Aimaan Ahmad: Pantang larang pengambilan supplemen/vitamin

Sep 20, 2017

Pantang larang pengambilan supplemen/vitamin



Hye, Assalamualaikum :)

Hari ini Aiman akan berkongsi tentang PANTANG LARANG semasa pengambilan SUPPLEMEN dan VITAMIN . Ada antara kita terlepas pandang kerana tidak mengetahui langsung , moga perkongsian saya kali ini memberi manfaat kepada korang semua :)



Kunci keberkesanan pengambilan supplemen dan vitamin adalah CONSISTENCY . Boleh di ambil dengan kuantiti yang kecil tetapi perlu berterusan . Bagi mendapat kesan optimum , perlulah memberi keserasian kepada tubuh badan dalam tempoh 3 bulan secara konsisten .

Ada beberapa individu yang mengambil supplemen tetapi tidak merasai manfaat daripada supplemen/vitamin . Ada beberapa faktor mendorong kepada tidak merasai manfaat seperti ;



1. TIDAK MENGAMBIL AIR KOSONG SECUKUPNYA


Ramai yang hadapi masalah untuk minum air kosong dan lebih suka air berwarna dan berperisa . Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabkan kegemukan.

Kita di sarankan minum air kosong yang cukup bagi membantu proses penyerapan nutrisi supplemen lebih baik ke tubuh badan kita .



Kuantiti air yang disarankan berbeza mengikut berat badan . Minum air kosong yang cukup membantu proses healing crisis . Topik ini akan saya kongsikan kemudian ya !

2. ELAKKAN MAKAN SUPPLEMEN/VITAMIN SEKALIGUS PADA SATU MASA

Kesan daripada pengambilan supplemen/vitamin sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah . Kebiasaannya ramai orang suka ambil supplemen/vitamin di waktu malam sebelum tidur sedangkan ketika itu sudah kekurangan air dalam badan .



Cuba jadualkan pengambilan supplemen mengikut kesesuaian .. Ini dapat membantu buah pinggang tidak terbeban untuk memproses segala yang di makan dalam satu masa .


3. ELAKKAN MENGAMBIL SUPPLEMEN BERSAMA UBAT LAIN

Sekiranya anda masih dalam pantauan doktor atas masalah kesihatan , elakkan pengambilan supplemen/vitamin serentak dalam waktu yang sama . Cuba jadualkan pengambilan lebih teratur . Jika pengambilan terpaksa bertindih pada waktu yang sama , sila jarakkan pengambilan sejam atau dua jam dari ubat tadi .

Katakan ubat di ambil waktu pagi , supplemen ambil di waktu tengahari atau malam .

Ini dapat membantu agar darah tidak bercelaru dan mahukan penyerapan terbaik di setiap pengambilan supplemen/vitamin .

4. KURANGKAN  PENGAMBILAN KAFEIN DALAM DIET HARIAN


Kafein akan merosakkan vitamin dalam badan !

Maka berlakulah pembaziran jika anda ambil supplemen/vitamin bersama kafein . 
Kebaikan supplemen/vitamin tadi rosak macam tu saja !



5.  PANTANG LARANG MAKAN SUPPLEMEN/VITAMIN


  • Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi seperti spirulina tidak boleh di ambil sekali dengan susu , goats milk , calcium . Ini akan mengganggu proses  penyerapan zat besi .
  • Vitamin E / EPO tidak boleh di ambil bersama chorella kerana ia akan mengganggu proses penyerapan vitamin e/epo .
  • Ibu mengandung boleh berhenti seketika mengambil supplemen yang tinggi antioksidan kerana ia boleh memberi risiko kepada keguguran janin . Seperti astaxanthin , sekurangnya bulan ke 4 baru boleh ambil . 


Tips untuk ibu mengandung , ambillah supplemen / vitamin bagi memperolehi kesihatan fizikal dan mental optimum bagi ibu dan bayi bakal di lahir . Boleh refer set mengandung di sini . 

Alhamdulillah selesai juga saya berkongsi pantang larang semasa pengambilan supplemen/vitamin pada korang . Insha ALLAH ada rezeki saya tulis lagi info supaya ilmu ini berpanjangan . 

Jumpa lagi !
Thank you for reading :)


No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign