Aimaan Ahmad: Resepi : Ayam Kicap Berdaun Kari.

Pages

Feb 4, 2012

Resepi : Ayam Kicap Berdaun Kari.


Setelah sedekad korang tak dapat menjejak aku.cewahhhh!! Sezaman dah haa akuu tak menghupdate ini belog. Bukan apa, nda ada apa-apa yang menarik mahu di kongsi. Alih ali aku godek2 gambar kat fon, jumpa la sejenis gmbr berbentuk makanan. Ini perlu di hebah2kan. Lalu aku ber-blogging lerr..




Mempersembahkan.... taraaaaaaaaaaaaaa






Aku saja close up bagi perut korang bergetar, otak mula bergegar.


Rasa lazat (promo!!! tapi aku tak buat catering) rupa enak apatahlagi "ayam gorengggggg" di salut kicap manis kapalapi, ehhh apa de hal nih. Kipas udang la derr. Ini resepi sempoi je sebenarnya untuk bujang perempuan yang bosan mkn di luar mahupun bujang lelaki juga,boleh mencuba. Anda menambahkan skill masakan bukan, boleh gebanggg kat gf.ahaaa :)




Resepi ting tong ting tong AYAM KICAP BERDAUN KARI.

  1. Ambik 4 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, 4 biji cili padi. Tumbuk sehingga lumat. Kalau nak blender pon boleh. Tapi kalau msk sikit2 setakat mkn untuk 4 org, aku prefer tumbuk je sebab rasa masakan tu akan lebih sedap.poyo!
  2. Gaulkan ayam dengan kunyit. Adjust2 lah bagi secukup rasa.
  3. Goreng ayammmmm. ** Jangan campak bro! Makin tinggi hantaran lu kena bagi nanti.
  4. Next, Ini fokus!!! Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan 1 tadi, tumis sampai naik bau. Letakkan asam keping supaya masakan tahan lama, tuang kicap manis dan masukkan daun kari. Test dulu rasa, secukup rasa. Baru masukkan ayam goreng tadi.
  5. SIAPPPPPPP!!!!!

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign