Aimaan Ahmad: Aktiviti Hujung Minggu I Sungai Jahang , Gopeng

May 22, 2017

Aktiviti Hujung Minggu I Sungai Jahang , Gopeng




Hye , Assalamualaikum ! 

Hujung minggu biasanya selalu buntu idea untuk mengisi masa lapang bersama keluarga . Kali ini Aiman buat spontaneous agenda menuju ke Sungai Jahang , Gopeng . Kawasan Sungai Jahang hanya dalam 1 km daripada exit tol Gopeng . Jika korang daripada highway , dan masuk exit tol Gopeng , terus belok ke kiri . Kemudian perlahankan kenderaan , perhatikan signboard menuju ke Sungai Jahang .  Dari persimpangan tu , dalam 2 minit sahaja dah pun boleh sampai . :)


Bujang trip ke Sungai Jahang , sempoi jerr . Aiman decide untuk beli sahaja makanan tengahari di Restoran Adily Gopeng . Kat sini banyak sangat pilihan lauk yang akan membuatkan korang rambang mata nak makan apa . Bila lapar , semuanya akan nampak sedap . haha 




Tengok tuuu . Bila sudah tapau makanan tengahari , makanya cepatlah Aiman boleh sampai di kawasan sungai . Selama saya membesar di Perak ni , inilah kali pertama saya datang kesini . Subhanallah rupanya lagi kawasan yang belum saya terjah .  Mujur kawan saya ajak datang sini .

Disebabkan ini adalah unplanned agenda . So saya datang sini hanya untuk lunch sambil menikmati alam semulajadi . Kawasan sungai yang luas , air nampak deras tetapi rendah sahaja di kawasan bermandi manda ni . Ramai pelawat datang dengan keluarga , dan jika korang terlupa membawa pelampung . Korang boleh juga sewa di sini .



Antara aktiviti korang boleh lakukan di Sungai Jahang ;

White Water Rafting 
Flying Fox
Cave Hiking
Swimming

Baik ! Aktiviti ni semuanya menarik perhatian saya . For sure saya akan datang balik ke Sungai Jahang untuk discover semua aktiviti ni . Bagi memuaskan hati saya yang tidak cukup hanya makan tengahari sahaja , saya pergi membeli buah durian yang menjadi buahan femes sekitar Gopeng walaupun bukan musim , mereka masih menjual buah durian . 






Saya kira beruntung apabila pakcik penjual buah durian hanya menjual sekilo RM 20 sahaja . Sebelum ini saya dengar kawan cerita mereka membeli dengan harga RM 35 sekilo . Sabar jelah kalau sudah teringin nak makan tu . Makanya pasti akan membeli juga kan . So saya beli 3 kilo durian sekali kulit haha , selepas mintak diskaun dengan pakcik , dapatlah saya RM 55 untuk dua biji  durian . Alhamdulilah isinya dua dua sedap dan elok . 


Haaa pasti korang rasa konfius mana satu gerai durian nak singgah since penuh penjaja di tepi jalan kan . Saya rekemen penjual durian pertama selepas melepasi lorong sungai jahang , beerti gerai berada di sebelah kiri jika awak dari pada exit tol Gopeng . 








Apabila perut kenyang senang hati , saya hanya melihat anak anak yang bermain air sungai . Penuh tawa riang mereka membuatkan hati saya gembira melihatnya . Anak ini tak reti panas terik , asalkan dapat berseronok dengan kawan , 5 jam sudah bermandi pun masih terasa 1 jam agaknya . Sampai hitam merelit dah saya tengok . Eleh Aiman dulu masa kecil pun juga macam tu . Sekarang ni sahaja baru pandai jadi puteri lilin . hehehe :) 


Hey orang perak ! Korang boleh datang sini bawa keluarga sambil beraktiviti riadah . Pasti boleh snap photo yang cantik dan frame kan sebagai kenangan terindah . Sekian .

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign