Aimaan Ahmad: Moist Chocolate Cake Rasa Sekali Nak Semua!

Pages

Sep 18, 2010

Moist Chocolate Cake Rasa Sekali Nak Semua!

Bukan setakat rasa sekali nak semua, siap paw resepi lagi.
walaupun sebenarnya saya ni pon, minta resepi dr kwn zaman sek menengah dulu...
sebab apa taw, kek ni a.t.i.q.a.h & s.y.a.i.r.a.h bawa time 1ST reunion kat Damai Laut Resort..
Rasa2..terus cop, letak dalam bekas... jiwa tamak memberontak datang bla rs lapar kan..
( jgn apply adegan ni di rumah anda!) :)

senang je cara nak buat kek ni..hny ambil masa dlm 5 min untuk buat bahan2 ni semua.. then terus bleh kukus... hanya tgu 1jam.. terus boleh tgk moist choc cake ni..
tunggu!! mana bleh terus ngap..! bersabar DULU..
Bila kek ni sudah sejuk.. baru tuka kan ke dalam bekas untuk dihiaskan..
baru bertambah selera nk makan sendiri mahupon dijamukan kpd tetamu yg dtg beraya.!


Bahan pertama:

2cwn tepung gandum
2cwn gula kastor
1cwn koko
1ts. soda bikarbonat
1ts. baking powder

Bahan kedua:

1 1/2 cwn susu cair
1cwn air suam
1cwn minyak masak
1biji telur
1ts. nescafe

Bahan ketiga: ( sebagai topping kek)

koko tadi di campurkan dgn susu pekat..
kacau...& pabila sesuai dijadikan topping.. cuma perlu sapu shj di atas kek..
kemudian , taburkan choc rice supaya kek kita kelihatan menarik.

p/s: bahan A & Bahan B dikacau dalam bekas yang berasingan dan kemudian campurkan kedua-dua bahan sehingga sebati. Seterusnya, bahan kek tadi dituangkan ke dalam bekas untuk dikukus.
Sebelum itu panaskan bekas pengukus dahulu.

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign