Aimaan Ahmad: cosway

Pages

Showing posts with label cosway. Show all posts
Showing posts with label cosway. Show all posts

Feb 13, 2021

NEW COSMETIC FROM COSWAY : DIGNITA KISSABLE POTION DUO

 

Hye, Assalamualaikum :) 

Korang apa kabar ? Aimaan alhamdulillah sihat walafiat. Dimusim covid-19, semuanya atas kita untuk menjaga diri dan sentiasa patuh SOP. Jangan lupa jaga permakanan juga dan jika perlu ambil supplemen tambahan.  ^_^ Semalam Aimaan ada mendengar perkongsian Ustaz Don Daniyal Biyajid, tentang kehebatan berdoa. Dalam perkongsiannya, kadangkala ada orang mempertikaikan mengapa Allah swt  tidak memakbulkan doa agar covid hilang didunia. Pada pandangannya, Allah swt  Lebih Mengetahui dan Allah swt memakbulkan doa hambanya yang Alim dengan cara Allah swt. Oleh kerana dari pandemik covid, manusia maju kehadapan lebih awal dari yang dijangkakan. Banyak majlis ilmu sudah disampaikan secara online dan malah ramai pendengar yang boleh mengikutinya. Ramai insan yang boleh bekerja dari rumah sahaja, makanya dapat mengurangkan kecelakaan jalanraya. MashaAllah. Hebat kan !

Ini selingan sahaja dari posting Aimaan hari ini. 

Aimaan nak memperkenalkan produk terbaru Cosway iaitu Dignita Kissable Potion Duo. Cintai dirimu !

Kombinasi kit 2 dalam 1 ini menampilkan duo terbaik untuk bibir kelihatan mungil dan cantik serta sesuai untuk pemakaian siang dan malam. Dignita Kissable Potion Duo didatangkan dengan krim bibir Vynul berkilat dan krim bibir berkemasan Matte. 

Lip Vynil dilengkapi dengan aroma vanilla manakala Lip Cream beraroma tutti-frutti yang di sertakan dalam bekas menawan. Kedua duanya di formulasi dengan Minyak Isirong Argan dan Shea Butter untuk bibir yang lembut dan terhidrat sepanjang hari. Terdapat 4 variasi pilihan : Molek, Kaseh, Sayang dan Chantek. Setiapnya mengandungi satu lip vynil dan satu lip cream, yang menjadikan kesemua 8 warnanya sebagai koleksi yang hebat untuk dicuba !







MOLEK



CHANTEK



KASEH



SAYANG







Dignita Kissable Potion Duo ini mudah dioles bak sutera dibibir anda. Suai padankan penampilan untuk menyerlahkan keperibadian yang lebih cantik, sopan dan berkeyakinan :) Produk ini akan mula dijual disetiap cawangan Cosway bermula 15hb Februari 2021. 
Harga Member : RM 59, Introductory Price : RM 45. 



Sekarang masih ada promosi FREE MEMBERSHIP dengan membuat pembelian RM 10 sahaja apa jua barangan cosway. Jika mahu mendapat bantuan pendaftaran , boleh whatsapp Aimaan terus dibawah ya :) Nanti saya akan berikan keterangan bagaimana untuk mendaftar dan membuat pembelian. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya hari ini, Jumpa lagi ! :)




Sep 7, 2018

Vitamin C with Rose-hip Time Release




Assalamualaikum & bertemu lagi kita pada bulan September 2018, alhamdulillah ! Saya doakan semua yang membaca blog saya sentiasa di bawah lindungan Allah swt. :)


Syukur sebenarnya apabila cosway sendiri memang mengeluarkan vitamin c malah ia kombinasi dengan rose hips , makanya of cos Aiman consume as daily supplement. Saya memang agak prihatin mengenai pengambilan supplemen untuk diri sendiri , jika di tanya pada pendapat saya. 
Perlukah korang ambil vitamin c? Jawabnya, perlu.


Tahu tak sebelum ini , saya tidak pun mengenali jenama cosway even tak pernah pun masuk kedai mereka. Suatu hari saya mencari cari peluang perniagaan yang boleh saya lakukan di kawasan kampung, which saya taknak lagi komit dengan suasana bandar yang sibuk dengan kesesakan lalu lintas. 

Terjumpalah saya satu jenama Malaysia iaitu Cosway yang menawarkan peluang perniagaan yang mana saya boleh balik ke Ipoh. Masa itu saya fikir, alang alang saya berniaga, saya perlu menjaga kesihatan dengan memastikan diet nutrisi supplemen saya cukup.

Saya minat betul dengan Vitamin C-500 Rose hips, saya mencubanya !:)

Korang tahu, masa itu perubahan ketara adalah masalah wajah muka yang kusam bertukar menjadi lebih cerah dan kelihatan lebih ceria.

Saya yakin sangat, vitamin c salah satu supplemen yang mengubah penampilan saya yang boring kepada lebih progresif dan aktif.

Saya mula rekemen pada kawan kawan. Lepas seorang demi seorang mula mengambilnya, dan memberi feedback pada saya, alhamdulillah ! Dapat juga saya berkongsi kebaikan pada orang sekeliling. 





Sekarang di mana mana stokis cosway sudah AVAILABLE , dan sentiasa ready stock. Untuk lebih mudah korang mendapatkan produk C-500 tanpa perlu bersesak di jalan raya, boleh terus sahaja order melalui whatsapp no di bawah. 

Okay, oleh kerana korang sudah mula tertanya tanya apa MANFAAT dan KELEBIHAN jika korang mula consume vitamin c hari ini. Meh Aiman kongsikan ya :)



ANTARA MANFAAT UTAMA pengambilan C-500 WITH ROSEHIPS ;

  • Anti - stress - vitamin c membantu memperbaiki insomnia, stress, masalah mental seperti keresahan. 
  • Kolesterol pada paras sihat - vitamin c mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah .
  • Meningkatkan sistem imunisasi - membina sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi lebih baik, membantu sel darah putih melawan bakteria dan kuman , mengukuhkan sistem imunisasi , membantu mengurangkan alergi pada kawasan hidung, kulit dan asma, dan mengurangkan selsema.
  • Merangsang pembentukan kolagen - proses regenerasi sel kulit berlaku setiap 28 hari dan dengan adanya vitamin c, lebih mudah menghasilkan kolagen. Impaknya kulit menjadi kenyal, lembut dan bebas kerut.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan vitamin c penyebab berlakuknya pendarahan gusi, lebam pada kulit, lambat sembuh dari luka, kulit kering, ruam, kulit kering dan bersisik.

Apakah simptom KEKURANGAN VITAMIN C dalam tubuh badan ;

  • Mudah rasa stress/tertekan- cepat rasa letih
  • Kulit kelihatan kering dan bersisik, tapak kaki keras
  • Luka lambat sembuh , jika berlaku pendarahan sukar berhenti
  • Kerap selsema dan bersin
  • Wajah nampak tua dari usia
  • Mudah demam
  • Mudah dapat ulser
  • Gusi berdarah
  • Saluran darah mengecil
  • Mudah pening kepala
  • Sakit sendi
  • Badan selalu tanda lebam
  • Nampak sugul kurus tidak bermaya

Perbezaan vitamin C -500 WITH ROSE HIPS TIME RELEASE dengan vitamin c jenama lain :

  • Pembebasan secara ansuran, vitamin c dibekalkan secara berterusan selama 8 jam
  • 35% lebih tinggi kadar penyerapan dan penggunaan
  • Satu tablet membekalkan vitamin c sebanyak 500mg , dan ia sama dengan 7 biji setengah buah oren





Siapakah yang perlu mengambil vitamin C sebenarnya?


  • Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok ( Vitamin C mudah musnah dengan pencemaran udara even asap rokok, jika ada musim pencemaran jerebu, berusahalah untuk tingkatkan pengambilan vitamin c)
  • Ibu mengandung, ibu menyusu dan ibu selepas bersalin. Kerana diwaktu ini tahap imunisasi badan rendah berbanding diwaktu biasa.
  • Individu yang dalam proses penyembuhan atau selepas pembedahan
  • Kanak kanak dalam proses pembesaran
  • Orang yang mudah selsema dan demam
  • Pesakit yang alami penyakit kasdiovaskular, seperti jantung, stroke, kolesterol dan darah tinggi
  • Orang yang ingin kulit gebu, anjal dan awet muda
  • Orang yang ingin tingkatkan sexual health
  • Orang selalu stress dan moody
  • Orang yang nak kurus




Setakat yang saya kongsikan ini , beberapa feedback dari pengguna yang alami masalah kulit.






Jika korang juga alami resdung yang kuat , vitamin c amatlah di perlukan..






Setiap pembelian daripada saya akan di beri konsultansi esklusif pada bila bila masa sahaja.

Ingin mencari supplemen sesuai buat keluarga korang ? atau ingin menambah pendapatan sila whatsapp sekarang . hehe  Thank you for reading :)



Aug 20, 2018

Plum Ball : Merawat Sakit Ulu Hati Yang Kerap


Hye, Assalamualaikum ! :)

Saya yakin ramai orang mengalami sakit ulu hati selepas makan, terutamanya apabila korang skip breakfast atau semasa bulan puasa. Perut terasa tidak selesa dan korang tertekan dengan keadaan sakit ulu hati yang kerap sangat berlaku. Saya juga pernah alaminya, dan setelah saya menjumpai satu buah yang membantu melegakan permasalahan sakit ulu hati secara semulajadi , apa salahnya saya berkongsi pada korang !


Pernah dengar mengenai Ume? Ia adalah plum Jepun, yang juga dikenali sebagai " Buah Berlian Biru". Ume telah digunakan berabad-abad lamanya. Ia pernah digunakan oleh pahlawan pahlawan samurai Jepun untuk mengatasi keletihan, melindungi mereka daripada keracunan makanan dan menyembuhkan luka pertempuran dengan lebih cepat disebabkan tiada antibiotik pada ketika itu !



Malah pada hari ini, Ume masih lagi merupakan buah popular dan sangat diperlukan dalam setiap kediaman di Jepun. Vitamin, mineral, asid organik, antioksidan (seperti katekin dan mumefural) dalam ume yang menyumbang kepada kuasa penyembuhan semula jadi yang luar biasanya.


UME SANGAT PENTING BAGI SEMUA ORANG, DARI YANG MUDA HINGGA YANG BERUSIA. 


Apa yang menyebabkan asid-asid berbahaya berkumpul di dalam badan?

  • Diet terdiri daripada nasi, mi, roti, daging, makanan ringan, kopi, minuman bikarbonat, alkohol dan lain lain.
  • Kurang bersenam atau melakukan senaman berat untuk tempoh yang lama.
  • Toksin di persekitaran.
  • Penggunaan ubat ubatan yang berpanjangan.
  • Tekanan
  • Obesiti

Mumefural- Bahan aktif penting daripada UME.

Selain memperbaiki peredaran darah, banyak kajian menunjukkan bahawa mumefural mengandungi antioksidan yang kuat dan menunjukkan kesan perlindungan yang berkuasa kepada kesihatan kardiovaskular.



MANFAAT PLUMBALL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN :



1. Melegakan kekakuan leher, kesakitan badan dan otot.

Kekakuan leher, keletihan, insomnia, cepat marah, kesakitan badan, kepala, sendi & otot, metabolisme yang perlahan, berat badan dan penuaan pra-matang adalah hasil  daripada badan yang berasid. Badan boleh menjadi berasid disebabkan pengumpulan asid laktik dan asid asid berbahaya yang lain.

Berbanding dengan rasa masamnya, Ume adalah sangat beralkali dan juga disebut sebagai " Raja Makanan Beralkali". Ia sangat baik untuk menguraikan dan meneutralkan asid laktik dan asid berbahaya yang lain untuk mengelakkan pengumpulannya dalam badan dan menormalkan pH badan. Mengekalkan pH badan yang ideal adalah penting untuk memastikan bahawa semua fungsi badan kita berada pada kemuncaknya.


2. Meredakan masalah pencernaan, kesenakan & sembelit.

Ume membantu melegakan ketidakselesaan & ketidakhadaman perut, meningkatkan selera makan, mengurangkan kekembungan dan mencegah sembelit.

Ume adalah kaya dengan asid organik yang membantu meningkatkan penguraian makanan dalam perut dan mempercepatkan pergerakan peristalsis usus. Keadaan berasid dalam gastrousus juga melindungi sistem pencernaan daripada penyakit yang disebabkan oleh kuman yang boleh mengakibatkan sakit perut.


3. Mengatasi keletihan dan mengantuk yang kerap.

Rasa mengantuk selepas makan tengahari di tempat kerja? Ume bertindak seperti azimat untuk mengurangkan kelesuan dan keletihan. Ume kaya dengan asid-asid organik seperti asid sitrik dan asid malik. Asid Sitrik dan Asid Malik berfungsi sebagai bahan bakar untuk meningkatkan kitaran TCA ( juga dikenali sebagai kitaran kreb). Proses biologi ini mewujudkan tenaga yang banyak dalam badan korang dan menjadikan korang lebih bertenaga dan kurang keletihan.


4. Perlindungan daripada selsema, kesejukan dan jangkitan.

Ume bertindak sebagai antibiotik semulajadi, menguatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang  menyebabkan demam, dan sakit tekak. Ume membantu kanak kanak untuk mengukuhkan pertahanan imun mereka supaya mereka tidak mudah batuk, selsema atau demam setiap kali rakan sekelas mereka mengalaminya.


5. Mengurangkan kesan mabuk.

Orang yang mengambil ume boleh meminum alkohol dan kurang menderita akibat kepeningan pada hari berikutnya. Ume membantu meningkatkan fungsi hati yang juga memperbaiki metabolisme yang lembap, meningkatkan detokfikasi, dan menyumbang kepada kesejahteraan secara menyeluruh.


6. Mengurangkan kepanasan badan.

Memakan buah buahan yang bersifat panas, makanan bergoreng dan pedas secara berlebihan akan menyebabkan kepanasan badan. Ume dengan kandungan asid organik yang tinggi membantu meningkatkan penghadaman dan menormalkan pH darah seterusnya menghindari kesan kepanasan.


7. Melegakan cirit birit dan muntah muntah.

Ciri ciri anti mikrob pada Ume membunuh bakteria berbahaya yang menyebabkan cirit birit dan muntah muntah selepas mengambil makanan dan air yang tercemar. Ume sangat baik untuk menghilangkan keracunan makanan. Para penyelidik juga mendapati Ume berkesan untuk merencatkan jangkitan bakteria Helicobacter Pylori yang dikaitkan dengan gastritis yang kronik.


Nikmati manfaat kesihatan yang lain daripada Ume :

  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengawal tekanan darah
  • Menggalakkan penyerapan kalsium dan zat besi
  • Mengurangkan simptom diabetes
  • Mengurangkan simptom gout

Pastikan korang sentiasa simpan plumball dalam handbag, jika travel wajib ada. Plumball di perlukan tatkala sakit pedih ulu hati :)





10 Sebab Krill Oil Suplemen Lebih ' Standout'


Hye, Assalamualaikum ! :)

Artikel kali ini buat korang yang tertanya tanya kenapa saya perlu ambil krill oil sedangkan saya sudah pun consume omega 3. Saya tertarik untuk berkongsi 10 Sebab Krill Oil Suplemen Lebih ' Standout' , sebab korang perlu tahu in detail sebelum membuat keputusan untuk consume. Rata rata walk in customer saya akan bersoalkan tentang krill oil, jadi saya ambil tindakan positif bagi menulis artikel untuk bacaan korang.

As for me, bukanlah seorang doktor yang layak menulis soal kesihatan. Tetapi saya beranggapan tanggungjawab menjaga kesihatan adalah tanggungjawab semua orang bagi menunjukkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana rezeki kesihatan yang tidak ternilai. Saya berkongsi atas rasa tanggungjawab kerana ilmu supplemen saya pelajari melalui syarikat saya berkerja sekarang.


Saya didedahkan dengan training berterusan , lebih baik saya berkongsi ilmu ini. :)

Bukan semua orang terdetik dihati untuk berinisiatif menjaga kesihatan , dalam 50 orang nisbahkan mungkin seorang sahaja. Saya perhatikan bila meningkatnya usia kita, barulah terkocoh kocoh mencari segala daun akar kayu untuk dijadikan herba minuman. 

Sebenarnya dari muda sudah wajib menitik beratkan isu kesihatan ya sayang !



Saya percaya masih belum terlambat untuk kita ambil tahu mengenai supplemen, dan ini artikel 10 sebab krill oil supplemen lebih 'standout' dan ini membantu korang membuat keputusan di Cosway Store.


SEBAB KRILL OIL SUPPLEMEN LEBIH 'STANDOUT'.


1. Struktur Unik.

Tidak seperti minyak ikan, Omega-3 dalam minyak krill oil adalah dalam bentuk fosfolipid. Fosfolipid yang mudah larut dalam kedua-dua lemak dan air menyenangkan kebolehcernaannya malah boleh memasuki ke dalam membran sel secara terus dan meningkatkan penyerapan Omega-3.


2. Faktor Kolin.

Kolin membantu menyokong ingatan dan komunikasi yang sihat di antara sel-sel otak, dan kolin biasanya terdapat dalam daging lembu, hati dan ayam. Oleh itu, mereka yang tidak memakan banyak daging sering mengalami kekurangan kolin.


3. Sumber Tulen.

Krill diperolehi daripada bahagian bawah rantai makanan kerang-kerangan kecil di Antartika iaitu lautan yang paling bersih didunia. Ia amat tulen kerana tidak mengandungi tahap pencermaran dan toksin yang berbahaya, justeru lebih baik berbanding dengan minyak ikan.


4. Selamat Tinggal Nafas Hanyir.

Omega-3 daripada fosfolipid adalah larut air. Oleh yang demikian, ia tidak berkumpul di atas perut dan menyebabkan refluks serta rasa hanyir seperti kebanyakan suplemen minyak ikan.


5. Kesan Yang Besar Dalam Dos Kecil.

Penyelidikan menunjukkan bahawa badan menggunakan Omega-3 dari krill lebih cekap berbanding beberapa sumber yang lain, bermakna korang boleh mendapatkan kesan lebih baik dengan mengambil dos yang lebih kecil dan lebih sedikit setiap hari.


6. Penggalak Astaxanthin.

Antioksidan yang berwarna kemerah-merahan ini adalah 300 kali lebih berkuasa berbanding vitamin E dan A dan membantu melindungi membran membran sel daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga merupakan bahan pengawet semula jadi yang menjadikan minyak kril segar dengan lebih lama.


7. Bermanfaat Untuk Seluruh Badan.

EPA dan DHA Omega-3 menyokong hati dan tekanan darah yang sihat. Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa kril ini mempunyai kelebihan untuk mengoptimumkan kolesterol yang sihat dan mengurangkan trigliserida. Selain bermanfaat untuk kesihatan jantung, terdapat lebih daripada 8,000 kajian manusia menunjukkan Omega-3 menyokong kesihatan mata, otak, sendi, kulit dan kesihatan wanita.


8. Penyerapan Yang Lebih Baik.

Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mendapatkan EPA & DHA daripada minyak ikan neptune dapat melihat peningkatan tahap Omega-3 dalam sel-sel darah merah mereka sebanyak 67% iaitu 2.5 kali lebih banyak daripada mereka yang mendapatkannya daripada minyak ikan.


9. Sumber Yang Melimpah-ruah.

Persoalan mengenai kemampanan sumber? Terdapat di antara 420 juta dan 700 juta tan metrik udang kril yang mendiami perairan Antartika dan merupakan salah satu daripada biojisim terbesar di dunia. Hanya 0.06% daripada jumlah biojisim kril telah dikumpulkan pada 2013-2014.


10. Sumber Yang Dikawal Ketat.

Sebahagian besar adalah berasal dari Lautan Selatan di Antartika dan dikawal oleh Suruhanjaya Pemulihan Sumber Hidupan Marin Antartika (CCAMLR). Suruhanjaya antarabangsa 25 anggota daerah menghendaki setiap bot-bot nelayan dilesenkan malah turut menetapkan had yang ketat ke atas kaedah penangkapan ikan dan jumlah hasil tangkapan mereka.



Saya harap dengan ada sumber artikel ini dapat membantu korang mendapatkan info mengenai krill oil, dan pada entri akan datang , saya akan menulis apa kebaikan dan kesan ketara jika pengguna ambil kril as daily supplement ! 




Jun 28, 2018

Pengalaman Berharga Bercuti Atas Costa Atlantica Cruise


Hi, Assalamualaikum :)

Jumpa lagi kita sharing sharing story ... Kali ini special sangat, sampai saya tak termampu untuk berkongsi dengan kata kata... Gembiranya tu macamana kan ! Tetapi jika saya tidak menulis cerita ini, rasa tak cipta memori kekangan di hari tua hikhikhik.....

Awal tahun 2018, saya akan combinekan semua gambar wish list setahun.
Salah satu gambarnya adalah percutian di atas cruise. Masa itu tak langsung dapat gambaran macamana saya boleh berpeluang naik cruise dan bercuti tanpa berfikir tentang kos. 

Nak dijadikan cerita, rezeki datang pada waktu yang tepat dan tidak salah alamat. Dalam proses saya dok mengajak kawan untuk travel, pihak Cosway memberi reward percutian di Costa Atlantica Cruise which meet point di Shenzen.

Alhamdulillah... my dream come true! Malah saya tak perlu spend a lot of money for this holiday.


Perjalanan di atas cruise selama 4 hari 3 malam.. dan kami menuju ke Danang, Vietnam.



Tiket saya economy class. Tetapi saya dapat bilik tingkat 8 which saya rasa sangat happy sebab melihat view dari balkoni. 

Almaklumlah ini pengalaman kali pertama, jadi saya begitu jakun terkinja kinja berphoto. Rasanya jalan sekejap dah nak bergambar. Excitednya mashaAllah :) 






Ini gambar di bilik saya. Lihat ada balkoni. Bilik saya untuk 3 orang.

Nikmat yang tak boleh di lupakan dalam bilik ni, semasa tidur dan semasa bangun pagi. 

Waktu tidur cruise mainkan musik alpha wave which tidur saya berkualiti. Langsung tak sedar.... best sangat ! Rindu nak dapat tidur macam tu lagi. hahaha

Bila waktu pagi, saya bangun dalam keadaan sangat segar dan ada bunyian desiran ombak yang menghempas kapal.... Ya Allah best sangat ! Sangat menenangkan...rileksss....

Bila buka pintu di balkoni... angin sejuk terkena di wajah...

bestnyaaaaaaaaaaa.

Saya feeling.... yeahh! saya nak honeymoon lagi sekali atas cruise..
my soulmate must feel this... :)




Home shoes pon saya nak ambil gambar hehe. kenangan tuuuuuu....

First day on board, kami di beri briefing mengenai safety dan emergency guide.

sebab itulah pakat bawa life jacket tu.

Semua orang di wajibkan keluar dari bilik dan ikut latihan.





I am proudly saying that, this is the best experience I ever had in .. 
Berjaya Group !


Photo ini saya ambil waktu pagi... cantiknya subhanallah! Rindu nak naik lagi.. haha.. saya ni nak kongsi pengalaman, tapi asyik rasa rindu sahaja masa type blog ni...






Gambar saya di hadapan pintu bilik hehe 




Pecah rekod hidup ! During this holiday... saya berjaya menaikkan berat badan sebanyak 5 kilos. hebat hebat?.... haha..

Mana tak nya wehhh... setiap masa makan 6 kali.. setiap kali makan, ambil makan berpinggan pinggan.. semuanya fresh food dan sangat sedap..

Buahan makan banyak setiap msa, sebab tu agaknya menggalakkan selera makan meningkat mendadak...

Korang bayangkan perut aiman yang selama ni makan breakfast roti sekeping..

meningkat menjadi sepinggan roti, bubur lagi.. dan buahan sepinggan..

itu breakfast okay !


Bila lunchhhh... saya makan mcm saya tak pernah makan.. haha... harimau keluar dari sangkar.

selepas makan.. saya meronda sekitar cruise dan balik tidur.. nikmatnyaaaaaaaaa!







Keesokan harinya, kami ada opening ceremony sempena Berjaya Celebration Excellence. Ada banyak persembahan dari seluruh negara.

Reward ini di peringkat antarabangsa, which cosway distributor dari seluruh dunia akan join this holiday.

So ada masanya,... saya macam cakap dengan itik dan ayam. susah betul nak berkomunikasi. haha





Tengok makanan breakfast saya ! haha



Ruang dining 



Waktu malam saya hanya berehat di balkoni melihat bulan dan bintang. Udara dingin malam menyentuhkan pipi terasa begitu nyaman sehinggakan saya tak sedar hari semakin lewat malam.

Saya hanya berbual dengan teman sebilik dan kami berkongsi cerita ups and down dalam perjalanan perniagaan ktorang. Untuk pengetahuan korang , 2018 merupakan tahun ke empat saya dengan Cosway.

Alhamdulillah setiap saat saya lalui amat berharga dan saya bersyukur mengenali bisnes ini.


Mujur kami bawa roti dan sambal shrimp cosway. Boleh makan puas puas !

Walaupun duduk di tengah lautan , saya tetap jugak boleh menggodek facebook dan instagram :)

uishhh mujur ada wifi. Rasa tak boleh hidup tak update sosial media haha....





Ini gambar di tengah main stage atas cruise. Very nice kan.....


Pada hari kedua, kita tiba di Port Danang, Vietnam....



They 're from China rasanya... lupa dah haha.. Saya masa tu ramai betul minta nak bergambar sebab hanya 3 orang peserta sahaja muslim berhijab. Jadi menjadi attraction bagi dorang untuk bergmbr.haha.

Lawak pulak,... jalan je orang minta bergmbar...

Sebenarnya panjang lagi perjalanan percutian Costa Atlantica ni... Jadi terpaksa saya buat part kedua...

Kita stop sampai sini dulu ya.. to be continued!

May 20, 2018

Pernah Dengar Mengenai Evening Primrose Oil ?


Hi ,  Assalamualaikum :)


Sejak saya berkecimpung dalam bidang kesihatan dan kesihatan khususnya, saya kerap melihat pelanggan bertanyakan mengenai Evening Primrose Oil (EPO). Disebabkan permintaan dari pembeli sangat konsisten, saya patut berkongsi kelebihan yang terdapat dalam EPO.

Untuk pengetahuan korang , di dalam EPO terdapat jumlah GLA yang berkualiti. Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan asid gamma linolenik (GLA), oleh itu ia harus di peroleh melalui diet atau supplemen harian. GLA, asid lemak omega 6 yang penting, sukar ditemui dalam diet moden kita dan pengeluarannya dari badan pada kebiasaannya sedikit disebabkan beberapa faktor seperti penuaan, merokok, tekanan dan sebagainya.

Minyak Evening Primrose Oil adalah salah satu sumber GLA yang terkaya dan paling selamat !



Btw, supplemen GLA sangat berharga dan terbukti berkesan untuk kesihatan dan kecantikan wanita... Gitchew !

Saya ceritakan lebih spesifik ya ! Mengapa korang perlu buat keputusan memilih EPO dari COSWAY :)


  1. SELAMAT DAN BOLEH DIPERCAYAI
> Sumber GLA yang teliti dan diuji dengan baik yang tidak mengandungi toksin semulajadi, alkaloid pirolizidin (PA) yang menyebabkan kerosakan hati yang sering ditemui pada tumbuh tumbuhan yang tertentu.


    2. MURNI DAN TIDAK BERTAPIS

> Diekstrak tanpa haba dan tanpa penapisan kimia untuk mengekalkan dan menstabilkan triterpenes (antioksidan semula jadi)


    3. KEPEKATAN DAN KONSISTENAN YANG TERJAMIN

> 10% GLA terselaras dan diuji dengan ketat untuk EPO yang berkualiti dan ketulenan yang tinggi



oh yaaa... rata rata pelanggan yang mencari EPO adalah wanita. Terdiri dari pada wanita bekerjaya, surirumah, anak dara, wanita yang sudah menopous,dan wanita yang alami period pain yang teruk.


Kali ini saya akan kongsikan MANFAAT HEBAT GLA UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN : 

  • GEJALA KETIDAKSEIMBANGAN HORMON & SINDROM PREMENSTRUAL (PMS)
> Wanita dengan gajala PMS seperti kekejangan, sakit kepala, bengkak dan kesakitan payu dara, jerawat dan lain lain, mungkin mengalami kesukaran menghasilkan GLA yang boleh ditukarkan kepada prostaglandin E1 (PGE1) yang menyerupai hormon. EPO mengandungi sejumlah besar GLA dan boleh mengurangkan gejala PMS.

  • PENGURANGAN PANAS BADAN AKIBAT MENOPAUS
> Para penyelidik percaya bahawa ini adalah disebabkan oleh GLA yang dibekalkan kepada badan melalui EPO, yang boleh membantu mengurangkan gejala menopaus. Ia didapati sangat berkesan dalam merawat dan mengurangkan kekerapan panas badan.

  • MEMPERBAIKI KEADAAN KULIT (EKZEMA, PSORIASIS)
>  Para penyelidik melaporkan bahawa mereka yang mengalami ekzema tidak berkemampuan memproses asid lemak secara normal dan boleh mengakibatkan kekurangan GLA yang membantu mengawal keradangan. Dalam satu percubaan, 96% subjek ujian untuk EPO menunjukkan tanda tanda penambahbaikan gejala ekzema setelah menjalani rawatan bagi bulan yang ke-5.

  • MENGURUSKAN ARTHRITIS REUMATOID
> EPO merupakan rawatan yang berkesan bagi mereka yang mempunyai arthritis reumatoid. GLA berkeupayaan untuk menukarkan sebahagiannya kepada PGE1, sejenis bahan seperti hormon yang diketahui mempunyai aktiviti anti inflamasi.

  • MEMBANTU MENGAWAL OSTEOPOROSIS
> Ia meningkatkan ketumpatan mineral tulang dan menjadikan tulang anda lebih kuat dan sihat. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa kehadiran GLA dalam EPO menjadikannya sangat berkesan  dalam pengurusan osteoporosis.

  • MENINGKATKAN KESIHATAN KULIT
> EPO sangat baik untuk kesihatan kulit secara keseluruhan. Menurut Jurnal Antarabangsa Sains Kosmetik, EPO menggalakkan kulit kelihatan lebih muda, mengurangkan garis garis halus dan kedutan.


Sebagai wanita, kesihatan dalaman dan luaran amatlah penting, dan haruslah dijaga dengan baik tak kira bujang mahupun sudah berkahwin. Sebotol EPO boleh bertahan selama dua bulan.


Harga berpatutan dengan kualiti GLA dan hasil selepas pengambilan :) Jangan bimbang , saya akan memberi tunjuk ajar cara pengambilan suplemen, jumpa lagi (^_^)







Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign