahaha. Mestiiii! Mesti nak ada geng.
Jom korang pergi masjid/musolla/ surau selalu. Tinggal 19 hari lagi Ramadhan ni.





Thanks for reading this entry!

Taksabar Aku Nak Tengok Hasil

Assalamualaikum




Aku super eksaited menunggu benda ni sampai. Ambil masa dalam 3 hari kot, lepas aku cop nak beli on9 dan terus pantas gergasi pergi bank in. Nak raya, nak dapatkan kulit yang cantik. Bila anak buah /anak menakan/ anak saudara aku salam, cium tgn tnda depa rasa hormat. Yer la tu.Nak duit raya kan, tu semua sakan je akan beratur depan aku raya kali ni. Dan waktu tu, takkan tangan aku nak keras kasaq macam berus sagat kuali.



Bukan kerana mereka jugak aku beriya-iya nak dptkan kulit mulus, lembut ni. Ntah bila usia mencecah 20++ ( awalan 20 ye), rasa kulit tgn ni mcm kering je. Nak kata tak sapu losyen, dah berdozen dah. Kilang losyen pun perasan sale naik.Macam aku sorangla pengguna tegar. Eh korang jgn pikiaq aku maid plak, keje duk basuh pinggan je tgn jd kasar. Orang kata tgn bertambah lembut mulus bila rajin basuh pinggan, betul ke?




Pagi td dah sampai parcel aku dr Irine Nadia Marcelo. Tengok testimoni buat aku teruja nak try vco yang di gempaqkan tu. haish. Sama je kan dengan minyak kelapa dara yang orang kampung duk makan tu. Tapi selalu they all jual dlm bentuk berbotol2. Ada jugak yang nmpk minyak kelapa dara ni mcm minyak urut, minyak msk, minyak angin etc. Jenuh nak beli.Dari berminyak-minyak, aku decide nak beli dlm bentuk pil. Kau sanggup nak telan minyak kelapa dara mcm tu je? Mesti kembang je tekak terbayang yg bukan2 kannnnnnn.(T_T)




Lebih baik bentuk pil. Senang telann sambil minum soya, korang tak kan sedar pil tu dah sampai perut...kot. Ini hari pertama aku makan.Ala-ala supplement tambahan aku la. Dan aku akan konsisten makan pil vco ni. Nak tahu hasil la.Sempat ni raya. Ada lagi 2 minggu, dan untuk konvo aku nanti. Ada lagi sebulan setengah. Moh le datang UM. Terjah aku.... kau rasa berbaloi ke dtg bg bunga kt budak yang bukan 1st class ni. adui.





Pil tak sangkut tekak*



Tadi aku makan dgn air soya.Lazat.Tak rasa apa pun. Korang tengok eh hasilnya suatu tika nanti akan ku tunjuk-tunjuk kasi korang meleleh air liur,bahahahaha. *stay tuned untuk hasil.





Thanks for reading this entry!


Aug 7, 2011

Learning Process For Future

Assalamualaikum


Dari dulu sampailah kini, aku masih suka seseorang ini. Aku memang minat sangat cara dia, gaya dia, apatah lagi rupanya yang manis lagi menyejuk hati pabila ada yang melihatnya. Kamu percaya senyuman mampu mencairkan hati manusia? Ia mampu mengubah persepsi manusia lalu beranggapan baik terhadap kamu.


Aku sukakan perubahan dan peningkatan. Setiap hari aku melihat mereka lakukan perubahan tak kira segi mentality, percakapan mahupon penampilan. Tapi semua perubahan kearah kebaikan. Lalu aku juga menggerakkan hati sedikit sedikit jadi bukit untuk menjadi yang terbaik di sisiNya.



Institusi Keluarga Yang Cemerlang bermula dengan didikan yang cemerlang. Penuh KasihSayang. Ini semua aku belajar melalui video kat bawah ni. Korang boleh lah start terjah.


Syoknya Puasa : "Tips berpuasa untuk anak-anak" bersama Wardina.




Ye! Memang saya belum kahwin. Tapi saya suka menuntut benda2 camni. Adakah saya akan berkahwin dlm ms terdekat ni? oh tidakkkk! Siapa nak jadi suami aku! Cer citer sikit. Ini hanyalah learning process. Dalam masa yang sama aku pon nak improvekan diri jugak, bukan amna yang kecik tu jer, kannnnn!




Bagus Wardina. Process pemahaman untuk anak2 diterapkan dgn penuh kasih sayang. Dan mereka akan bersikap jujur serta tidak memberontak macam anak-anak yang lihat sekarang. Banyak menjadi ganas haha! Ganas maksudnya tiada tutur budi bahasa.Atleast hormati orang tua pon sudah mencukupi kan.








Thanks for reading this entry!

Aug 6, 2011

Lelaki suka benda cute?


Mereka selalunya sinonim dengan kegagahan, keperkasaan, kemachoan ( apa jenis bahasa ni). Dalam kepala aku hanya nampak perkataan sebegitu sahaja untuk lelaki. They'll usually peminat utama bola sepak atau bahasa jawanya football/soccer. Mungkin ada yang lebih cenderung ke arah tae kwon do/boxing/ silat/tomoi atau panjat poko kelapa ( itu di kampung je la). Nak bagi tahu gaya gagah perkasanya dorang ni.



Tapi ada jugak lelaki yang suka rugby.Mereka yang suka rugby ni kebiasaannya mereka ni pemain softball juga. Itu menunjukkan mereka betol betol lebih mendalami permainan ini. Sebab selalu kita tengok orang yang suka bola sepak, belambak yang kaki bangku.Reti jadi penyokong, semangat menyokong tu lebih kuat agaknya.




Minat lelaki ni bukan sahaja pada aktiviti luar sahaja, berlasak-lasak rock climbing. Yang ada talent melukis ini selalu nmpk cool. Gaya macam conteng2 je, 1 mins je dah jadi upin ipin, ogy & cockroach.Hebat lahhhh!! Boleh buat jual plak hasil kreativiti dorang ni. $$$





Bagaimana pula yang suka tengok kartun? Mereka tak melukis.Tapi suka melihat ke'cute'tan kartun2 itu. Awesome knowing them like cartoons. Sebab aku tak berapa pandai tgk kartun. Tah tang mana aku bantai gelak, tapi tak lawak. Tang lawak ,aku tak gelak. Ada songsang sikit di situ. BUT CARTOON IS CUTE. Bangun tidur cari kartun haha! cute.Tak abis abis aku kata dorang ni cute. Sebab aku br jumpa laki suka cartoons. Stress cari cartoons.


Jom layan Mameshiba & BabyShiba











Haha cute kan!


Thanks for reading this entry!









Aug 5, 2011

New Photos to Grace Cigarette Packages

In United States new photos to grace cigarette packages by October 2012
AMARAN: ISU SENSITIF SEGELINTIR MASYARAKAT.




Anda perasan tak, ada gambar pada kotak rokok sekarang? Tak perasannnn? Bagi Perasan jugak. Gambar tu semua bukan gambar yang menarik pun, bila tertengok. SENDIRI RASA TERGELI.

Kita terpaksa tengok di persekitaran , bukan setakat menjadi pengguna tegar malah menjadi pembuang sampah merata-rata.No sensitivity.




Takut kita pun terjadi macam gambar-gambar itu secara tak langsung. Boleh jadi ke? Kalau ikut andaian aku yang suka imagine kehadapan ni, macam boleh terlibat sama je sebab kita ni dikira second smoker la. Duk sedut oksigen plus asap yang depa syok syok je hembus. Tanpa rasa hormat pi hembus kat muka aku sekali.Malangnya =( wuwuwu




United States sudah mula mendapatkan gambar-gambar terbaru dan akan pilih randomly gambar mana paling sesuai untuk packaging. Ini adalah serba sedikit usaha mengurangkan budaya menghisap cigarette. Boleh dikatakan budaya ke? Ini ketagihan yang menular, sukar di banteras, even gadis gadis pun sekarang merokok tanpa rasa kau tu perempuan la dik.



Hilang terus sweet kamu dik!




Malaysia pun pasti ada usaha menasihati mereka ini kan. Aku rasa kesian je. Dah terbayang kau bila tua-tua, terbatuk-batuk duk terbaring kt hospital , orang pi lawat hang.Tengok color paru-paru kau hitam. (^-^) Tengok bibir kau besar yang pelik. Tengok anak kau yang melawat kau pulak cacat. Secara automatiknya aku dapat detect ini berpunca dari siapa.


credit: aesyazealous.blogspot.com





Aku suka nak berkongsi kira-kira dgn korang, dengan andaian;

RM 10 x 30 hari sebulan = RM300
RM 300 X 12 bulan = RM 3600


Kalau korang dah start merokok 15 tahun yang lalu;
RM3600 X 15 TAHUN =
RM54000


Mak aih! Besarnya amaun. Hantar anak masuk universiti sampai master pun lepas ni. Kesian anak-anak kena buat pinjaman kan. =( Walaupun yang nak blaja tu anak hampa, depa punya pasal la. Tapi kalau nak buat haji boleh ulang alik 3 kali, nak buat umrah lagi lahhhh. Berbelas kali dah boleh jadi insan (T_T)





Untuk yang belum punyai tanggungan, duit duit yang banyak tu boleh buat bisnes kot. Hantar mak ayah pergi mekah. Masha ALLAH, besar lah rezeki tadi tu.



Kalau kamu sensitif dengan anak-anak
Kalau kamu sensitif dengan isteri & keluarga
Kalau kamu sensitif dengan wang kamu
Kalau kamu mahukan keluarga/persekitaran yang sihat
Kalau kamu sensitif terkenang penat lelah memerah keringat , last-last abis kat menatang tu rokok tu.




Inilah masa korang boleh start pelan pelan buat perubahan. Di bulan baik, penuh dengan inisiatif untuk berubah. Korang pasti boleh menjadi yg terbaik untuk yang tersayang =)

p/s: Selamat berpuasa (^_^)








Thanks fro reading this entry!






Aug 4, 2011

Testing! Testing...

haip!


Aku testing update guna hp.BANYAK SUSAH YE.Sajer menggatai guna hp adik. Terkial kial aku nk guna t0uchscreen. Sebelum ni.rumah aku guna wired m0dem.Kalau tkde wire tu.memang tk dapat la kami nk melayari di pel0s0k dunia d alam maya.



Sekarang da pakai wifi.NAK JIMAT.Beli wifi m0dem sendiri.Jadi 60hengget jugak la stiap bulan.Kt kampung.sape je nk on9.Nak tunggu mk aku maen fb.Buat akaun hari tu.sampai la ni tk buka buka dah.



Hasil pengalaman aku keje tm kejap.Rupanya senang ja technical streamyx.Da setahun aku beli wifi m0dem.Baru skrg boleh guna.



Bertmbh sunyi la umah ni.semua adik buat hal masing2 dlm blik masing. Time mkn.tgk tv.berkumpul la.haha.dah mcm duduk asrama.



End!

Thanks for reading this entry!

Ladang sebegini menjadi impian aku sejak kecik molek.

Hang pi la tang mana pon.Ntah kenapa la jauh nun dlm hati aku ni ada minat benda tradisional kekampungan.Senang cerita jadi Petani Moden & Glamor. Perlu sekali tuh nak glamor. Untunggggglahhh..



Dari den kocik, sampai la ni.Waduh waduh. Balik-balik ladang penternakan juga aku belek-belek. Bila online je, menatang ni menjadi pilihan. Ini impian aku masa kecil lagi. Tak caya tanya mak sedara aku, pakcik sedara aku. Dulu-dulu kalau depa tanya, besar nanti nak jadi apa. Dengan muka seposen aku jawab, " Nak ada ladang sendiri lerrrrr." oish.. Ladang apa tu hang nak?? ( dorang ni orang kedah hulu, tempat jin bertendang) " Ladang lembu, kambing, kuda, ayam" em! Anak mak ni suka binatang mcm ni. Bagi aku merekalah yang comel.



Aku faham selalu orang suka binatang yang comel, gebu, boleh cium molot lagi macam kucing parsi, arnab, flower horn etc. Tapi ada je orang cium molot dgn kambing.ahha, itu apa kes! siryes aku tak faham. Apakan daya, aku suka binatang yang aku bulehhhh nak hambat mereka dr belakang.



Bawa kayu, jerkah2 masuk ladang. peace! Nak kata ayah aku bagi pendedahan sejak kecil, tak jugak rasanya. Tapi time balik kampung kt Baling. Aku kecik-kecik dulu, aku selalu teman sepupu aku duk ligan kambing. Mungkin kot time tu aku terpupuk. ok merepek!



Perghhh.awak buleh tengok tak betapa damainya tgk kehijauan macam ini. * Berangan



Rumah ladang untuk rehat. Maybe aku & keluarga suatu hr nanti. Pekerja pon boleh join sekali. * tak perlu nak hantar surat resign awal sgt la Indonesian



Ini macam messy pulak rumah ladang mcm ni. Taknak ler! Nak moden lagi sikit.
* Nak demand pulok sekmek nih. Tapak pon takde lagi. kepochi sungguh



waaaa.Anak-anak comel. ahha. Yerla. Macam ni la aku. Datang melawat ladang. Bagi dorang ni makan. Dorang ni pandai kenal tuan taw. Tu yang best.Nampak je tuan sampai. Lembu ni terus "moooooooo.."



Tengok! Dorang buat kenduri aqiqah.Haha. Makan kenyang2.Nanti dah kena sembelih,takde chance dah nak makan best cam gini. * kambing tu buat grrrrrr kt aku(tipu!)



Ada sheep ni mcm kt arab2. Tu yang syiokkkk!! Jadi pengembala la aku.



Mereka ni loving. Kalau Tuan datang, pandai menyendeng2. Siap naik duk atas riba. Mengalahkan manusia! Aku selalu melawat ladang orang lain sebelum ni. Siap kena menyusukan lagi kambing ni. Memang treat mcm manusia.



Time makan. Mereka tak de puasa ok!


Mesti busuk! Tapi busuk duit kot. Takpe =) Aiman Tak Kisah.


Sekilas pemandangan jauh untuk ladang impian aku. Tengah kompol kompol duet la der. =) Saya layan ayam dulu. This will be next mission ya!

Thanks for reading this entry!






Perantauan ponnn boleh cuba ma!


Gapo lagi la Perodua nih? Macam-macam aktiviti di musim Ramadhan ni.Nak jugak guna perkataan ini walaupon bunyinya macam annoying sungguh.



Untunggglaaaa sapa pakai perodua kan. Termasuk caye*.

Untunggglaaa ayah sape yang pakai perodua. * oh! ayah saya tak.

Untunggglaaa
kalau mak kamu pakai perodua.
* Mak saya ponnn tak. Saya je. Jangan main main.Perodua saya macam mini cooper dah. ahha.Kalau amik mini cooper, macam apa aku nanti kt highway.Cukup-cukup kejadian accident tempoh hari






Tak cukup dengan Perodua Tweckbot offer service pemeriksaan 15 poin kepada kereta mereka secara percuma dan yang paling best lagi, sesiapa yang tinggal di area Klang Valley, sebab bila Perodua Tweckbot berlegar di kawasan anda.Kamu hanya perlu tweet mereka ( @MYPerodua) dan bagi tahu lokasi supaya mereka bergegas datang kepada anda. Nak tahu lagi tengok SINI


Senangkannnnn!



Dan Perodua tak berhenti setakat itu sahaja untuk create bonding between company and Perodua users. Semua boleh pakat hantar mesej Maaf Zahir Batin yang palinggggg bermakna di laman Facebook Perodua. Ini bukan setakat hantar suka-suka. Mana taw rezeki Ramadhan Syawal kamu murah & lebih tahun ini. Dapatlah kamu hadiah tak seberapa itu.




Tak seberapa apa pulak?!!! Mencecah ribuan jugak hadiah tu. =)
Tergugat tak iman korang nak hantar meseg Maaf Zahir Batin yang bermakna.




Betollah tagline mereka. "Anda Keutamaan Kami." Untungglaa pengguna Perodua.

Untuk lebih jelas, Klik Gambar.



Senang sahaja caranya. Lawatlah Facebook Perodua. Cara ponn mudah sambil jammed balik keje pon sempat lagi nak taip ucapan kamu tu. Kalau tengah bershopping kt bazar ramadhan, saya tak rasa itu boleh sempat fikir ucapan paling bermakna. Tapi kalau anda yang duk tunggu dalam kereta. Boleh start guna smart phone canggih anda tu. Bila lagi nk explore facebook kt phone kan. =)


Thanks for reading this entry!






Judges Son Perhaps

Sunset


Lokasi : VIP seat at Stadium Bola Sepak Cheras

Nakal sikit Bulan Ramadhan dulu.



Tadi bila berterawih di musolla betoi betoi depan umah aku ni. Terkenang pulak aku zaman kebudak-budakan aku time sekolah menengah dulu. Dulu aku sekolah asrama der. Sekolah yang dikelilingi pagar, nak keluar balik kampung kena pergi jumpa warden mintak sain mcm artis dah haa.Nak fly balik terus pon boleh. Tapi kena pandai nak hidup. Nak buat jangan beramai even berdua dgn besfren.Buat sorang-sorang fly, apa kejadah fly sorang-sorang. Nak buat apa. Itu kalau rindu masakan mak sgt, fly ke kampung adalah satu kesalahan besar di waktu ini. Macam nak kena sebat kt penjara kot hukumannya.



Back to the topic, aku suka tadi time bersolat jemaah. ( Dun make any assumption yet) Tok Imam merdu sungguh. Alangkah bertuahnya kalau suami ku nanti mampu mengimamkan makmum yang lain. Tengok diri sendiri dulu ye, demand nak lebey ni. heeee =)


Disebabkan suara tok imam tadi, mengenangkan aku kembali kisah sekolahku. Bila time Ramadhan, tirai yang memisahkan putera dan puteri di alihkan. Bermakna makmum perempuan boleh usha straight ke arah mimbar. Memang jelas, Hafiz af kata.


Waktu ini, puteri agak berasak2 untuk merebut saf yang paling hadapan.Termasuklah aku Tapi lebih mengafdalkan yang senior. Ini nak kejar barakah ke, nak khusyuk dgr suara imam muda yang mendayu2. Mana tak nye Imam tu mampu mengaji surah2 lazim dgn lagu hindustan. Khusyuk dimanakah waktu itu? Geng aku selalu berada di penjuru. Cool di tepi. Mudah menyandar dan kipas pon laju. (T_T) macam-macam ragam


Bila adik aku jadi bilal terawih tadi. Alhamdulillah. Perasaan bersyukur tu wujud, eh dia adik aku la. Macam nak bagi tahu kt orang sebelah. Padahal makcik makcik /opah opah je. Mereka pon kenal dah ponnnn. Aku je lambat. Maklumlah jarang menjadi makmum, kalau jadi pon time terawih.Kalau balik kampung sesaje, bila tahun la tergerak hati ni. Doalahhhh mintak sampai juga hajat tu nanti.



Time hidup dengan kawan-kawan sgt syok! TAK KIRA kawan universiti, kolej mahupon sekolah dulu. Aku rasa aku tak penah dpt kawan yang tak best. Semua mereka kena dgn jiwa, memang layan abis kalau buat perangai gila. Gila memang menggila. :')

Thanks for reading this entry!

Aug 3, 2011

...::Rahsia Sedekah ::...

Rahsia bersdekah sudah di jelaskan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang di jelaskan oleh ALLAH dalam al-quran. Kalau di fikir balik, tiada ruginya kita bersedekah. Yela, Rezeki yang kita perolehi hari- hari itu, bukan sepenuhnya hak milik kita. Hak milik orang lain juga.


Tapi macamana tu. Saya yang cari bekerja , memerah keringat ,mendapatkan nafkah. SEMESTINYA ITU HARTA SAYA!




Islamic Relief UK : Poverty Solutions You Can Believe in


Senyuman mereka ikhlas. Mereka tak pernah merasakan kesenagan hidup seperti kita di Malaysia hari ini. =(


A. Rahsia sedekah : kematian

Sedekah dapat menolak kematian yang buruk (Al wasail 6: 255, Hadis ke 2)


E: Sedekah itu mensucikan jiwa

Allah Ta'ala berfirman:

"Ambillah zaat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu ia akan membersihkan dan menyucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka.Sesunggunya dia kamu itu ( menjadi) ketenteraman buat mereka. Dan Allah( menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah mendengar lagi maha mengetahui. (QS At-taubah 103)



Manusia akan merasa "depression" kadangkala!
Manusia akan rasa serabut, tidak tenang!
Manusia akan benci untuk melakukan kebaikan dan mereka tak pasti tujuan hidup!



Inilah fungsinya ada pegangan agama dan amalkan cara hidup mengikut sunnah & alquran.
MOOD: INSAF! insaf sekejap. Tak tahu berapa lama bertahan.

Thanks for reading this entry!






Tepung Bungkus

Bila aku sampai Kl, baru aku kenal tepung bungkus. Ajaib! Sambil- sambil aku kebek handphone tadi, konon nak card cleanup / defragmenter mana-mana yang boleh pindah ke lappy. Mana tak nye. Handphone aku dah full , nak hantar message pon dah tk mampu. Apa jenis tuan la aku ni.=) Lalu aku jumpa gmbr ni. Nak jugak share, mana tahu ada yang masih tak kenal dan tak penah tahu pon.


First time aku gigit makanan nih, housemate aku beli kat LRT Universiti. Sekali ngap,aku ngap lagi. Aku lupa yang makanan ni orang punya. Nak makan lagi, tak dapat la. Itu yang terakhir.



Aku pon dengan buang tebiatnya aku beli lima. Puas hati!! Sambil aku siapkan video aku. Aku ngap la. Kuih keria pon aku tapau. Sekarang no wonder la kenapa lemak mengembang tanpa ragu-ragu. Bila ada orang dah mula tegor aku gemok. Aku mula konfius. haha.Tak best la aku share gambar kuih tepung bungkus ni, tanpa resepi sekali. Aku google untuk korang nih. Mana yang suka memasak di bulan ramadhan ni. Boleh la cuba2, buat kuih untuk moreey surau ke.Elok jugak bersedekah.

RESEPI: Bukan turun temurun.Turun Dari Google.Kesian Yahoo.

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • secubit garam
  • daun pisang di layang skit ke ats api kecil
  • utk inti;
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2-3 keping gula melaka
  • 4 sudu tepung pulut
  • sehelai daun pandanh di simpul

Cara-cara

  1. Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit

Yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur , tengah bandar nun. Korang beli je la suggestion aku. Sebab balik office dah pukul 6, Pastu nak pikir pasal daun pisang lagi.Mana nak cekau kalau rumah pon kondo tinggi-tinggi, tanam atas bumbung. haha.



Lokasi Tepung Bungkus: LRT stesen universiti.

Thanks for reading this entry!






1 Ramadhan sukar dilupakan.Ngeri!

Dengan rasa eksaited elok abis je event showband, aku terus berdesup balik ke Petaling Jaya iaitu rumah penempatan sementara bujang. Dalam hati memang niat aku, nak cabut balik ke kampung tumpah tanah airku di Perak nun dekat je 2 jam dr P.J. Hari makin petang, aku boleh chill lagi, kata orang no movement. yang mana housemate aku suka betol tanya ," Aiman, balik ke tak ni." Aku faham jauh dr hati mereka, janganlah kau balik .... =)


Mak aku call. "Balik cepat sikit, Nor ada kt rumah ni. Apakata esok pagi2 selepas sahur kamu hantar dia." glup glup glup. Nampak gayanya apa-apa berlaku sekali pon, aku kena sampai Perak sebelum 1 Ramadhan menjelma. Alhamdulillah ,aku bergerak berseorangan dr PJ jam9 dan tiba di Sungai Kroh, jam 11. Ini standard perjalanan aku rasanya, bukan aku speeding yerr..



Hati gembira berkobar-kobar. Tengok mak pon gembira. Complete anak-anaknya bersahur bersama pagi itu. Apa-apapun kami simple je. Lauk sahur mesti cukup-cukup, kalau ada 2 orang nak tambah. Lagi sorang mesti kena mengalah. Sebab lauk tak cukup. ( Bapak kedekut bapak aku, haha. AKU TIPU)



Sesudah subuh je. Kami bertolak ke uitm Seri Iskandar. Kami bertiga. Akram, Nor & Aku. Angah best berdengkur kt bilik dia. Ok semua dalam kereta tersengguk2.Tak kira apa yang berlaku, kereta melompat tinggi akibat bonggol yang besar, bau getah/kelapa sawit yang busuk dlm perjalanan. Semua dengan pelancongan mimpi masing2. Dah sampai Gold Cost agaknyer. Sampai jugak uitm sambil kami semua melambai ceria kt Pak Guard, lupa air yang berbasi ke tak. ehhheee.Itu biasa. Kalau tak bukan manusia.


Perjalanan pulang.Aku memperhebatkan lagi perlancongan. Dengan rendahkan seat supaya aku boleh baring terus. Akram as driver at that time was feeling angry/jealous with me. I know beb!


Ntah macamana.Aku sedar kereta aku berputar 360 darjah. Melompat2. Aku jerit ar. " Akram tayar kereta kita pecah ke???". Akram tak hiraukan aku, dia mengawal steering. Memang macam roller coaster. Aku cuak, nak mati dah ke. Amalan tak cukup ni. Kereta aku pusing-pusing, sampai ke tepi. Dan tepi tu adalah gaung. Makin kuat ar aku jerit. Nasib menyebelahi kami, ada divider. Kereta aku macamana tah boleh naik divider dan tersangkut. Berhenti terus dr berpusing.


Kau bayangkan kereta aku tergantung. Kami kt dalam kereta. AKU TERUS KELUAR CEPAT-CEPAT.Takut kereta meletopppp. Saat/waktu/tika itu. Masya ALLAH, Alhamdulillah. Aku masih boleh berdiri.


Kami tahan kereta lain. Mintak tolong.


Alhamdulillah , aku di beri peluang kedua untuk hidup.
Thanks for reading this entry!






Berbangga seketika jadi Malaysian.

Assalamualaikum.
Genap 2 Ramadhan, masih berbaki 28 Ramadhan. Barakah setiap sepuluh di awal, di pertengahan dan di akhir Ramadhan adalah berbeza-beza. Ini peluang kita ni, peluang saya juga seharusnya akan memanfaatkan bulan barakah ini.

Masih belum tertinggal di zaman batu kan.
Selamat Menjalani Ibadah Di Bulan Ramadhan.


Apa yang saya banggakan sangat dengan Malaysian nih? Tempoh hari yang saya senyap selama seminggu tanpa kabar berita, eh macam ada yang perasan pulak. Ingat kau diva! ok ok! Yerrrr saya stay di International Youth Centre, Cheras. Buat ape sis??? Itu lah pasai. World Championship Marching Show Band 2011 Kuala Lumpur telah berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras. Dan penyertaan ini merangkumi dari beberapa negara luar spt Canada, Cezxh Republic, Taiwan, China etc.


Sebelum ini serius unta, saya tak penah pon tengok apa menatang showband ni bagai. Apa tu??? Sejenis kuih ke? Sampai macam itu sekali. Waduh. Sangat lembs. Showband ni kata bahasa melayu baku, pancaragam. Kalau dlm Malaysia ni, pancaragam dipelopori 100% oleh budak sekolah. Kalau negara omputeh hitam kuning langsat, semua campur, Tak kira la kau bapak orang, nenek orang, atok cucu lima pon turun padang tiup benda macam telinga dinosour tu atau pun main drum. T_T



Dasyat sungguh!! Apa yang dasyat itu, mari sama-sama kita cari? ( macam kartun nickeledeon petang-petang, keja tanya budak-budak)


Liaison Officer kekal Eroh Dahana. Saya Liaison officer macam bola. Mula duk office, acah-acah tak kena panas, tiba-tiba. " Awak jadi LO untuk Chung Hwa k", said Head of Lo. Im ok jer. Suka jadi LO. Dapat pulak band yang best, band Malaysia dr Miri Sarawak. Band Director yang sgt toleransi. Mudah nak di handle. Desas desus sebelum sy jadi LO. They all cerewet, byk songeh. Nonsense sungguh!! They awesome!



They all nervous at that time. Waiting announcement who will get bronze, silver and gold award.


During band performance.Around 6 pm. Grand Final Showband.


Volunteers get rest and enjoy their provided meals.


International and national showband held in the same week. The preliminary three is a national showband competition which involved from primary and secondary school. The last performance is the best band performance last year, and the second last performance is my band, Chung Hwa Miri.



Sekolah Menengah Sultanah Asma band performance was awesome. Saya terkesima dan lihat mereka tanpa kelip kelip mata. They all is the last performance. So, the winner for the national competition is them. Memang patut ponnnnn.

Then , come to Grand Final. All bands yang dpt reach expected point, akan compete again. Bands change a little bit their performance, its more enjoyable. WHAT HAPPEN IS MALAYSIA BE A WINNER FOR WORLD CHAMPIONSHIP MARCHING SHOWBAND 2011.

"sekolah menengah sultanah asma"


No complain! No Doubt! Already Expected!
All judges non malaysian.
I'm Proud of Them.
Unfortunately, I don't have picture with them even once.

Thanks for reading this entry!






Jul 20, 2011

Accept Differences






This video has created for a person who always beside me when i got freaking sad/happy. Thanks to all housemate Geng 14, Universiti Malaya.
On 21 July , born a cutiest boy and become really awesome man!
Happy Birthday to Nur'Aiman Shawal. May ALLAH bless you. Hope your dream come true.Being Good Man!! Dun Capi.


P/S: First time testing make video even i do learn how to /what software should i used. Videopad Video Editor.
Credit aimanazlan90.

Lipice Duta Dia Lisa Surihani kan???

"Ceh(!!!!)Buat-buat tanya.Ni apa kes ni.Kepochi dekat sini. Lisa jumpa kau lagi ke?" Awwwww.


Itu Bukan Isu.
Boleh tengok entry lama kt smiley ni ( ",)


Dari korang duk landing-landing atas katil tu macam melukut di tepi gantang dah. Ada jugak pekdah korang mengutip benda free mcm perangai aku. Disebabkan ia lipice, aku rasa aku nak kutip lerrrrrr.

Ada guna di kala mahu travel?

Ada guna waktu sengkek?

Ada kepentingan waktu jerebu macam sekarang?

Korang semua pasti belum bergaji lagi yang mana makan gaji ujung bulan la.Yang bisnes tu aku faham, hari-hari masyukkan kan. Korang mesti menjuih mulut kan tanda " ek eleh, ni je ponnn".. Ok ok Fine!


Bagi aku chance terus kan entry boleh?
Boleh tak boleh aku teruskan jgakkk...(Hati kering mcm asam keping)

Untuk mendapatkan Lipice free.Log in DISINI atau klik gambar bawah ini.



Weyh! weyh! Tak sesenang itu korang boleh dapat free. Mesti la ada syarat prasyarat. Isi form seperti di bawah ini.Kalau tak macamana mereka ni nak hantar lipice infront of your doorstep. Best Bukan! Bangun pagi diganggu oleh posmen, lalu kamu dapat lipice terus menggunakannya. Yarkkkkk! Tak gosok gigi dulu ke, baru boleh try test how u feel put lipice on your lips.=)

Setelah berhabuk korang isi-isi form. You will notified with this as below. Tunggu je la kat rumah korang. I pernah dapat free 4 Lipice dari lipice.Glossy, Lipbalm,Lipstik. Heaven! Sangat menjeleskan tak.... Saving kot! Cuma rajin dan tak rajin je.



Isi je la form tu.Tak perlu pkir pikir lagi cik kak! Have A Nice Day!
yang laki pon boleh isi form tu. Dapat boleh bagi kat gf. Hahaha. Gila sengkek sampaikan dapat benda untuk bagi gf. Tapi who cares? Hantam sajalah.


Dulu saya pernah jumpa Lisa Surihani.Tengok kat sini.Klik smiley itu. (",)
Thanks for reading this entry.







Craving Food Should Be Fulfilled.

Raya! Baru raya setahun yang lalu.


Mana taknye, dah dekat masuk Ramadhan,Barulah kalut menggantikan puasa yang tinggal berbolan lalu.Masha Allah 11 bulan bermakan bermaharajalela, 7 hari pon sosah nak ganti. Teman! Jangan lupa ganti posa! * reminder*


Woke up 9.30,seperti biasa tak tumpah budak kecik yang masih menyusu. Terus pasal makanan. Mencari mereka yang lain * housmate saya* . Plan for todayyyyy? WELL! ALL OF US STILL IN RELAXING TIME.

"Seoul Garden", ada yang bersuara.

" Boleh tahan jugak, kepingin jugak, bila lagi", hatiku berbisik dgn ginjal.



Kami kalau ada je menu makanan/kedai makanan/kepingin makanan terpacul dr mulut.Nescaya hari itu pasti menjadi realiti.Akan dicari-cari sampai ke lubang cacing. *Kalau jumpa cacing,semua tak lalu*.We decided to go One Utama,sebolehnya taknak makan dekat Kerinchi.Orang kata tak best. Walaupun orang kata,kita tak pernah rasa,kadang-kadang ada jugak bernasnya.


ok! Ini One Utama. Akhirnya....


Eksaited memang tak ingat, parking memang kalau boleh nak depan Seoul Garden.Dapat betol-betol se-tinggan bawah dr tujuan. * Mindset Seoul Garden,perut dah keroncong*
Ya ALLAH. Under Renovation! Awatlah tak inform kt websita hampa, kami check awal2 tadi kt web, still did not inform anything to visitor/customer.Fail Disitu.Aku bagi 2markah je services.


*Google* Ioi Mall Puchong next location. Reach there for the first time after 4 years staying in Petaling Jaya. Jakon Batak Kolot Semua Ada.
Komen : Boleh tahan jugakkkk. Tapi lengang je.
(Nak jalan tu boleh berlaga-laga bahu,baru kira ramai.Itu konsert la beb!)






Hati berbunga-bunga rasa kt Seoul dah.Silap tak dress kot dgn boot bagai.



Teruja tak terhingga. Makan untuk 2hari terus.Pas ulang alik g cari makanan nak di-grill and celup steamboat ni.Superb layan. Meja kami paling bau hangit. Perut lapar, makanan nak cepat masak.Apalagi " Kuatkan api". Air refillable. Heaven! Tapi satu aku kecewa, takde ketam. Aku dari awal dah terbayang ketam yang aku nak steam, pastu aku pakai gunting and hammer.Ketuk ketuk ketang ketung atas meja. Kat kedai steamboat lain ada. Hati ni sampai situ nak makan benda mahal je.*Seafood* wink wink




Isteri Mail Lambung kekenyangan (arrow) bersama bff Malek. Walawiiiiiiiiiiiii. =) Terpengaruh.



Perut Buncit ala 3bulan meng-an-dung. Terus masuk exercise room.Surau tempat kamii bersinggah sebentar untuk menglangsaikan deal dgn Allah.




Adakah kami akan berpulang mcm itu shj?
Adakah kami sayang duit kami?
Adakah perut kami masih ada ruang?
Adakah otak berfikir tentang makanan lagi?



Kami tak boros, hati berkata-kata. Makan itu kepuasan.Nafsu serakah.





Yea!Ber-tutti frutti sebentar memandangkan aiskrim ini bukan makan keras selamanya.Ia akan mencair dan melalui lorong yang masih beruang.Masih BERSEPAKAT membeli aiskrim yogurt timbang. Sedap! Marvellous! Delicious! Gorgeous! ( Apahal gorgeous tetibe) Perut sexy best.Haha! Motif sgt.

Thanks for reading this entry!

Jul 18, 2011

Subhanallah! Inspiring story


LOOK AT YOURSELF AFTER WATCHING THIS

Rezeki 15 Syaaban.


Salam! Walaupun masih tidak bekerja tetap, duduk golek golek je kat umah ni, tapi blogku yang kelihatan usang ini jugak tak mampu terjaga. Waduh! Sangat tidak bagus.


Setelah sekian hari berazam nak berpuasa, berpostpone2, Masha ALLAH . Perangai (!!!) dan akhirnya dapat jugak saya jadikan ia realiti di hari 15 syaaban.


"‎15 syabaan syabban bersamaan hari ahad ni...Buku amalan akan kita akan bertukar dengan buku yang baru..Sama-samalah kita membuka lembaran baru dalam hidup.Memaafkan dan memaafi sesama kita.Dan sentiasa istiqamah dengan apa yang kita inginkan selagi ia tidak melanggari Al-quran dan sunnah ...Amin (^^)"
Dipetik dari facebook wall Naziratul Nadiah atau tuan belog ini DISINI



Thanks to her because she remind me the benefit of 15 Syaaban. Dan alhamdulillah, bila i buka je email. I got an email regarding contest lot.my. My aim for this contest at that time memang nak ipad. To the winner of ipad 16 gb , Congratulation! Memang patut pon dia menang.Tengok post kt sini pon boleh.



Hadiah saguhati pon ok! Kita ok la, tak nanges pon. haha sebab tak dapat ipad nak meraung. Waklu!

Thanks for reading this entry!

Jul 7, 2011

Jaga kesihatan diri- ada duit , tapi badan tak sihat!

Salam!
Kalau kehidupan di pusat pembangunan negara KL, kebanyakkan di antara kita sangat sibuk dengan urusan kerja, perniagaan sendiri & aktiviti bersama teman-teman di shopping mall Sogo, Pavi, Midvel etc. Betolkan. Tapi yang tinggal di kampung mahupun luar bandar, pun sibuk jugak sampai lupakan satu perkara yang sangat important dalam hidup kita.



Yer! Penting maksud dia. =) Saya suka topik kesihatan ini jugak sebab ia membantu saya memperingati diri saya balik. Kesihatan dan wang ringgit penting untuk mendapatkan kebahagiaan.Siapa setuju sayang awak lebih / cinta awak lebih tanpa wang dan kesihatan mampu memiliki kebahagiaan? Jangan angkat tangan (",) Kesian anak-anak dan keluarga kamu nanti!


Padahal saya pun setiap malam ni, kepala otak duk pusing-pusing. Esok mesti pagi-pagi subuh, keluar jogging. Kena ada keazaman yang kuat jugak rupanya. em. Baru sedar. Sekarang jalan sikit ,dah mudah pancit termengah-mengah mcm femau. Tapi makan memang kena jaga. Duk kl selalunya kita beli je kan, Anak dara bujang. Selalu sibuk( konon!) Masak ada la kot seminggu sekali bila dah masuk zaman beekerjaya ni(ceh!).
Jangan ambil saya jd isteri, pemalas.



Ye! Saya Nak Seru Anda Semua Keluar Exercise, atleast jogging.

Pilihlah jalan yang ini, dari yang bawah ini.


.
.
.
.
.
.
.
.



Sedapnya berdengkur, comel! Nak anak mcm ini jugak.( Boleh jadi ke kromosom jauh beza ni)


Jul 6, 2011

Awesome! Seryes Lufya.

Saya TAK PENAH dengar lagu kamu!Sebelum ini.
seharuslah sebelum ni takkan selepas ini.Itu tak logik namanya.




Guys! Hold and move ur mouse, then click Play! Saja nak bagi dengar dulu sebelum ada yang bercakap belakang complaining or bisik-bisik, nak sms penakut kan, ahha. :P


Lufya - "Diam" , INTREND 5th Anniversary


Yeah betol! Ini lufya. Jangan tersalah orang ok. Bukan angeline jolie malaysia. Saya pon tersilap mula-mula. Lufya just bring a new single album. Title " Diam". Terdiam.


# Pergh.. Lagu catchy, I bet many people will replay this song after dengar.
# Comel-comel karakter, sure remaja suka. Sila tengok video clip. Berani angkat kening sebab I dah tengok.
# Sesuai berada di corong radio, best bila drive pagi-pagi g kerja layan lagu ni. Then driving while smiling in the traffic jammed.Pelik, gila ke ape.
# Thumb up Lufya, I like!

Thanks for reading this entry!

what she did last night?



Am I insomnia already? who never heard about insomnia, pls raise up ur hand? But nobody cant counting it up. em. Why dun u leave ur comment tanda kamu menjejaki identiti saya disini. =)


Insomnia is a syndrome that a person cannot sleep, doesnt feel to sleep, and not sleep till the morning. How? Otak udang ke ape ni, kalau dapat makan otak-otak sedap ni. But I dun think i ni dah terkena dengan panahan insomnia, Oh tidak! Jangan! Takmau la karut-karut lagu ni. Kadang2 slalu jadi, pasai pa. -Gadis musykil-



Dah macam hantar luahan hati dekat kosmo dah. TAPI sumpah! Saya tak penah hantar. Yang atas tadi tu belajar dr pembacaan. erk!! Todayyy! I went out, letey wo keje luar. Bukan duk dlama ofis eight to five, then hip hip hooray nak punch card. Im working no time. As long got job to do, then bekerjalah. Inilah nasibku , hah, nak independent sgt.hadaplahhhhhh!



I found them a few day ago in youtube. Just know them. I like them.

I like them.Terutama yang main piano. uh! Im melting u! =)


Ini lerr koje si Aiman ni. Sepanjang malam duk dgr /tengok video mereka ni. Sampai sekarang, terus cari-cari mereka di Facebook di SINI. Terujaaa! Kalau dah teruja, terus tinggalkan comment di wall mereka lah. Baru afdal.. eheeeeee:P



Before you exit. SAKSIKAN video mereka. Taraaaaaaaa!
Dibawah ye darling



How? Korang rasa, bosan yer. Belom jatuh cinta lagi ye, ok! Fine! Fine!
Thanks btw layan posting saya ni.buuuuuuuuu Aiman. Selamat malam, ops! 3 Pagi sudah.. Jom tido.

Thanks for reading this entry!

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign