Aimaan Ahmad: 2013

Sep 5, 2013

Moist Chocolate Cake



Assalamualaikum kalian ! Hellooooooo...

Buat sekian kalinya. kemunculan kembali. Malam ni tersuka suki untuk berkongsi resepi kek chocolate moist yang boleh melembabkan tekak anda semua. Haih kalau nak buat sekarang pon sempat lagi nih.


Meh meh share resepi. sekali review tips. Terus pandai buat. Kacang mak lodeh je.


RESEPI MOIST CHOCOLATE CAKE
( disebabkan adik lelaki kempunan, kakak kesayangan bertungkus lumus di dapur :P)


BAHAN A : 
 2 cawan tepung gandum ( di ayak lebih baik, terjamin dari binatang halus)
2 cawan gula kastor
1 cawan coco ( tak kisah jenama apa, takda jenama pon takpa eh)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

BAHAN B : 
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
1 sudu teh nescafe


TEKNIK PANTAS UNTUK KORANG BERTINDAK SEKARANG

1. Setelkan bahan A dalam satu bekas, campurkan semua bahan dan bagi bergaul bersama
2. Bahan B, pukul telur dan campurkan semua bahan B dalam satu bekas.
3. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B.
4. Campurkan semua bahan menjadi rata.
5. Panaskan periuk kukus.
6. Ambil loyang kecil petak atau bulat, lapik dengan kertas kek dan sapukan margerin atau mentega.
7. Tuangkan bahan tadi ke dalam loyang.
8. Kukuskan kek selama 60 minit. Jika selama 60minit tidak cukup masak selepas mencuba dengan garfu , tambahkan tempoh masa memasak.



Kan senang je nak buat MOIST CHOCOLATE CAKE.
(^_^)




SELAMAT MENCUBA !

May 8, 2013

Dapat modal baru berniaga? Itu semua karut.



Assalamualaikum.

Saya ada mengikuti beberapa seminar untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan belajar teknik perniagaan dan pemasaran. Saya nak kongsikan hari ni, kepercayaan karut  yang orang ramai selalu fikirkan apabila mahu mulakan perniagaan. Antara kepercayaan karut yang menjadi fenomena utama, "aku bukan keturunan berniaga". hmmm saya tak dapat buat apa-apa jika statement ini sahaja sudah menjadi penghalang kalian untuk memupuk minat dlm berniaga.


Ada lagi kepercayaan karut yang ini sememang ramai orang akan jadikan ia isu utama. TIADA MODAL. Masyarakat kita sering di hentam oleh gaya fikir. " Jika mahu berbisnes, kita mesti ada modal duit yang besar ".

Hakikatnya bukan modal duit yang diperlukan.


Didalam seminar yang saya hadiri, mentor saya mengajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan tanpa modal. Ia di namakan "bootstrap". Apa itu bootstraps? Memulakan perniagaan menggunakan modal diri, apa sahaja yg boleh di gunakan untuk menjalankan perniagaan. Seperti contoh dapatkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu perniagaan, dan jalankan aktiviti pemasaran. Sekaligus, komisen sudah di perolehi dan boleh di jadikan modal perniagaan.


Saya telah menggunakan teknik ini untuk memulakan perniagaan. Ketika itu saya adalah fresh graduate, tiada sebarang modal untuk menjalankan perniagaan. Perniagaan yang saya lakukan dengan melahirkan lebih ramai lagi usahawan perniagaan farmasi secara francais.



Apa cara saya buat? Saya kongsikan peluang perniagaan ini kepada lebih ramai orang, Jadi perniagaan saya semakin berkembang dengan lebih ramai org kenal.
Saya memasuki bidang perniagaan farmasi ini dengan menuntut ilmu produk dan pemasaran daripada mentor. Kemudian, saya meminjam kad kredit kawan saya untuk membuat pendaftaran. Dan kemudian saya mulakan aktiviti "marketing " saya dengan modal pinjam kredit kad kawan.


Alhamdulillah, hasil diperolehi. Kredit di bayar. Income bulanan yang di luar jangkauan jika kamu fresh graduate. Income menjalankan perniagaan farmasi adalah luar biasa. Tetapi jika kamu ahli perniagaan yang besar2, income ini hanya sebagai tokok tambah nak kaya kan lagi shopping mall sahaja. Dan jika bijak, boleh berbakti dari wang kita perolehi kepada orang yang lebih memerlukan. :P



Perkenalkan lebih ramai lagi peluang perniagaan ini, langsung tidak merugikan anda. Seronok lagi adalah. Kita dapat bantu orang untuk mengubah hidup mereka. Janji mesti lakukan tindakan dan usaha.InsyaAllah berhasil.



Bantuan training di berikan untuk suntikan motivasi dan ilmu pengetahuan mengenai produk dan marketing skill. Teori dan praktikal tidak sama sekali, walaupun kamu ini adalah graduate sbg master in business. Mesti belajar praktikal juga.

Kebiasaannya, semua business owner yang baru menyertai program farmasi di bawah kelolaan Berjaya Group. Mereka akan di bawa training untuk memberi ruang pada minda melihat dan merasakan ini perniagaan mereka sendiri. Kadang-kadang, manusia masih belum sedar yang mereka sudah pon memulakan perniagaan, tetapi tidak fokus 100% kepada perniagaan mereka. Jika tidur juga, terpaksa lah bungkus perniagaan seperti di rancang .
heee :)




Saya akan memberi masa kepada business owner untuk mengajar mereka secara direct. Bukan membiar mereka terpinga-pinga memahami perniagaan mereka. 



Rasa bersyukur kerana ada perniagaan sebegini yang memberi ruang kepada manusia macam saya ni yang memang tak suka kerja 8 pg hingga 5 petang, yang terikat pada boss, tetapi tidak ada modal besar untuk menjalankan perniagaan. 


Cuti suka hati engkaulah ! hehe. 


Perniagaan farmasi yang saya jalankan ini memang mempunyai pengguna yang setia dan sudah berada di Malaysia selama 34 tahun. Paling best , perniagaan ini adalah antarabangsa. Sudah banyak negara yang menjalankan perniagaan farmasi ini di bawah jenama yang sama. 
Sampaikan ada kawan yang bertanya, " Business kamu ni dari negara mana?".

Mereka tidak tahu ini origin Malaysia.




Farmasi mempunyai target pelanggan yang luas. Tidak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, kanak , pelajar sekolah, remaja. Pasti akan masuk ke dalam farmasi untuk membeli barang keperluan mereka. Farmasi ini juga bukan hanya menjual ubat-ubatan, malah menjual "household" produk. Jadi pengguna sememangnya suka barang yang kualiti, murah dan memupuk lagi mereka menjadi loyal customer kerana pelbagai attraction di berikan seperti coupon, point, discount etc.


Ingat ! Nak berniaga tidak perlukan modal duit, tetapi modal diri. Jadikan peluang yang ada ini, adalah PELUANG ANDA ! Perniagaan farmasi di buka 1000 kuota kepada yang berminat.  Masih ada 800 kuota premis akan di buka, rebutlah peluang ini. 


Facebook saya : NURUL AIMAN

Email at  | nurul.aiman@live.com | 
No tel | +6011-29040645



May 7, 2013

Undi


Salam.

Hari ini aku nak menceritakan pengalaman pertama kali aku gigih bersemangat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Siapa yang tak semangat nak memilih pemimpin yang terbaik untuk tempat kita. Aku melihat kedua dua manifesto , meneliti segala kebaikan yang akan mereka tunaikan kepada rakyat. Aku tidak menerima media televisyen semata-mata. Aku mencari informasi  media cetak dan juga sumber internet yang boleh di jadikan bahan rujukan. 


Dan ternyata aku dah pasti siapa yang bakal aku pilih untuk memimpin negara. Tetapi jika undi aku sorang, belum tentu mencukupi untuk menjadikan pemimpin yng aku pilih, menjadi pemimpin secara rasminya. Maka pemimpin yang kalah itu seharusnya teruskan lah niat murni kamu memimpin, memberikan yang terbaik , dan teruskan lah berbakti kepada masyarakat. 


Aku bangun awal pagi. Jam 8 sudah bersiap untuk ke tempat membuang undi, di sekolah berdekatan. Aku pergi bersama mak dan adik. Bestlah ! Ramai yang datang awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Aku bangga kepada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. 1 undi itu amatlah bernilai. kannnn. 
setujukan ! :)


Ini jari telunjuk Usu aku setelah buang undi. Haha Panjang haa kena calit dakwat. Dibomohkan setelah menanyakan soalan hangit. "Botol dakwat dah goncang ke belum?". hihi. macam macam la hai.. :) 


Kini kerajaan negara kita sudah di pilih. Walaupun terdapat banyak sangat isu yang timbul. 


Apa yang aku nak dari kerajaan yang sudah rasmi ini. Berhentilah menunjukkan rasa anti pembangkang dan mulakan kerjasama anda. Memandangkan anda di pihak yang menang, hulurkan perlawaan bekerjasama. Aku sebagai rakyat melihat kerenah pemimpin yang bermacam-macam. Aku sebenarnya nak minta sangat PM kita ni mendidik pihak media supaya berhenti memprovoke mana-mana pihak. Pihak pembangkang ini rakyat Malaysia juga, mereka sememangnya akan voice out apa yang di rasa. Mereka tiada kuasa sepertimana pihak kerajaan ada. Mahukah kita hidup dalam keadaan tidak aman. Jom perbaiki :)


Mulalah mendidik. Bukan taburkan duit. 


Pengalaman mengundi ini memang best ! Terima kasih membaca !



May 3, 2013

Sambal Udang Sempoi



Salam. Favourite makanan saya , sebarang makanan yang menjadi utamanya adalah udang. wehuuu ! :) cukup gembira dapat masak laju laju untuk mak ayah yang sudah lama tidak menikmati masakan aku . cewah ~ Dorang usha je dari jauh, mintak2 anak aku masak hari ini, supaya mak boleh berehat-rehat sambil menonton video  kempen-kempen undi. haha. Ayah balik solat, seperti biasa mencapai tab nya untuk bersantai-santai surfing internet sebelum membodek mak aku menemankannya makan. :)
Sungguh harmoni bila balik kampung, Jom tanam jagung pulak lepas ini !



Aku hari ini mood baik dari demam, nak memasak. 
Resepi pilihan kita hari ini : SAMBAL UDANG SEMPOI .

BAHAN-BAHAN :

500MG Udang 
( please hiris belakang badan udang untuk buang tahinya, erk !)
Satu biji bawang besar
10 keping Cili Kering
Asam Keping
Garam
Gula
Minyak masak ( suka kau apa brand !)


Haaa sila nikmati dulu gambar di bawah. Ambil semangat gigih nak buat untuk orang yang korang sayang pulak. Masakan ini akan lagi best bila letak petai. Bila jadi sambal udang petai, nescaya nasi masak hari ni akan menjadi dua kali ganda. Dan take note, tandas pon akan di cuci 5 kali ganda. lain macam sikit rajinnya :)


seterusnya... Langkah-langkah



TEKNIK:

1. Panaskan minyakk di dalam kuali. Masukkan bawang yang sudah di blender. Pastikan bawang tadi di tumis sehinggakan menaikkan bau yang harum dan menyelerakan.

2. Masukkan cili kering yang di blender. Saya lebih suka cili ini betul-betul masak. Biarkan cili masak sampai pecah minyak. Dan boleh tambahkan sedikit air sampai tumisan tadi kering semula.

3. Masukkan asam keping, garam , gula.

4. Kelihatan cili tadi sudah masak. Masukkan udang anda. 

5. Pastikan udang di masak dengan baik dan sekata. Warna masakan akan kelihatan cantik.

6. Siap. Jika rajin, buatlah sedikit " plate-ing" untuk masakan anda. Lagi lah bertambah selera cik abang korang. ahhahahaha.



Jom makan !



Aku hanya berkongsi masakan bujang. Buat laju-laju. Makan pelahan-lahan. Elakkan makruh, iaitu makan makanan terlalu panas dan terlalu sejuk. Sederhana . :P


Selamat mencuba !

Thank for reading this entry !

Apr 30, 2013

Love Fried Mushroom

Assalamualaikum.

Sebelum ni dah ceritakan yang aku ni pergi kursus cendawan. Kalau pergi kursus berbayar, tak dapat buah tangan mesti lah tak best. ehhe. Dah tokey cendawan itu menhadiahkan cendawan 5 paket. Haaa balik ghomah makan sampai muntah. Dah kreatif macam macam dah dgn masakan cendawan.

Cendawan Goreng ini memang sedap ! Budak - budak pon suka. Lebih kreatif taburkan cheese, serbuk apa saja yang sedap kan. Sup cendawan yang paling aku suka di sec 14, Petaling Jaya. Mai datang cuba.

Cendawan ini sebenarnya makanan sunnah Rasullullah. Kebaikan cendawan ; Baik untuk mata dan kesuburan :)


Tetapi hari ini aku nak kongsi resepi "Love Fried Mushroom "


Bahan-bahan :
 Cendawan 100 gm
Telur 2 biji
Kentucky Fried Chicken
Minyak


Teknik memasak : ( acah chef cilik je ni )



LANGKAH PERTAMA
Ceraikan cendawan tadi seperti dalam gambar. Basuh dengan bersihnya dan pastikan cendawan tadi tidak terlalu basah.






LANGKAH KEDUA
Celupkan cendawan tadi ke dalam telur yang telah di pukul sperti dalam gambar.



LANGKAH KETIGA
Pastikan tepung di tuang di dalam pinggan secukupnya.



LANGKAH KEEMPAT
Gaulkan Cendawan di salut telur tadi ke dalam tepung. Pastikan ia sekata. Panaskan minyak , dan gorengkan. Gorengkan dengan sekata supaya kadar kerangupan dapat di nikmati dengan penuh senyuman.
Makin best bila dah kekuningan dan rangup.



LANGKAH TERAKHIR 
Sedia untuk di hidangkan . hmm krukk krukk sedapnya !


Haha dah berbunyi riak plak aku ni. Ok sekalian ! Selamat mencuba.


Terima kasih kerana membaca!

Terjebak & Gembira



Assalamualaikum.

Pada suatu hari , kawan saya Norafifah atau lebih glamor di panggil epah /afi datang ke rumah bujanganku. Dia hanya nak melepak lepak sahaja akibat stress menggila kerja di office dari 8pagi hingga 5 petang, tetapi gajinya tetap sama. Tak kira la dapat projek 15 juta ke, 40 juta ke. Kalau sudah namanya makan gaji, gigih macamana pon u susah untuk perolehi kejayaan besar dalam isu kewangan.

So, datang ke rumah saya nak buang stress.


Kami pon memudah.com.my apa yang boleh buat. Mencari peluang perniagaan yang boleh di ceburi. Dan kami berminat pd satu iklan ini. Kedai "take over". Dengan saya sekali lah pergi berjumpa pengiklan itu. Ok, kami pon mendapatkan detail, ilmu dari mereka, memahami business plan, konsep pemasaran semua. Kami bersetuju untuk join program ini yang di bawah kelolaan Berjaya Group.


Mula-mula macam suka-suka. Saya sudah tidak kerja lagi masa ni. Teringat plak ayat DAO ( Dr Azizan Osman), "orang yang berjaya, dia mula dan akan buat sampai habis". Memang terkesan, walaupun rasa ego pada diri. Tetapi ia satu ayat kecaman yang bagus untuk masa depan.


Kebiasaannya kehidupan fresh graduate, habis sahaja belajar terus mencari kerja di mana company yang menawarkan gaji RM2K dan ke atas, malah ada yang ke bawah juga. Tetapi tidak ramai yang mencari perniagaan selepas menjadi fresh graduate dr universiti yang terkemuka di Malaysia malah luar negara.
Saya pon sedar saya juga mcm itu. :P Ok bermulalah perniagaan dalam bidang membuka farmasi ini.


Bulan pertama income more than gaji yang saya pernah dapat semasa bekerja makan gaji.
dan terus bermotivasi mendapat lebih. Kemudian dapat lagi lebih.


Kemudian berubah lagi.. mcm itu lah :) Alhamdulillah.


Peluang yang di tawarkan oleh Berjaya Group di buka 1000 kuota. Tak termasuk luar negara lagi. Memang peluang yang luas. Jika kuota sudah penuh, pihak Berjaya Group sudah merancang kepada business plan cafe dan boutique lagi.


Jadi peluang perniagaan ini seumur hidup. 



Mengikut nasihat DAO, untuk berjaya dengan mudah. Kita  mesti mendapatkan mentor dalam bidang kita. Mentor yang sudah berjaya. Kemudian belajar menimba ilmu, sampailah kamu expert dalam bidang ini. Perniagaan farmasi francais yang di tawarkan ini mempunyai sistem yang bagus. Mereka telah di tubuhkan selama 34 tahun dan memiliki pengguna yang semakin bertambah. Jadi hanya tinggal diri kita untuk melakukan tindakan. Penuhi segala impian kita.


So, kata kuncinya M.E.S.T.I.
Gunakan dalam semua perniagaan anda!





 Ini Nadia. Pelajar Phd Unimap dalam bidang Engineering. Buat perniagaan farmasi cosway part time sahaja. Boleh dapat income tambahan yang luar biasa. 


Apa yang saya boleh kongsikan, saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Mudahan Allah juga memberi sumber rezeki yang tak di sangka- sangka reader blog saya ini.

Facebook saya : NURUL AIMAN

Email at  | nurul.aiman@live.com | 
No tel | +6011-29040645


Terima kasih kerana sudi membaca !

Apr 29, 2013

Prawn Black Pepper



Satu malam saya sangat lapar. Masakan ini paling senang, jom main campak campak.

Ini di namakan Prawn Black Pepper .




Bahan- bahan :

Udang 250 gm
Bawang besar
Cili padi
Serbuk lada hitam
Sos lada hitam
Kicap manis
Garam

Teknik memasak paling cepat :

1. Tumbukkan bawang dan cili api.
2. Tumiskan bawang dan cili api sampai naik bau dan warna kekuningan.
3. Campakkan udang tadi dengan berselawat . hee  supaya makanan yang di masak ini berkat.
4. Taburkan garam, serbuk lada hitam, black pepper sauce dan kicap manis.
5. Rasa dengan tapak tangan. hmmmm sedapnya! hehe 


Nasihat saya :  Untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Ada cara untuk siangkan udang. hiriskan belakang badan udang. Buang tahi udang berwarna hitam. Ini boleh menyebabkan gout. Sumber tak pasti dari mana, tapi pernah dengar. Bukan rekaan semata-mata :P

So udang akan melentik sexy setelah di masak.  Makan sambil kenyit mata jom! haha acah je.

Jadi, selamat mencuba bujangan !




Terima kasih sudi menjengah saya !

Kursus Cendawan Tiram Kelabu

Assalamualaikum.

Perkongsian kali ini tentang cendawan. Rupanya cendawan ini terdapat byk spesies, ada yang mahal dan susah di dapati tetapi cendawan yang paling di sukai, Cendawan Tiram Kelabu. Saya ni sebenarnya menghadiri kursus cendawan tanpa di rancang berbulan bulan pon. Aunty dan uncle sy dari Brunei message through whatsapp, " Tolong tanyakan tarikh kursus persendirian dengan Cendawan Puchong ". Then dia bagi sahaja link. Saya hubungi cendawan puchong, mereka bersetuju memberi kursus persendirian dengan mimima 3 orang. 

" Aunty datang kl hari sabtu, tolong book date dgn cendawan punchong hari selasa".
Message di terima pada hari khamis. Nasib baik mentor cendawan bersetuju untuk tarikh yang di pilih. Kesian juga masa tu , mentor cendawan demam. Tetapi terpaksa mengajar kami.


Sebelum ini, saya tak pernah pon tengok tanaman cendawan in real. Selalunya dalam gambar saja. Kali ini, Nah ambil kau ! Aku sendiri yang dapat ambil gambar cendawan .




Perasaan teruja melihat tanaman. Masha Allah , besarnya kekuasaan Allah. Memberi tanaman secantik ini, lembut, bersih. Kami akan di beri peluang memetik cendawan pada akhir sessi latihan teori dan praktikal. Sementara menanti mentor, kami meninjau ninjau kawasan rumah cendawan. Pembantu mentor dari Indonesia sangat membantu, friendly, dan semakin bertambah eksaited lah kami ni.




Menurut mentor, di Cendawan Puchong mereka dapat menawarkan sebanyak 50 kg sehari. Ini baru membantu pembeli di sekitar kawasan sana. Pemrintaan untuk cendawan amatlah tinggi. Jika mempunyai sistem perngurusan dan tanaman yang bagus, penjualan dapat di lakukan secara berterusan. Insya Allah. :)

Saya suka tengok cendawan yang sedang bertumbuh itu ! :P



Ok bermulalah hari kursus kami. Proses pembayaran dan briefing sedikit teori. Kami di beri buku penulisan mentor cendawan dan cd sebagai bahan rujukan. Proses mula untuk menghasilkan bongkah cendawan dahulu. Di dalam bongkah cendawan, mempunyai habuk kayu getah. Gambar di atas adalah habuk kayu getah. Ada perbezaan jika kita menggunakan habuk kayu lain, kuantiti serat yang berbeza. Habuk kayu ini paling sesuai untuk di jadikan bongkah cendawan. Proses pengeringan habuk kayu. Apabila sudah kering, mesti menapis habuk mengunakan equipment supaya habuk itu tadi menjadi halus dan tidak mempunyai bahan kasar , seperti paku etc. 



Jika untuk mengetahui habuk kayu itu betol, boleh cuba pegang habuk yang berbukit tu. Di dalamnya panas. dan akan mempunyai ketulan yang cantik terbentuk secara semulajadi. Ini adalah bahan paling penting bagi menghasilkan cendawan tiram kelabu yang terbaik.



Proses adunan bahan. Bahan yang akan di campur habuk kayu, kapur, em dan air. Bahan ini mestilah di adun menjadi rata. Untuk memastikan ia sudah rata, ambil pegang, bau dan rasa kelembapan habuk kayu tadi. :)


Apabila sudah rata, proses membuat bongkah cendawan. Proses ini menentukan jangka hayat penghasilan cendawan. Ada yang boleh menghasilkan 8 kali pengeluaran cendawan, jika bagus, ada yg boleh menghasilkan 12 kali pengeluaran cendawan untuk satu bongkah.

1 kali pengeluaran cendawan mengambil masa dalam 10 hari atau seminggu. Pertumbuhan cendawan sangat cepat, jika di waktu pagi kita belum nampak apa2 pada bongkah, tunggu pada petang hari sudah ada cendawan yang bertumbuh. 

Cantikkan proses ciptaan Allah! 



Setelah bongkah tadi siap, proses mengukus bongkah cendawan selama 8 jam pada kadar api bara yang sekata. Dibiarkan selama semalaman di dalam tong, kemudian di pindahkan ke dalam bilik injection benih.



Bilik injection benih memerlukan lampu yang bersesuaian seperti lampu uv yang boleh membunuh spora. Jika membuka lampu tersebut, elak dari berada di dalam bilik tersebut.


Proses injection benih amat mudah. Jika 100 bongkah ok lagi. Jika bagi 30000 bongkah satu hari, memang gila juga nak inject benih. ehhehe :)
  Selepas injection benih, di pindahkan ke proses memeram selama dua bulan. Jika tadi pada luaran bongkah dapat di lihat gelap saja, setelah proses memeram. Bongkah akan bertukar pada warna putih. Itu menunjukkan benih cendawan. 

Selepas proses memeram, baru di pindahkan ke dalam rumah hasil cendawan. Nantikan cendawan itu membesar dengan sihat. Pastikan cuaca di rumah hasil lembab dan bersih untuk mendapatkan kualiti cendawan tiram kelabu.




Hasil yang di petik kami. Sessi akhir yang menampakkan balik keceriaan setelah penat seharian menuntut ilmu dalam kepanasan. hehe. Dapat petik cendawan, happy nya kemain lagi.


Haa korang ! Apa lagi, permintaan cendawan amatlah tinggi. Cepatlah menceburkan diri. Aunty dan uncle saya dah beli pon bahan keperluan menanam cendawan. Tunggu nak jadi pelopor jutawan cendawan Brunei sahaja. hehe Insya Allah. Dengan azam dan cekal, pasti boleh berjaya.


P/s: Orang berjaya, dia mula sesuatu , dia akan buat sampai habis. Jangan terhegeh- hegeh.


Thank for reading this entry !

Apr 10, 2013

Ahmad Brands Official



Assalamualaikum.


Apa tu Ahmad Brands Offical ?!  Boleh LIKE dulu. :)
New brand coming , a fresh chicken that precise on halal and hygiene process.  


Macamana "branding" ini boleh terjadi ?! As born as his daughter, aku rasa bersalah kerana tidak mengubah apa yang aku rasa patut di ubah. Untuk kebaikan bersama.


Alkisahnya sebegini, I naturally too interested in doing any business as long I can sell, doing marketing, give the best product to people. I had trying went for work from 8am to 5pm. but It doesnt make me satisfied at all and totally not happy. Then I always attend to the seminar, talk, any class that I can improve myself :)


Ya, perjalanan hidup aku tidak mudah sebagaimana orang lain yang celik mata semuanya sudah tersedia dan petik jari shj. 


Aku rasa meneruskan empayar perniagaan ayam ayah aku pon ok apa ! :)
 Ini peringkat permulaan, baru bermula untuk transformasi dan menambahbaikan segala prosedur dan sistem.


Aku amat mengharapkan segala doa dari kalian.
Please dua' for me :)


Radio memecah kesunyian. Walaupon tergantung comel di sana, banyak informasi dia dok warwarkan. 
Politik usah ceritalah.



Suis yang tidak begitu "secure". 



Mesin pembuangan bulu ayam. Proses ini akan dilalui oleh ayam yang telah disembelih dan mati. Kemudian, ayam akan lalui proses rendaman dalam air panas. Dan barulah mereka terjun ke dalam mesin ini. 

Dari berbulu, terus hilang semua bulu !



Semi pro cutter machine. This machine has been designed and made by my dad. Since he's working as mechanic before jump into business, He has an expertise to do all machinery thing. Then came out with his machine product. 



Eventhough this machine is not properly look safe and secure. But my dad has successfully recruit new business owner that follow his business flow. Mean all machines has duplicated to them too. 
He is my uncle in hometown, Baling , Kedah.


This machine functionally as a semi pro cutter that help worker to cut a chicken into small piece before through packaging process. :)



An old style of price tag. will transform and upgrade them.



For this time being, the packaging is look like this. A red plastic tided with stapling price tag.
Even hand writing price tag :P


It's memorable one day !


We just sitting here ,wait u customer ! Damn cold!


Selepas di sembelih, semua ayam akan di letakkan di dalam gelung. Biarkan ayam mati dengan tenang.



Two refrigerator to keep our stock.


Messed store.


All thing will change time by time. Follow my experience and life process. 

Thank for reading this entry !

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign