Aimaan Ahmad: supplemen

Pages

Showing posts with label supplemen. Show all posts
Showing posts with label supplemen. Show all posts

Aug 20, 2018

10 Sebab Krill Oil Suplemen Lebih ' Standout'


Hye, Assalamualaikum ! :)

Artikel kali ini buat korang yang tertanya tanya kenapa saya perlu ambil krill oil sedangkan saya sudah pun consume omega 3. Saya tertarik untuk berkongsi 10 Sebab Krill Oil Suplemen Lebih ' Standout' , sebab korang perlu tahu in detail sebelum membuat keputusan untuk consume. Rata rata walk in customer saya akan bersoalkan tentang krill oil, jadi saya ambil tindakan positif bagi menulis artikel untuk bacaan korang.

As for me, bukanlah seorang doktor yang layak menulis soal kesihatan. Tetapi saya beranggapan tanggungjawab menjaga kesihatan adalah tanggungjawab semua orang bagi menunjukkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana rezeki kesihatan yang tidak ternilai. Saya berkongsi atas rasa tanggungjawab kerana ilmu supplemen saya pelajari melalui syarikat saya berkerja sekarang.


Saya didedahkan dengan training berterusan , lebih baik saya berkongsi ilmu ini. :)

Bukan semua orang terdetik dihati untuk berinisiatif menjaga kesihatan , dalam 50 orang nisbahkan mungkin seorang sahaja. Saya perhatikan bila meningkatnya usia kita, barulah terkocoh kocoh mencari segala daun akar kayu untuk dijadikan herba minuman. 

Sebenarnya dari muda sudah wajib menitik beratkan isu kesihatan ya sayang !



Saya percaya masih belum terlambat untuk kita ambil tahu mengenai supplemen, dan ini artikel 10 sebab krill oil supplemen lebih 'standout' dan ini membantu korang membuat keputusan di Cosway Store.


SEBAB KRILL OIL SUPPLEMEN LEBIH 'STANDOUT'.


1. Struktur Unik.

Tidak seperti minyak ikan, Omega-3 dalam minyak krill oil adalah dalam bentuk fosfolipid. Fosfolipid yang mudah larut dalam kedua-dua lemak dan air menyenangkan kebolehcernaannya malah boleh memasuki ke dalam membran sel secara terus dan meningkatkan penyerapan Omega-3.


2. Faktor Kolin.

Kolin membantu menyokong ingatan dan komunikasi yang sihat di antara sel-sel otak, dan kolin biasanya terdapat dalam daging lembu, hati dan ayam. Oleh itu, mereka yang tidak memakan banyak daging sering mengalami kekurangan kolin.


3. Sumber Tulen.

Krill diperolehi daripada bahagian bawah rantai makanan kerang-kerangan kecil di Antartika iaitu lautan yang paling bersih didunia. Ia amat tulen kerana tidak mengandungi tahap pencermaran dan toksin yang berbahaya, justeru lebih baik berbanding dengan minyak ikan.


4. Selamat Tinggal Nafas Hanyir.

Omega-3 daripada fosfolipid adalah larut air. Oleh yang demikian, ia tidak berkumpul di atas perut dan menyebabkan refluks serta rasa hanyir seperti kebanyakan suplemen minyak ikan.


5. Kesan Yang Besar Dalam Dos Kecil.

Penyelidikan menunjukkan bahawa badan menggunakan Omega-3 dari krill lebih cekap berbanding beberapa sumber yang lain, bermakna korang boleh mendapatkan kesan lebih baik dengan mengambil dos yang lebih kecil dan lebih sedikit setiap hari.


6. Penggalak Astaxanthin.

Antioksidan yang berwarna kemerah-merahan ini adalah 300 kali lebih berkuasa berbanding vitamin E dan A dan membantu melindungi membran membran sel daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga merupakan bahan pengawet semula jadi yang menjadikan minyak kril segar dengan lebih lama.


7. Bermanfaat Untuk Seluruh Badan.

EPA dan DHA Omega-3 menyokong hati dan tekanan darah yang sihat. Beberapa penyelidikan telah menunjukkan bahawa kril ini mempunyai kelebihan untuk mengoptimumkan kolesterol yang sihat dan mengurangkan trigliserida. Selain bermanfaat untuk kesihatan jantung, terdapat lebih daripada 8,000 kajian manusia menunjukkan Omega-3 menyokong kesihatan mata, otak, sendi, kulit dan kesihatan wanita.


8. Penyerapan Yang Lebih Baik.

Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mendapatkan EPA & DHA daripada minyak ikan neptune dapat melihat peningkatan tahap Omega-3 dalam sel-sel darah merah mereka sebanyak 67% iaitu 2.5 kali lebih banyak daripada mereka yang mendapatkannya daripada minyak ikan.


9. Sumber Yang Melimpah-ruah.

Persoalan mengenai kemampanan sumber? Terdapat di antara 420 juta dan 700 juta tan metrik udang kril yang mendiami perairan Antartika dan merupakan salah satu daripada biojisim terbesar di dunia. Hanya 0.06% daripada jumlah biojisim kril telah dikumpulkan pada 2013-2014.


10. Sumber Yang Dikawal Ketat.

Sebahagian besar adalah berasal dari Lautan Selatan di Antartika dan dikawal oleh Suruhanjaya Pemulihan Sumber Hidupan Marin Antartika (CCAMLR). Suruhanjaya antarabangsa 25 anggota daerah menghendaki setiap bot-bot nelayan dilesenkan malah turut menetapkan had yang ketat ke atas kaedah penangkapan ikan dan jumlah hasil tangkapan mereka.



Saya harap dengan ada sumber artikel ini dapat membantu korang mendapatkan info mengenai krill oil, dan pada entri akan datang , saya akan menulis apa kebaikan dan kesan ketara jika pengguna ambil kril as daily supplement ! 




Sep 20, 2017

Pantang larang pengambilan supplemen/vitamin



Hye, Assalamualaikum :)

Hari ini Aiman akan berkongsi tentang PANTANG LARANG semasa pengambilan SUPPLEMEN dan VITAMIN . Ada antara kita terlepas pandang kerana tidak mengetahui langsung , moga perkongsian saya kali ini memberi manfaat kepada korang semua :)



Kunci keberkesanan pengambilan supplemen dan vitamin adalah CONSISTENCY . Boleh di ambil dengan kuantiti yang kecil tetapi perlu berterusan . Bagi mendapat kesan optimum , perlulah memberi keserasian kepada tubuh badan dalam tempoh 3 bulan secara konsisten .

Ada beberapa individu yang mengambil supplemen tetapi tidak merasai manfaat daripada supplemen/vitamin . Ada beberapa faktor mendorong kepada tidak merasai manfaat seperti ;



1. TIDAK MENGAMBIL AIR KOSONG SECUKUPNYA


Ramai yang hadapi masalah untuk minum air kosong dan lebih suka air berwarna dan berperisa . Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabkan kegemukan.

Kita di sarankan minum air kosong yang cukup bagi membantu proses penyerapan nutrisi supplemen lebih baik ke tubuh badan kita .



Kuantiti air yang disarankan berbeza mengikut berat badan . Minum air kosong yang cukup membantu proses healing crisis . Topik ini akan saya kongsikan kemudian ya !

2. ELAKKAN MAKAN SUPPLEMEN/VITAMIN SEKALIGUS PADA SATU MASA

Kesan daripada pengambilan supplemen/vitamin sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah . Kebiasaannya ramai orang suka ambil supplemen/vitamin di waktu malam sebelum tidur sedangkan ketika itu sudah kekurangan air dalam badan .



Cuba jadualkan pengambilan supplemen mengikut kesesuaian .. Ini dapat membantu buah pinggang tidak terbeban untuk memproses segala yang di makan dalam satu masa .


3. ELAKKAN MENGAMBIL SUPPLEMEN BERSAMA UBAT LAIN

Sekiranya anda masih dalam pantauan doktor atas masalah kesihatan , elakkan pengambilan supplemen/vitamin serentak dalam waktu yang sama . Cuba jadualkan pengambilan lebih teratur . Jika pengambilan terpaksa bertindih pada waktu yang sama , sila jarakkan pengambilan sejam atau dua jam dari ubat tadi .

Katakan ubat di ambil waktu pagi , supplemen ambil di waktu tengahari atau malam .

Ini dapat membantu agar darah tidak bercelaru dan mahukan penyerapan terbaik di setiap pengambilan supplemen/vitamin .

4. KURANGKAN  PENGAMBILAN KAFEIN DALAM DIET HARIAN


Kafein akan merosakkan vitamin dalam badan !

Maka berlakulah pembaziran jika anda ambil supplemen/vitamin bersama kafein . 
Kebaikan supplemen/vitamin tadi rosak macam tu saja !



5.  PANTANG LARANG MAKAN SUPPLEMEN/VITAMIN


  • Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi seperti spirulina tidak boleh di ambil sekali dengan susu , goats milk , calcium . Ini akan mengganggu proses  penyerapan zat besi .
  • Vitamin E / EPO tidak boleh di ambil bersama chorella kerana ia akan mengganggu proses penyerapan vitamin e/epo .
  • Ibu mengandung boleh berhenti seketika mengambil supplemen yang tinggi antioksidan kerana ia boleh memberi risiko kepada keguguran janin . Seperti astaxanthin , sekurangnya bulan ke 4 baru boleh ambil . 


Tips untuk ibu mengandung , ambillah supplemen / vitamin bagi memperolehi kesihatan fizikal dan mental optimum bagi ibu dan bayi bakal di lahir . Boleh refer set mengandung di sini . 

Alhamdulillah selesai juga saya berkongsi pantang larang semasa pengambilan supplemen/vitamin pada korang . Insha ALLAH ada rezeki saya tulis lagi info supaya ilmu ini berpanjangan . 

Jumpa lagi !
Thank you for reading :)


Sep 2, 2017

Kriteria memilih Omega 3 yang berkualiti


Ramai telah ketahui kebaikan omega 3 , dari sumber internet mahupun menghadiri kelas nutrisi . Tetapi kita tidak pun di perjelaskan kriteria yang penting ketika memilih omega 3 berkualiti sebelum membuat keputusan membeli .

Aiman kongsikan dalam posting blog kali ini untuk kongsi serba sedikit apa yang saya ketahui .  Omega 3 salah satu supplemen yang diperlukan seluruh peringkat umur dari bayi sehingga orang tua . 

Rugilah jika kita langsung tak ambil tahu bagaimana cara memilih omega 3 . 

Saya mula mengambil omega 3 sudah 3 tahun lebih , yang mana saya memang akui kebaikan pengambilan omega 3 . Rata rata pengguna yang consume akan merasai kesan positif malahan supplemen omega 3 sangat membantu mereka dalam urusan kerja seharian seperti belajar, membaca , berfikir , menulis dan mencari idea . 

Kerana atas asbab penambahan omega 3 yang kita consume dapat meningkatkan daya pemikiran kita .

Selepas makan tengahari , saya cuba ambil omega 3 cosway setiap hari dan day by day , I can feel the result . Then I started mengkaji apa dia kriteria omega 3 ni . Why why whyyyy I can type my story in blog and sharing in my Instagram @missaimaan dengan lancar . No distraction at all .



KRITERIA MEMILIH OMEGA 3 BERKUALITI YANG KORANG PERLU KETAHUI :


Syarikat pengeluar yang berkualiti 


Tidak semua syarikat adalah sama . Korang kena buat sedikit kajian syarikat pengeluar berkualiti dan mempunyai sejarah mengeluarkan omega 3 berkualiti . Seperti cosway , kita telah pun berada dalam industri more than 37 years since 1979 . 


Ketulenan & Keselamatan 

Penyulingan molekul - Proses meletakkan minyak ikan dalam vacuum membolehkan ia didihkan pada suhu yang rendah untuk melindunginya dari rosak . Produk omega 3 kita mengandungi Pronova Pure TM fish oil . Pronova Pure TM is a trademark of BASF , a global leader in omega 3 fatty acids .


Ikan kecil atau ikan besar ?

Ikan besar secara teorinya berada di permukaan lautan dan memakan ikan kecil lebih banyak . Pengumpulan toksin logam berat dari pada ikan kecil menyebabkan minyak ikan juga mengandungi logam berat yang banyak . Jadi pastikan omega 3 yang kita ambil daripada ikan kecil yang berada di dasar lautan lebih baik daripada ikan besar . 


Tinggi kandungan DHA & EPA 

Nota penting untuk pengguna consume supplemen omega 3 . Ketika memilih omega 3 , sila tengok pada kotak nutrition fact yang tertulis di packaging . Berapakah kuantiti dha & epa ? Berapa total mg untuk satu soft gel .
Contohnya omega 3 cosway : DHA 360mg & EPA 240mg 



Dijual berterusan 


Pastikan omega 3 yang kita beli boleh di beli lagi . Janganlah this month kita consume , tiba tiba nak restock bulan depan sudah tidak dikeluarkan lagi .Bukan sebab di upgrade , tetapi syarikat yang menjual sukar di temui . 


Berbaloi dengan harga 

Nak tahu harga satu botol omega 3 mahal atau murah ? Tengok pada kandungan EPA & DHA . Jika sesetengah orang suka mengomel yang produk dia beli kat luar lebih murah , minta dia lihat kandungan ya . Actually bukanlah mahal , tetapi harga yang berbaloi untuk di consume berterusan . Korang tahu berapa harga sebotol omega 3 cosway ? Terkandung 50 softgel .. Harganya kurang dari RM 100 taw . 


Alhamdulillah , finally dapatkan saya kongsi info penting tentang cara memilih omega 3 . Lepas ni jangan terlepas pandang ya bila hendak buat keputusan di farmasi atau drug store , tak pun piyem sahaja saya terus . Omega 3 penting untuk setiap peringkat umur terutama individu yang sedang belajar , sedang membesar atau orang tua yang semakin hilang ingatan . Jom hadiahkan pada mereka supplemen terbaik . Otak sihat , badan sihat , duit jimat !


Thank you for reading !


Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign