Aimaan Ahmad: Merton Hotel Ipoh Review

Pages

Sep 22, 2017

Merton Hotel Ipoh Review


Disclaimer : This is not sponsor post .


Hye , Assalamualaikum ! :)


Ingat lagi tak Aiman pernah bagi tahu di Facebook Aiman , tiba tiba sahaja saya check in hotel kat Ipoh hasil dari pencarian Agoda.com . Kalau korang tak pernah terserempak pon posting Aiman di Facebook hari tu , meh kali ini saya betul betul bagi review mengenai hotel yang saya check in mengejut ni .

Ini dia hotelnya , Merton Hotel Ipoh .

Masa Aiman uruskan pembayaran deposit , sempat lagi saya tanya pada brother concierge tu .

" Sudah berapa lama buka hotel ini ? Kenapa saya baru tahu ?"

Dalam bertanya , Aiman masih wonder ! Kenapa saya langsung tidak tahu .

Brother tu jawab ," Hotel ini baru buka tahun ini ".

" Oh no wonder baru masuk agoda , saya booking dari sana ".


Memang tabiat Aiman bila hujung minggu rasa letih nak drive balik rumah parents , saya akn meninjau apa hotel terbaru yang boleh saya try .

Sekali sekala reward diri tak pe kan :) Setiap orang cara reward dirikan berbeza. Saya pulak jenis suka memanjakan diri melihat toilet yang cantik , decoration yang cantik , kind of relaxinglah kan...


Lokasi Merton Hotel Ipoh : 

No. 23 & 25 , Jalan Lapangan Symphony Business Park , 31350 Kinta , Ipoh Perak .

Nearby Attractions :

  • Sam Poh Tong Temple  ( 0.69km )
  • Qing Xing Ling Leisure & Cultural Village ( 1.37km )
  • Kek Lok Tong Temple & Zen Garden ( 1.89km )
  • Sultan Azlan Shah Airport ( 2.44km )

Aiman boleh bagi review hotel ni lokasi strategik kalau korang ingin bercuti di Ipoh dan nak datang ke tempat tarikan lain . Senang cerita nak pergi mana mana semua ok , Ipoh ni bukanlah besar mana pun .

Bab pergerakan ni , korang mesti berkereta-lah. Supaya mudah nak ke destinasi .

Jika nak booking uber pon ok , sebab sekarang di Ipoh , Servis uber pon banyak dan kerap pada setiap masa .


Jom tengok gambar hotel yang Aiman dapat dari Agoda.com :




Ini area concierge . Sangat cantik dan hipsturrrr untuk bercuti sekeluarga .






Sebenarnya inilah kali pertama saya masuk toilet yang bersimen sahaja tetapi nampak esklusif dan cantik . Peralatan mandian juga di sediakan .



Masa itu saya datang berdua dengan kawan . Jadi kami pilih single bed . Senang tak berebut selimut atau menendang satu sama lain di waktu malam :)



Pada yang bertanyakan tentang harga , pada Aiman sangat berbaloi . Untuk bilik kami hari tu , Aiman dapat RM 120 sahaja . So that we devided by two , boleh la sorang bayar RM 60 sajorrrr.

Sekarang saya akan review mengikut kategori supaya lebih jelas ;

PERSEKITARAN 
  • Kawasan hotel yang selamat dari bahaya berhadapan jalan raya besar
  • Parking okay masih ada tempat
  • Kedai makan muslim boleh di dapati dengan memandu sedikit ( Ada KFC , Pizza Hut , Seccret Recipe , Old Town , Mcd , Kedai Mamak , Vanggey , Kedai makan dalam department store Billion  )
  • Ada kedai baju dalam hotel , mudah nak cari baju ganti kalau unexpected thing happen while korang travelling 
  • 24 hour security
FACILITY 
  • WIFI yang laju
  • Wheelchair accessible
  • Ada breakfast
  • Elevator
  • Hairdryer
  • Television
  • Shower
  • In room safe
  • Non smoking area
Overall comment 
  • I love the vintage decoration which is rare for me .
  • Too comfort hotel in budget hotel
  • Fast service for check in and check out
  • Clean room & bathroom
  • Very good smells . Everytime I pass by the concierge , lorong ke bilik . Wangi sangat .
  • Romantik decoration corner
  • Affordable price
  • Above expectation !


Masa masuk hotel ni , Aiman lelaju buat instastory di Instagram @missaimaan , terlampau excited . 
Aiman pasti akan kongsi apa sahaja yang best , bukan nak menunjuk tetapi nak berkongsi mana la tahu ada anyone antara kita tengah cari hotel terbaik daripada review saya . Tak rugi pon saya spend masa sikit ! Asalkan bermanfaat untuk pembaca .

Nanti ada hotel best lagi saya review lagi ya .

Thank you for reading ! 

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign