Aimaan Ahmad: Mood Sayangnya Negaraku!

Sep 14, 2011

Mood Sayangnya Negaraku!

As Salam.


Hello hello brothers & sisters.Tadi aku bangun tidoq, Aku switch on suiz telebisyon semata-mata teringat MHI , Nak tahu ada apa Malaysia Hari Ini. Oh yang aku nmpak, ada Ally Iskandar. Tapi itu Malaysian, Aku bukan nak taw pasai dia.


OK! Aku bagi chance pada diri aku menanti apa yang best. Sambil aku tunggu, "Wahai nasi lemak, muncullah!! Aku hungry! ahha". Makanan sampai, makin syok aku layan Ally Iskandar. ops! I mean dgr dia duk terang2 psl Dataran Merdeka. Fuh! Fulamak! Kalau aku tak buka tv hari ini, nescaya aku dah lupa tentang sambutan hari malaysia. Memandangkan Hari Malaysia, aku berlokasi di Thailands selama 4 hari bermula khamis.



Kepada sesiapa yang nak kirim benda unik, benda hebat, benda murah mcm handbag dr thailands ke. Bolehlah mula email aku aimaan88_ahmad@yahoo.com. Tapi kalau nak aku bawa balik orang Thailands untuk stok simpanan, mmg tak dpt la. Mereka mesti mintak aku stay sana silap hari.Takmau laaaaa chek. * aku lari isu kot nih. ahha peace!



Bila kita mula berfikir tentang kemerdekaan. Apa erti merdeka. Yes bebas! Tapi dari ancaman! lagi?? Bebas dari analogi /anasir tidak baik. lagi?? Bebas menyuarakan pendapat. Lagi??? Bebas mengharmonikan suasana masyarakat.



Bukan duk bertelagah sesama jiran sebab tayar kereta aku parking terlebih sikit, masuk kt area gate umah jiran.Then esok hari aku balik keje, tengok2 dah ade tong sampah menunjukkan sampai sini je had aku boleh parking. Then dia gembira sangat bila berjaya fokuskan cctv umah dia straight kt tayar kete aku semata2 nak pastikan aku tak tumpangkan tayar untuk parking. ahha keji betol!


Aku buat muka stone , " Hi auntie, I pergi keje dlu"

Mesti auntie tu masuk umah, hentuk2kan kepala kt dinding sebab aku masih boleh senyum lagi bila dia dah marah2. Sebab aku rs benda tu kelakar.


Damai hati aku dengar lagu Maher Zain. Title:Freedom.
Ini menunjukkan rasa cinta kita pada sesebuah negara yg kita amat banggakan. Inginkan keharmonian dan keamanan. ( ^_^)




Aku juga berbangga dgn adik Matlutfi90 ( Youtube name).Nak bagi senang korang search vlog dia nih. Usaha anda berjaya menggerakkan hati Malaysian letakkan satu usaha juga tentang Malaysia. Mereka senyum gembira menyokong anda,kerana anda ada jiwa kenegaraan walaupun bukan duk kt malaysia kan la ni.

Apahal aku nih , duk anda anda anda. Ingat nak buat buku sekolah sekolah rendah ka?





Hasil senyuman malaysian. Thumbs up!! Semua bangsa tak kira umur, warna kulit, duduk kawasan pdalaman /bandar/tepi sungai/tepi laut/ celah hutan kodiang. ahha. Kalau ada internet, pasti menyokong usaha Matlutfi ni. Kan!







Aku juga merasa nak p sambut Hari Malaysia di Dataran Merdeka. Tak penah aku jerit "merdeka! merdeka! merdeka!" walaupun aku dah berpuluhan tahun ni. Mood sayangnya Malaysia dah mai dah. Nanti aku jerit kt Thailands ye!!



Selamat Hari Merdeka Malaysia!

Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign