Aimaan Ahmad: pernah dengar tak ujian endoskopi?

Dec 23, 2010

pernah dengar tak ujian endoskopi?

Hargai diri kita. Sayangi diri kita dengan permakanan yang seimbang.

Pernahkah anda mengalami gastritis?

Gastritis atau angin bukanlah satu penyakit.Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Tetapi ia merupakan tanda-tanda awal kanser perut.

Sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi.

Malah ia boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

Keadaan ini ( angin) disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai helicobater pylori iaitu sejenis bakteria yang boleh dirawat dengan antibiotik.

Tetapi sekiranya bakteria tersebut tidak dirawat dengan segera, ia boleh bertukar menjadi sel-sel kanser. Selain mendapatkan ubat dari doktor, seharusnya kita berhak melakukan ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar.

Di MALAYSIA , kanser perut merupakan penyakit yang ketujuh tertinggi di kalangan lelaki manakala ke sepuluh tertinggi di kalangan perempuan.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, lebih 100 orang meninggal setiap tahun oleh kerana penyakit ini. Ini salah satu punca kurangnya pendedahan masyarakat tentang kesihatan mereka.

Gastritis boleh menyebabkan pendarahan dalam perut jika terdapat ulser. Pendarahan di dalam perut akan menyebabkan pesakit muntah darah atau membuang najis yang hitam seakan tar di mana ia memerlukan penjagaan perubatan yang segera.

Kelambatan diagnosis kanser perut merupakan masalah utama dalam menangani kes kanser di MALAYSIA.

Bagaimanapun kanser perut yang dikesan di peringkat awal (early gastric cancer ) berpotensi sembuh berbanding kanser perut di peringkat lewat.

Jadi, permakanan yang seimbang dan sihat adalah penting dalam menentukan tahap kesihatan kita.

"Gaya hidup yang sihat dan amalan melakukan pemeriksaan usus dan perut sekali setahun adalah langkah yang efektif bagi mengelak nyawa daripada diragut penyakit itu. "
Boleh pilih cara exercise mengikut tahap yang kita mampu? pilih2...



-----------------------------------------------------------------------



p/s: perlukah kita menunggu perlindungan insurans/ takaful terlebih dahulu sebelum membuat pemeriksaan kesihatan ? tangguhkan pemeriksaan dengan kata lain?

wang perubatan juga penting bukan. bagaimana ye?

2 comments:

  1. penah..tahun 2005..ak disyaki sakit ulser dlm perut..rupa2nya........

    ReplyDelete
  2. serius selalu gak aa sakit perut.. dah makan, tapi still sakit perut... nape tah... memang ada gastric.. tapi lately macam lain macam plak...

    ReplyDelete

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign