Aimaan Ahmad: MissAimaan Gonjeng!

Apr 29, 2011

MissAimaan Gonjeng!

Pagi semua!!
ishk hampa suma pakat tidoq lagi , saya kata yang tengah belajaq. yang sudah masuk ke alam pekerjaan tu. Saya faham. Anda tengah berlawan dengan syaiton hat bergayut kat mata tu. taw taw! faham! Lawannnnn je mereka. Jangan jeles~ kami bolehhh tidoq pagi. bukan saya yang tengah bercuti ni. Rugi kalau tidoq pagi.

Time cuti kerja saya tak sama dengan rakyat lain. Jadi bila nak ajak hang out pon mcm sume agak sibuk. Masa inilah peluang miss aimaan nak buat FRIDAY CLEANING. Membasuh baju, Membersih pinggan mangkuk cawan. Mengemas bilik. Pastu bila dah bosan sangat sangat. Main make up sorang-sorang. Test lilitlilit shawl sampai tercekik.Yela! Bila dah cuba mcm2 style, baru kita dapat kenal pasti style mcmne comfortable dgn diri kita kan.:) tak gitu?

MissAimaan ada satu tabiat hodoh. aku buat contoh ya disini. SAYA mesti nak jugak cari design pakaian shawl yang bila saya tengok gadis-gadis kat luar tu, pakai cantikk sgt. mesti sy nak yg tu.selalunya sy akan jumpa yg ala-ala nak dekat sama la. Kadang tengok dorang pakai , cantikk sangat. Bila I pakai, OMG, Its not suit me at all. How?? Mula la lelong lelong , i kasi murah 50%.

salah satu gaya gonjeng MissAimaan bila pergi kerja. Even dok opis jumpa orang yang sama. Haruslah jaga penampilan kannnn..

Untuk menampilkan gaya yang kemas & nampak ala ala sweet gitu. Kita tak perlu invest berjuta lemon pon. Kita hanya perlu invest masa nak kebek kat kedai-kedai, carik baju yang cantik tapi murah. Cara senang saja. Bila berkenan amik, bayor. Tapi setiap bulan mesti ada limit shopping. Kalau syok suka suki je beli. Pastu kat rumah dah boleh buka butik sendiri.Hidup papa kedana asalkan bergaya.Takboleh cenggitu.

Pastu mula la nak g titiwanga, damansara, Buka carboot, buat sale separuh harga. Tapi cakap uols, Ada je manusia suka pakai bundle.Macam-macam manusia ni.

Moral: Buatlah pilihan yang TERBAIK untuk diri anda! kerana anda sendiri yang uruskan kewangan, kecantikan, kesihatan anda! saya untuk diri saya sahaja. bye-bye!

Thanks for reading this entry!


No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign