Aimaan Ahmad: October 2016

Oct 5, 2016

TRAVEL : Bali , Indonesia ( Day 1 )


Hye ! Assalamualaikum (T__T) Ampun beribu ampun , travelog saya ke Bali sudah lama terperam dan kali ini saya cuba all out berkongsi tips perancangan perjalanan dan kewangan , yang penting semua enjoy dengan bajet trip . Bagaimana saya boleh decided untuk ke Bali ,suatu hari saya datang ke rumah kawan dan we all feel bored . Terus booking ticket kerana harganya totally affordable hanya RM 300++ , tempoh penerbangan 3 bulan dari tarikh booking. eh bosan sekarang , kenapa travel lagi 3 bulan. makes sense ke haha. ( Pada teori travel saya, beli tiket dulu nak pegi akan datang fikir kemudian ) :D


JUMLAH WANG KAMI TUKAR : RM1,000 sahaja. TIPS : Tukar di money changer Midvalley level ground floor sebelah kedai buku tepi travelator. Ratenya kebiasaanya better than other place.


Itinerary kami untuk trip ini selama 5 hari 4 malam. Seramai 4 orang supaya mudah booking bilik hotel , sebab tu kami genapkan traveller. Penerbangan kami dalam jam 4 petang ( termasuk waktu bergerak dari Petaling Jaya ) , dan sampai di Ngurah Rai Airport sudah malam. Dari Malaysia lagi saya sudah booking supir bernama Dani ( +62-878-62670199) , sangat recommended supir kerana friendly, muslim , toleransi yang tinggi, punctual , boleh kawtim, boleh jadi photographer, suka buat lawak .hehe Totally satisfied with his service.


Kami di sambut oleh Dani yang sedang pegang signboard di pintu arrival. Proses urusan ambil bagasi di airport mudah dan cepat , kira segalanya smooth sahaja. Since kami sampai sudah malam, kami hanya berhenti terus check in hotel Kuta Central Park . Bab makanan sudah dalam perancangan awal, kami sediakan makanan berat dan sampingan jika tak sesuai dengan selera makan seperti ikan bilis sambal, roti slice, roti bun, 3 in 1 milo nescafe nestum, tuna, sardin . Jadi untuk malam itu , kami makan malam yang di bawa bekal sahaja di bilik hotel. alhamdulillah semua traveller kenyang terbongkang (^_^)


Bilik hotel Kuta Central Park , recommended ! Sebab harga yang affordable dalam RM 80, ada 2 katil queen , ada fridge, shower, dapur, microwave , pinggan cawan, tilam empuk, tv dan aircond. Cuma nak naik ke bilik guna tangga, ( nasib baik kami level 1) dan normal-lah di Bali ada anak patung. semua bilik cmtu.



HELLO , GOOD MORNING BALI !!!!!!!!!!



Woahhhh, perasaannya lain benar berada di sini. Menghirup udara segar di tepi balkoni bilik melihat burung berkicauan, pelancongan lain sibuk bersiap untuk keluar, melihat ikan di kolam . Terasa aman dan I'M TOO EXCITED FOR FIRST DAY ! 




Memori pertama kali melancong bersama kawan . Kenapa Aiman berpakaian begitu ? err. Kami akan berjimba di tepi pantai dan buat aktiviti air . 



Inilah view hotel . Pada mulanya anak patung yang bertenggek disekitar membuat kami rasa tak selesa. Macam susah nak adapt. Tetapi lama lama, okay jer. Tidur nyenyak.  TIPS : Masuk bilik hotel, beri salam dan baca doa pendinding seperti baca 3 qul, ayat qursi dan surah almulk sebelum tidur.




Walaupun hotel ini adalah bajet hotel , tetapi mereka juga mempunyai pelbagai servis. Internet servis pon okay kat bilik. Recommended ! Kami keluar pagi itu , terus check out dan simpan segala bagasi dalam kereta supir. Waktu ini kami ikhtiar sahaja untuk mempercayai supir Dani kerana segala barang pakaian , makanan dan wang serah pada Dani. Dan kami pergi enjoy aktiviti pantai sehelai sepinggang .




Dalam perjalanan ke pantai terserempak dengan orang hindu balik dari keramaian.



Kami memilih 4 jenis aktiviti air iaitu ; flying fish , banana boat , snorkelling dan spinning donut .
Semua photo kami di ambil oleh photographer yang kami bayar dan mereka burn di dalam cd. Boleh tahan juga gambar tengah terbang di udara pon mereka boleh ambilkan , malah di dalam laut juga. Jika kita pilih nak buat scuba diving , pon mereka ambilkan gambar . awesome ! Kos aktiviti kami dalam 600,000rupiah setiap seorang .Pada saya, ia berbaloi.





Cantikkan view di pantai . Ini waktu pagi dalam jam 11 pagi.




Semua sibuk kirawang , pening lalat rupiah rm rupiah rm .haha

Aktiviti pantai habis dalam masa 2 jam, termasuk waktu bersantai tanning kononnya dan tukar pakaian. Penat bermain terus mengadu dengan Dani , '' Kami laparrrrrrrrrrrrr! " ahaha.. Then , Dani kata, ''Saya tahu tempat muslim yang sedap dan ramai Malaysian datang".




Dani bawa kami di Restoran Malioboro . Dengan signature makanannya , ayam tulang lunak . Apa itu lunak ? Means rapuh. Tulang pon boleh makan.





Aiman terkinja kinja excited nak order gurami goreng terbang sebab pernah rasa di Bandung . Serius sedap , recommended ! Nasi panas + gurami goreng pon dah cukup marveles. Makanan ni ngam dengan tekak rakyat malaysia. Di Malaysia kan tidak popular gurami.



Ini kawan Aiman pilih , Gurami acar kuning . Ok gak. Tapi Aiman lagi suka yang goreng jer.



Kos makanan disini : Duit malaysia dalam RM 125 untuk  orang makan.

Matahari terpacak terik di tengah kepala, solat zohor sudah pun masuk. Kami semua boleh membuat solat jamak, bagi mengelakkan terlewat nanti sebab tempat yang akan kami lawati nanti semuanya hindu . Mungkin sukar untuk temui masjid. Kami minta Dani carikan masjid terdekat.



Cantik masjid ni. Tepi jalan raya besar. Dalamnya sejuk, fasiliti telekung juga ada. Kami kepenatan sebenarnya setelah bermain di pantai, oleh kerana terlalu gembira ngantuk pun hilang . Kami berhenti di Masjid Agung Ngurah Rai, berdekatan dengan airport.








TIPS : Harus menjadi amalan setiap muslim untuk bersedekah apabila singgah di masjid. Mudahan segala urusan di permudahkan. 



Destinasi seterusnya , adalah ke Pantai Pandawa . Pantai disini cantik juga tetapi tak banyak aktiviti pantai macam kami  pergi awal pagi tadi. Hanya nampak kayak sahaja dan tempat pelancong bersantai tanning badan sambil melihat anak mandi manda.


Sebelum sampai ke pantai ini , perjalanan ini di penuhi dengan patung dewa sejarah mereka. Dan Dani ada bercerita tentang patung tu semua. Tapi aku tak simpan dalam minda. ahaha. susah nak ingat haih. Takminat sejarahh, cliche.









Ramai juga orang di sini di waktu petang. Kami ambik chance ronda ronda dan ambik gambar je.. cukup cukup lah berjemur pagi tadi. hari pertama di Bali , aiman rasa merelit dah kulit terbakaq macam grill chicken. ehehe


Pastu berlari di bawah pokok. panaih.




Destinasi seterusnya , melihat matahari terbenam sambil menonton tarian kecak. Temple yang menarik pelancong datang dengan tarian kecak. Tarian ini menceritakan tentang sejarah , dan lagi sekali ia tentang sejarah. Saya memilih untuk menikmati persembahan dan matahari terbenam daripada menghadam sejarah mereka .hehe.





Desiran ombak menghempas pantai dan dinding batuan , seumpama mengetuk hati yang luka kembali sembuh . Tenang , nyaman dan begitu cantik keindahan alam ciptaan tuhan . Duduk disini terasa tak mahu pulang , nak tengok laut sampai puas. melayan perasaan camtu aiman , hang kena tinggai -lah. :D




Gaya kami macam nak pergi bersilat , lagi besar beg lagi banyak barang nak bawa.




Terlalu cantik suasana matahari terbenam. Dan rasa nak honeymoon kat sini lah nanti hehe.



Nak masuk dalam kawasan persembahan ini kena bayar. Kalau bayar di kaunter mahal, Dani yang baik hati belikan tiket kami atas nama warga negara Indonesia. So murah la sikit. 



Tarian kecak habis dalam 8.30 malam . Kami terus balik ke hotel . dan makanan juga beli segera di KFC sahaja. Badan pon sudah letih , fikiran dok ingat bantal tilam sahaja, tak sabar nak mandi bersihkan diri dan berlengas macam ikan perkasam ni. NEXT TIME , saya akan sambung kisah travelog Bali ( Day 2 ) .



Kebaikan Chia Seed


Fenomena pendedahan informasi tentang chia seed semakin berleluasa sekarang , sedangkan selama ini saya telah mengamalkan chia seed sebagai nutrisi tambahan dalam makanan dan supplemen kesihatan . Chia seed yang saya beli di Cosway Taman Karking Ipoh , kerana jenis chia seed mereka sudah terjamin kualiti . Whole Chia Seed Cosway telah mendapat ISO 9001 & ISO 22000 . Ini beerti chia seed mereka telah melalui proses uji kaji kualiti dan food safety .



Bersediakah kita untuk meningkatkan tenaga , imuniti dan keseluruhan kesihatan ? 





AMAZINGGGGG  MANFAAT PENGAMBILAN CHIA SEED 



  • Membantu menurunkan berat badan 
Kelaparan tidak kan benar benar puas hati selagi ' bank nutrisi ' belum di penuhkan . Apabila 'bank nutrisi' sudah penuh , anda tidak berasa lapar dan tidak terlebih makan. Ia kaya dengan fiber untuk mengawal kadar gula setelah makan . Kemampuan chia seed boleh menyerap air 12 kali ganda . Ambil 2 sudu chia seed, campurkan dengan air boleh menggantikan kelaparan anda secara efektif , Chia seed akan absorb air . Fiber di luar chia seed akan menyerap kelembapan dan bertukar dalam bentuk gel.


  • Mengawal gula dalam darah
Kandungan serat yang tinggi chia memanjangkan proses penyerapan gula dalam saluran penghadaman , mampu mencegah gula bagi pesakit kencing manis selepas makan . Ini menyebabkan peningkatan insulin , dengan itu boleh mencegah dan memperbaiki diabetes .


  • Meningkatkan kesihatan jantung
Chia adalah daripada sumber tumbuh tumbuhan kaya dengan kedua dua omega 3 dan serat untuk menormalkan tekanan darah , mengurangkan kolesterol , mencegah darah 'melekit', mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan kasdiovaskular . 




  • Mengurangkan pedih ulu hati
Refluks asid boleh meninggalkan anda dengan sensasi yang terbakar di dada anda yang boleh bergerak sehingga tekak anda . Ia juga boleh menyebabkan rasa masam atau pahit di dalam mulut dan menyumbangkan rasa batuk walaupun anda bukan perokok . Oleh kerana kandungannya tinggi serat larut dan lendir , sesudu chia boleh biasanya menghalang rasa terbakar di esofagus dan perut .


  • Melegakan sembelit
Serat dalam chia membantu pergerakan najis secara pukal . Ia juga mengelakkan masalah sembelit, mencegah cirit-birit, berhenti gas memalukan, meningkatkan bakteria sihat dalam usus dan membantu mengurangkan risiko kanser kolon.

  • Meningkatkan tahap tenaga
Dengan memulakan hari anda mengambil Chia Seed , badan terasa selesa , tenaga kekal cergas sepanjang hari dan malam hari anda akan memperolehi tidur yang nyenyak . 

Sekarang sudah tidak perlu risau tentang konflik tenaga apabila mengambil kafein .

  • Meningkatkan keupayaan untuk menumpukan perhatian dan ingat 
Oleh kerana Chia Seed mengandungi OMEGA 3 , ia dapat membantu mengekalkan omega 3 pada membran sel dan akan meningkatkan tahap komunikasi antara sel otak . Chia Seed boleh membantu menajamkan fikiran dan menyeimbangkan mood . Ia sangat bagus untuk kanak kanak dan dewasa.





SIAPA YANG PERLU AMBIL CHIA SEED


  • Chia untuk Ibu Mengandung
Untuk baby ==> boleh meningkatkan kesihatan dan omega boleh membentuk otak yang bijak .

Untuk Ibu mengandung ==>  melindungi otak ibu daripada mengecut , mengurangkan masalah pelupa,  mengurangkan masalah sembelit , membantu mengawal berat badan semasa dan selepas mengandung

  • Chia untuk Dewasa
Chia memudahkan proses penghadaman dan menyerap nutrisi ( terutama jika mereka tidak makan dengan teratur ) . Ia bagus untuk menyihatkan sistem kardiovaskular dan mengawal gula dalam darah . Ia boleh menguatkan daya ingatan , mengurangkan sakit sendi dan meningkatkan pergerakan najis lebih baik .

  • Chia untuk Pelajar
Boleh berikan chia seed kepada kanak kanak di waktu pagi sebelum menghantar mereka ke sekolah - Oleh kerana omega 3 yang tinggi boleh membantu meningkatkan  tahap fokus dan membantu mereka untuk mengingati apa yang di pelajari . Chia ini membentuk tahap immunity lebih baik dan sekaligus mengelakkan anak anak jatuh sakit . Dan juga tinggi fiber  boleh memastikan kanak kanak tidak mengalami masalah ketidakhadaman ( terutaman jika mereka tidak makan sayur ) 

  • Chia untuk Individu Yang Sibuk
Chia memberi tenaga dan stamina untuk menguruskan kerja . Ia juga membantu mengurangkan masalah kekeringan mata dalam tempoh yang lama menggunakan komputer, dan Chia ini sangat membantu meningkatkan konsentrasi dan tahap fokus anda . Jangan bimbang jika anda sibuk untuk mengambil proper meal, dengan chia sudah mengandungu nutrien seperti fiber .

  • Chia untuk Mementingkan Kecantikan 
Chia mengandungi omega dan antioksidan yang menghasilkan kulit yang cantik secara keseluruhan . Ia bukan sahaja mengeluarkan toksik daripada badan untuk mendapatkan kulit yang cantik , ia juga membantu melegakan masalah kulit kepala, tumit yang pecah , dan meningkatkan kelicinan rambut . 

Dalam masa yang sama, Chia boleh membantu menyeimbangkan berat badan !





TAHUKAH ANDA DENGAN  2 SUDU TEH CHIA SEED MENGANDUNGI APA ?


  • 275g of salmon as source of omega

  • 219g of oranges as source of antioxidants

  • 78g of oats as source of fiber

  • 49g of kidney beans as source of protein

  • 120ml whole milk as source of calcium

  • 362g of broccoli as source of magnesium

  • 116g beef as source of iron


SOALAN LAZIM UNTUK CHIA SEED

1. Perlukah saya menghancurkan chia seed terlebih dahulu sebelum mengambilnya ?

Tidak perlu. Chia seed boleh di hadam tanpa perlu menghancurkannya.


2. Adakah sebarang kesan sampingan daripada pengambilan Chia Seed ?

Tiada kesan sampingan untuk pengambilan 2 sudu teh ( 10g - 20g)
Jika individu mengalami masalah pergerakan najis , perlu mengambil daripada amaun yang kecil dan meningkatkan pada 2 sudu teh setiap hari .


3. Berapa jumlah chia seed boleh di makan ? Apakah cadangan dos?

General recommendation dose :
General health adults : 2 tablespoonfuls per day 
Children (below 18 years old ) : 1/2 tablespoon per day 

Seperti di ketahui , setiap daripada kita berbeza. Kami mencadangkan dengan mengambil 10 gm ( 1 tbs ) , dan secara berperingkat meningkatkan jumlah chia seed dalam masa 3 minggu.


4. Bolehkah saya makan chia seed sahaja tanpa air ?

Boleh , sebolehnya ambil air selepas makan chia. Kerana chia seed menyerap air 12 kali ganda , jika anda tidak mengambil air bersama, Air di dalam badan anda akan di serap .


5. Jika saya mencampurkan chia seed dengan air , adakah saya perlu menunggu chia seed bertukar menjadi gel sebelum mengambilnya?

Anda boleh mengambilnya terus tanpa menunggu chia tertukar dalam bentuk gel . Tak kira apa cara anda ambil chia seed, ia tidak menukarkan keberkesanan chia seed .


6. Perlukah saya berhenti mengambil fish oil ?

Ia bergantung kepada rujukan anda. Anda boleh mengambilnya bersama atau berasingan . Fish oil mengandungi omega 3, chia juga mengandungi omega 3, dan terdapat nutrien lain seperti omega 6 & 9 , fiber , mucilage, vitamin , mineral & etc.





Ada beberapa cara kita boleh ambil chia seed ? Untuk resepi di atas ini .


RESEPI : MORNING SMOOTHIE 

1 packet wholefood nutrition
2 sudu tbs chia seed
250ml air alkali ( saya guna hexagon system 2 ) 

Caranya : shake all together.


okay sekarang anda pastikan bertanyakan bagaimana untuk saya perolehi 100 % natural chia seed and non GMO ?


Boleh beli di instagram @aimaan.my 


sekaligus anda boleh bertanya info dan dapatkan khidmat konsultansi PERCUMA . atau talian  whatsapp +6018-571 3858 .


Seronok rasanya dapat kongsikan kebaikan chia seed pada korang . Aiman selalu ambil di waktu pagi , terutamanya untuk buat resepi skincare smoothie di waktu pagi . Kadangkala saya letakkan di dalam air minuman yang saya bawa di tempat kerja.. Jom lah cuba !




Oct 2, 2016

Hwanghansoo , skincare feveret saya selama ini


Assalamualaikum & Hye all !


Balik dari kerja , saya berehat sebentar dari lelah mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga , ia satu kepuasan dalam berbakti kepada keluarga . ohhh ya . sebelum saya masuk ke bilik air tadi untuk shower time . Saya bersihkan muka buang segala kotoran makeup , blusher , eye liner , mascara bagai . Saya gunakan make up remover khas for eye and lips .

Bukan itu saya nak bebelkan di sini . :)  you know what , masa saya cuci muka tadi . saya terbayangkan ia satu benda yang harus saya kongsikan . iaitu bagaimana cara menggunakan skincare dengan betul . Penjagaan wajah harus di titikberatkan dengan detail . Perempuan ni kalau naik satu biji jerawat saja , laki nampak aje . Tak mengapa korang , jangan risau . ia akan sembuh kembali . Jaga wajah dengan langkah yang betul okay !


TARAAAAAAA !!!


Set skincare yang Aiman paling feveret adalah jenama Hwanghansoo . Mesti korang tercari cari produk jenama apa nih . nama macam zaman dinasti ching . haha . Untuk pengetahuan anda semua , ini adalah produk dari Korea . Saya bermula memakai jenama Hwanghansoo sejak 2 tahun lepas , dan setia sampailah sekarang . wow ! rasa bangga pulak masih setia pada satu jenama . mesti ada kehebatan produk ini kan ! (^____^)






Skincare Hwanghansoo mengandungi 5 items iaitu terdiri daripada Cleansing Gel , Toning Water , Treatment Essence , Day & Night Cream & Eye Cream . Saya ada ke semuanya . :) 




Ada beberapa daya tarikan buatkan Aiman sangat setia dengan #Hwanghansoo , antaranya :


✔️ Kesannya tidak menghakis

✔️ Melembapkan muka sepanjang hari
✔️ Memberi kesan muke bersih
✔️ Memudarkan parut
✔️ Mencerahkan tona yg tidak sekata

ishk paling feveret adalah mosturizer hwanghansoo 😍

KENAPA SAYA SUKA SANGAT DENGAN MOSTURIZER HWANGHANSOO?
Perasaan bila bangun tidur tu , terus tercelapak depan cermin . Nak tengok perubahan #PARUT di muka. hehe. Serius its fade away by day. alhamdulilah. Angkat tangan kita, rasa sentuhan pipi dengan kulit belakang tangan.perghhh lembut licin dan suci sekejap ( feeling dalam hati ) 


Aiman pernah je rasa nak stop sekejap #hwanghansoo. sebab perasaan kita akan terpengaruh dengan iklan produk kecantikan lain. model santek santek kan. end up saya berpatah balik dengan set hwanghansoo. Sejak saya berpatah balik menggunakan hwanghansoo set , saya yakin dan berpuas hati dengan tahap kelembapan kulit. #TIPS1 muka yang lembap tanpa parut lebih mudah untuk make up
.






























HAHAHAHAHA ini bukti Aiman sudah pakai banyak set hwanghansoo (T_______T) Sudah set yang ke empat. 






Gambar di atas : susunan dari kanan , cleansing gel , toning water , treatment essence , day & night cream dan eye cream 

Bagaimana untuk apply-kan set skincare hwanghansoo ;


Day routine ;
❤️ Facial foam
❤️ Toner
❤️ Serum
❤️ Mosturizer
❤️ Foundation ( cream to powder )


Night routine ;
❤️ Facial foam
❤️ Toner
❤️ Serum
❤️ Mosturizer
❤️ Eye cream

Ikut sahaja step pemakaian skincare ini setiap hari . Muka berminyak akan semakin lembut dan lembab, kulit wajah kelihatan segar , boleh tampil yakin walaupon tanpa make up , pasti ada yang bertanya anda memakai apa. Pasti ada kawan bertanya rahsia anda yang kini bukan lagi rahsia .hihihih. ( gurau jerrrrrr ) 



Photo di ambil kerana sangat eksaited beli lagi set hwanghansoo. Balik rumah terus nak bergambar walaupon tiada muka tuan, tapi kain baju tuan pon jadi lah.. haha..


shhhh saya boleh bagi tahu bagaimana cara tercepat anda boleh terima produk #hwanghansoo . 
  • Servis konsultan lebih jelas dan terperinci
  • Servis delivery yang pantas
  • Harga berpatutan , rezeki baik dapat harga promosi
  • Ready STOK

boleh follow instagram @aimaan.my , www.instagram.com/aimaan.my

boleh follow facebook , COSWAY TAMAN KARKING IPOH

Dan boleh dapatkan konsultansi dengan Aiman , +6018- 571 3858

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign