Aimaan Ahmad: November 2014

Nov 14, 2014

Aku tidak kuat, keranamu Allah, aku harus kuat!






"Sayang, masalah di dunia kecil sahaja. Esok esok azab akhirat lagi besar taw"
"I tak mampu. I tak tahu nak buat apa"
"Look. Allah always be with u. Sebab Allah pilih u untuk carry all this. Allah rindukan tangisan u merayu kat dia"
"Kenapa I, I dah letih dgn semua ni"
"Sebab Allah nak u dekat dgn dia. Di saat u leka, ada masa tu u selalu berzikir. Takkan. Tapi bila u di uji, u tak lupa nak zikir, itulah perubahan kasih sayang"
Orang yang berjaya, mampu mengawal diri sendiri. Tidak kira apa jua rintangan, bergantunglah pada Yang Maha Pencipta. Dia sentiasa menenangkan u

Nov 13, 2014

Sepuluh anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu

Mata aku terlintas suatu kelibat seorang wanita jauh nun sedang melintas jalan ketika bumi Allah masih dihujani dengan lebatnya.

"Nadia tengok tu, kenapa dia jalan masa hujan ni", kataku pada staff.

Wanita itu terhencot hencot bertongkat ke arah bangunan shoplot arah premis ku untuk berteduh mungkin.

" Kak nak p tengok sat kedai sebelah", kataku pada staff.

Kelihatan pekerja Indonesia di kedai herba jiranku telah bertegur sapa. Lalu aku juga menyampuk untuk memulakan bicara.

"Makcik, makcik nak pergi mana ni?", aku bertanya kemusykilan berlegar legar difikiran.
"Makcik nak pergi rumah anak", bergetar suara sebak didada menyatakan hasrat hati makcik itu.

"Makcik sudah makan?"
"Belummmm. Acik tak makan, beras tak ada. Acik nak pergi rumah anak", berkerut kerut untuk memahami butiran kata makcik itu memandang gusi sahaja masih tinggal.

"Makcik nak pergi naik apa ke rumah anak?"
"Acik jalan kaki"

"Makcik.......kuatnyaaaaaa"

Lantas aku masuk ke kedai semula dan berjumpa makcik dengan beberapa nilai rm hasil kutipan staff.

"Makcik, ini sahaja kami bantu makcik. Makcik makan na. Makcik nak nasi, kat sana boleh beli".
" Terima acih, moga kamu murah rezeki dan dilindungi Allah", berjurai air mata menitis lalu aku mengusap ngusap tubuh makcik yang kesejukan.

"Nadia, bagi domino's kita beli tadi pada makcik ni"
"Kekman, makcik tu takda gigi mcmanaa nak makan"

Aku menggapai cookies dan beranggapan cookies akan mencair ketika menghisap.

Setelah di panggil berteduh di hadapan premis, aku mula berbual panjang sehingga makcik mulai ketawa.



"Kamu cantik. Kamu baik. Hidung nya macam ni"
"Anak menggali makcik", gurauku berhasil. Tersengeh makcik semacam tidak mahu pulang ke rumah anaknya.

"Bagus anak anak ini. Anak makcik sombong".

Minda aku laju berfikir. Kau mesti positif aiman.
Aku cuba bersangka baik untuk anak anaknya. Makcik punyai 5 orang anak dan semuanya bekerja. Jika mereka jaga ibunya, pasti makcik ini tidak selebet begini. Jika mereka jaga ibunya, pasti makcik tidak berjalan sejauh ini.

"Makcik, dorang hantar makcik na", kataku pada staff lain.
"Jangan. Jangan. Nanti anak makcik pukul makcik dgn ni", ditunjukkan tongkat. Sebaknya tak terkata apabila sedikit demi sedikit cerita diluahkan.

"Saya hantar makcik rumah kebajikan ya", kelihatannya gembira ke rumah orang tua tetapi makcik menolak ke sana atas dasar anaknya sedang sakit. Sebab itu makcik berkeras untuk ke rumah anaknya.

Staff saya menghantar makcik di tempat yang diberitahu, malangnya makcik tersebut lupa jalan arah mana.
Jadi mereka bersepakat menghantar makcik ke Balai Polis. Sehingga ke malam ini aku masih berfikir apakah nasib makcik itu tadi.

Sempat aku berkongsi pada makcik, " makcik , masa hujan lebat ini makcik doa pada Allah dan minta segala doa makcik dimakbulkan ya. Mudahan anak makcik lembut hatinya"

"Ya ,acik doa, acik doa, tiap tiap hari".

Ya Allah siapalah aku insan yang tidak sempurna, untuk mendidik makcik tentang doa. Sedangkan makcik sedang di uji dengan ujian dunia. Jauh di sudut hati ini, kau hadiahkan yaAllah pada makcik kehidupan yang selesa. Umurnya tidak lama, sudah mencecah 88 tahun hari ini.

Nov 12, 2014

Tangga kegagalan apabila anda berputus asa


" Nak berhenti mendaki tangga kecil kecil ni lah."
" Lagi 3 anak tangga saja tu."


" Saya betul betul sudah putus, nak buat benda lain pulak lah."
" Tak menyesal ke? ."


" Aku minat buat business yang ni pulak, tengok best friend aku skrg dah berjaya dah."





Okay. Turun tangga ke anak tangga pertama semula, dan position your brand balik semula. Cari tribe you balik. Cari mentor you balik. Cari modal balik.


Ini cheq nak habaq mai. Jangan kalut nak varities nak godek sumber kewangan dgn buat business sgala mak nenek. Hat yang ada pun hang tak bulih handle.
Bina swot analysis your current business. Takdak mentor, p carik!

Apabila dah duk atas tangga atas, rasa tak gayat. Haaaa lompat anak tangga yang lain pulak. Baru syiok masa tu. Nak renyeh pun smpai telinga. Bukan jalan kerut2 kerisauan.

Putus asa tu tak bagus.

Contoh aaa. Last time ada orang buka gerai nasi lemak depan kedai cheq. Hari pertama ni aimaan p rasa. Sedap ke dak? Sekali sedap menggila. Finger licking good. Ciplak tagline orang lain. Then depa meniaga ada lah dalam bape kerat je mai. Nega malam, lampu bulb x pasang, inikan nak mengharap chandelier. Takda der. Depa meniaga dua hari ja, cheq yang frust. Takdapat makan nasi lemak depa.


Ruginya.


Best tak buat customer menangis sebab tak dapat produk hangpa? Best ke idak? Ishk.

#tipsaimaan

Nov 11, 2014

Peniaga Air Batu Campur & Cendol




Melihat setiap insan di bumi Allah dengan nilai tambah. Bukan hanya touch n go sahaja boleh tambah nilai. Contohnya begini. Jika aku melihat abg mamak kajang punyai customer beratuq panjang dengan menjual pelbagai jenis cendol dan abc. Aku mesti tahu apa nilai tambah yang dia gunakan untuk menghasilkan branding cendol kajang. Gulp.. nyamannya minum abc special ptg ni.

Duk minum abc rapat rapat. Cash money depa ni.



Untuk perniagaan begini, aku clasified sbg short term dan long term.
Short term untuk individu yang ingin memulakan perniagaan. Contohnya anda newbies punyai impian untuk buka perniagaan yang anda minat. Tetapi anda tiada modal yang besar. So jual lah abc atau cendol dulu. Lepas tu berniagalah perkara yang anda duk minat sangat tu.

Long term untuk individu yang sudah mula pon perniagaan abc dan cendol ini. Apakata hangpa expand kepada branding dan franchising. Came out with your own instand corn , red bean etc. Siap pakai baju smart punyai tagline business anda. 1 bungkus rm 2. Jual 1000 bungkus 5 jam sehari takpa dah. Impian perlu tindakan!

Ikhlas,
Moslem entrepreneur

Nov 10, 2014

Pembeli vs Penyangak

Hujan renyai di senja hari.

Kelihatan seorang pakcik basah kuyup menolak nolak dinding kaca premis. Aku melihatnya sahaja, jauh sudut hati timbul jua ketakutan. 3 saat memerhati, lama aku menekan button lock pintu premis. Lalu mengarahkan pakcik tolak di pintu, bukam dinding kaca.



"Ya , uncle nak cari apa?",kataku.
"Bread maker ada?"
"Ada, sekejap na." Pintu kaca aku biarkan ia terbuka.
"Kenapa ramai orang beli?"
"Ini bagus ma. Mau masak senang ma. Uncle masuk tepung air yis bagai, tutup , terus siap roti," cobaan adapt dialect uncle.tapi uncle tak ma ma ma pun.
"Mau angkat satulah, berapa berapa."
"Rm399.00."

Nah. Berbondot keluar. Lalu ku packing lelaju khas utk uncle. Kesian la hai berkuyup. Keluar saja uncle dari premis. Aku nampak uncle redah hujan jauh untuk menaiki kenderaan besarnya.

" Hello uncle, uncle tertinggal spatula. Macamana?"
"Takpa.sy datang"

Kembali uncle bertambah kuyup. Uncleeeeeee. Sedihnya. Terima kasih sbb gigih mai beli dengan saya.

Nov 8, 2014

Asam Garam : Minyak petrol


Kenaikan hrga minyak petrol di umumkan, maka dgn ini harga petrol ron95 berharga rm2.30 seliter.

Berpusu pusu posting di newsfeed ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati, ada pakar ekonomi suam suam kuku, dan ada juga bertindak untuk berkongsi tips pembelian petrol teknik bijak dan tidak merugikan.

Tips: isi minyak petrol dalam langkauan rm23, rm46, etc. Bermaksud elakkan melakukan pembelian rm 20, rm30, rm40 dan seterusnya. Dengan mengikuti teknik pembelian minyak rm23 bersamaan 10 liter, anda akan memperolehi belian 10 literlah ! Tertera pada tangki minyak di stesen petrol secara tepatnya. Jika anda buat pembelian rm20, nilai liter menjadi 8.56567398766 liter. Tetapi bacaan harga dikesan setakat dua titik perpuluhan sahaja.

Operasi bereksperimentasi.



Aku mula mengamalkan teknik ini sejak sejak ajaran ini tersebar meluas. Kereta kami di rumah family aci aci pakai ikut suka. Sat hang tukaq hat aku. Sat sat aku pakai hat hang. Aci aci aku semedang dapat masa tank minyak berkelip kelip. Apa depa bijak!

"Kak, minyak rm23." Kakak mula menekan pilihan dan bayaran.
"Eh 23 literkan. Eh jadi berapa ringgit" Dalam masa yang sama memulangkan baki rm30 lagi.
" Tak. Rm23 lah".
"Ohhhhh. Minta rm3 lagi ya. Uncleeeeeeee. Tolong isi kereta tu lagi tiga ringgit ya."

Macam tak guna ja aku isi rm 23. Angka dua digit jugak aku dapat. Berasap telingaaaaaa.

"Thank u uncle."

Nov 3, 2014

Terima takdir besar hikmah perolehi Harry



Seorang lelaki bernama Harry tinggal sekampung dengan aku, sejak kecil. Seusia 6 tahun aku sudah mengenali lelaki nama Harry ni kerana dia adalah salah seorang pekerja ayah aku. Walaupun mulut Harry macam bertih jagung lajunya memercik, apa kurang hasil kerjanya. Amat laju menyiapkan tempahan walaupun pelanggan mahu stok seawal 4 pagi.

Dia akan gigih ke rumah aku, dan patuh pada majikan.
Melonjak usia 13 tahun, aku tidak lagi menuntut di daerahku. Aku keluar daerah atas dasar sukarela, tetapi penyakit rindu rumah juga.
Masa berlalu sehingga aku seusia 20an. Genap 20tahun seawal aku mengenali Harry.

"Harry, eee hang! Apa kabor? Lama tak nampak", aku menegurnya ketika terserempak di Kedai Chong, di kawasan kampung cina.
"A.... besar dah. Lama tak nampak.Kete bawu, kete bawu. Besar besar", Harry menjawab sapaan aku.
" Balik na".

Masih teringat lagi semasa Harry kemalangan di depan surau, melambung lambung. Saat itu ramai orang kampung berteriak.

Nyata umurnya masih panjang sehingga hari ini. Dari pemerhatian aku, Harry masih kuat bekerja seperti dulu. Tidak sia sia ibu Harry percaya dengan kuasa Allah, walaupun miliki anak mental disorder, tetapi hayatnya hanya bekerja dan duit terus diberi pada keluarga sehingga sekarang.
Anak yang waras lupa diri.

Jika dulu waktu pagi bekerja di kilang bergaji hari, di kala tengahari berlari ke rumah penyembelihan. Sebelum balik, sempat lagi membuat pembersihan kawasan rumah kami.
Melihat Harry tempoh hari, aku terdiam sejenak menghayati bertapa indahnya Allah cipta manusia di muka bumi. Jangan mudah menyalahi ciptaan Allah kerana ia pasti punyai hikmah yang besar disebalik kejadian.

Sampai sekarang Harry kayuh basikal berkilometer. Gulp.

Terima kasih atas sudi membaca!

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign