Aimaan Ahmad: Sepuluh anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu

Nov 13, 2014

Sepuluh anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu

Mata aku terlintas suatu kelibat seorang wanita jauh nun sedang melintas jalan ketika bumi Allah masih dihujani dengan lebatnya.

"Nadia tengok tu, kenapa dia jalan masa hujan ni", kataku pada staff.

Wanita itu terhencot hencot bertongkat ke arah bangunan shoplot arah premis ku untuk berteduh mungkin.

" Kak nak p tengok sat kedai sebelah", kataku pada staff.

Kelihatan pekerja Indonesia di kedai herba jiranku telah bertegur sapa. Lalu aku juga menyampuk untuk memulakan bicara.

"Makcik, makcik nak pergi mana ni?", aku bertanya kemusykilan berlegar legar difikiran.
"Makcik nak pergi rumah anak", bergetar suara sebak didada menyatakan hasrat hati makcik itu.

"Makcik sudah makan?"
"Belummmm. Acik tak makan, beras tak ada. Acik nak pergi rumah anak", berkerut kerut untuk memahami butiran kata makcik itu memandang gusi sahaja masih tinggal.

"Makcik nak pergi naik apa ke rumah anak?"
"Acik jalan kaki"

"Makcik.......kuatnyaaaaaa"

Lantas aku masuk ke kedai semula dan berjumpa makcik dengan beberapa nilai rm hasil kutipan staff.

"Makcik, ini sahaja kami bantu makcik. Makcik makan na. Makcik nak nasi, kat sana boleh beli".
" Terima acih, moga kamu murah rezeki dan dilindungi Allah", berjurai air mata menitis lalu aku mengusap ngusap tubuh makcik yang kesejukan.

"Nadia, bagi domino's kita beli tadi pada makcik ni"
"Kekman, makcik tu takda gigi mcmanaa nak makan"

Aku menggapai cookies dan beranggapan cookies akan mencair ketika menghisap.

Setelah di panggil berteduh di hadapan premis, aku mula berbual panjang sehingga makcik mulai ketawa.



"Kamu cantik. Kamu baik. Hidung nya macam ni"
"Anak menggali makcik", gurauku berhasil. Tersengeh makcik semacam tidak mahu pulang ke rumah anaknya.

"Bagus anak anak ini. Anak makcik sombong".

Minda aku laju berfikir. Kau mesti positif aiman.
Aku cuba bersangka baik untuk anak anaknya. Makcik punyai 5 orang anak dan semuanya bekerja. Jika mereka jaga ibunya, pasti makcik ini tidak selebet begini. Jika mereka jaga ibunya, pasti makcik tidak berjalan sejauh ini.

"Makcik, dorang hantar makcik na", kataku pada staff lain.
"Jangan. Jangan. Nanti anak makcik pukul makcik dgn ni", ditunjukkan tongkat. Sebaknya tak terkata apabila sedikit demi sedikit cerita diluahkan.

"Saya hantar makcik rumah kebajikan ya", kelihatannya gembira ke rumah orang tua tetapi makcik menolak ke sana atas dasar anaknya sedang sakit. Sebab itu makcik berkeras untuk ke rumah anaknya.

Staff saya menghantar makcik di tempat yang diberitahu, malangnya makcik tersebut lupa jalan arah mana.
Jadi mereka bersepakat menghantar makcik ke Balai Polis. Sehingga ke malam ini aku masih berfikir apakah nasib makcik itu tadi.

Sempat aku berkongsi pada makcik, " makcik , masa hujan lebat ini makcik doa pada Allah dan minta segala doa makcik dimakbulkan ya. Mudahan anak makcik lembut hatinya"

"Ya ,acik doa, acik doa, tiap tiap hari".

Ya Allah siapalah aku insan yang tidak sempurna, untuk mendidik makcik tentang doa. Sedangkan makcik sedang di uji dengan ujian dunia. Jauh di sudut hati ini, kau hadiahkan yaAllah pada makcik kehidupan yang selesa. Umurnya tidak lama, sudah mencecah 88 tahun hari ini.

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign