Aimaan Ahmad: Motivasi Pagi Jumaat

Sep 17, 2010

Motivasi Pagi Jumaat



Tahukah Anda Setiap Masa Aktiviti Kita Adalah Ibadah??

Ceriakan hari pagi anda dengan lebih bersemangat!!

Tips motivasi pagi yang boleh di aplikasikan setiap hari, iaitu:

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bila celik je mata dari bangun tidur, sebaiknya kita merasakan nikmat bersyukur alhamdulillah. Kita masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah di muka bumi ini. Kesempatan ini seharusnya kita lakukan segalanya yang terbaik.

2. Tanamkan azam bermotivasi.
Dipermulaan hari sebaiknya kita tidak menjenguk ke newspaper, majalah yang berunsurkan fitnah dan bergaul dengan gol. mengumpat. Ini kerana kite akan di suntik dengan energi negatif untuk seharian hari. Kuatkan semangat, mulakan aktiviti dgn bersenaman mungkin.

3. Dekatkan diri dgn sesi motivasi.
Dalam keadaan kelam kelibut mahu menyiapkan diri ke tempat kerja. Boleh juga menekan switch on pada kotak tv panasonic, mahupon haier,mungkin plasma. Tv3 @ Tv9 boleh menjadi pilihan. atau dgn cara lain, dgn mendengar radia sesi dr. Izzi di Hot fm. Ini banyak membantu dalam menceriakan hari anda!!

4. Lakukan semua perkara dgn mulakan Bismillah.
Segala perkara ini dilakukan untuk kita memperoleh perlindungan dari gangguan & bisikan syaitan. Insya Allah.

5. Senyum sokmo!
Walaupun hati dipenuhi dgn bara api,. cube tenangkan fikiran, tempuhi cabaran kecil ini dgn memberi senyuman. Jgn pula tersenyum seorangan ,itu sudah tidak betul tu! Cabaran kecil ini akan berasa mudah diterokai pabila kita mempunyai cita-cita/jiwa yang besar..

6. Melihat keindahan alam / warna2 cerah.
Permainan warna ini juga mampu mengubah persepsi di pagi hari anda!

7. Semaikan rasa kemaafan.
Andai kita memaafkan orang, nescaya kita merasa lega. Berani berubah untuk kecemerlangan diri.


" Marilah sama2 kita jadi yang terbaik, anak yang terbaik mahupon pekerja yang terbaik''


No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign