Aimaan Ahmad: 5 TIPS KEMBALIKAN ROMANTIS PENGANTIN BARU

Pages

Aug 28, 2015

5 TIPS KEMBALIKAN ROMANTIS PENGANTIN BARU

Hmmmm. Jangan bilang apa apa tentang penulisan saya hari ini. Ia adalah sumber dari pelbagai perkongsian rakan rakan yang telah mendirikan masjid mereka .:)

Pasangan suami isteri yang sudah bertahun tahun berkahwin umumnya sering meluahkan rasa bila bersama pasangan, sementelah lagi bila anak anak sudah dewasa. Oleh itu, anda tentu tercari cari petua bagaimana mengembalikan semula romantis seperti pengantin baru. Jika ingin tahu , inilah rasanya.

CIPTAKAN RASA RINDU

Bila ada perasaan saling rindu merindu antara satu sama lain, itu tandanya anda dan pasangan hidup bahagia, cuma sedikit membosankan. Kalau secara fizikalnya sepanjang hari saling bertemu dan bersama, tentu sahaja perasaan rindu itu tidak hadir. Oleh itu berusahalah berada jauh antara satu sama lain. Bila berjauhan, perasaan rindu itu bertandang dan pasangan bahagia ini akan saling bertelefon bertanya khabar dan melepaskan rindu.

Jika suami mempunyai hobi memancing sementara isteri lebih suka sendirian di rumah, biarkan dia pergi memancing bersama teman temannya. Biarlah anda melakukan aktiviti sendiri di rumah. Kalau sudah beberapa jam atau hari terpisah, tentu perasaan rindu bertandang. Bila rindu sudah bertakhta di hati, suami pulang tanpa ikan pun tak mengapa, tetapi dia pulang dengan kerinduan.


BERIKAN KEJUTAN ROMANTIS


Tiada siapapun di dunia ini yang tidak sukakan kejutan romantik. Walaupun pasangan anda tidak menunjukkan ekspresi, tetapi jangan risau. Percayalah jauh dari sudut hatinya. Dia pasti tersenyum gembira. Jangan prank sudahlah. Buatkan sesuatu yang belum pernah di lakukan, itulah kebahagian yang boleh di perbaiki secara pantas.

Seperti bawalah isteri/ suami " candle light dinner" yang ada suasana romantis. Diselingan pula dengan lagu yang begitu menghayalkan anda berdua mengimbau kenangan silam. 


PURA PURA NAIF

Kehangatan hubungan suami isteri tidak semestinya datang daripada aktiviti yang dilakukan bersama. Sesekali apa salahnya isteri pura pura menjadi manja dan naif seakan tidak tahu apa apa dengan bertanyakan itu dan ini kepada suami. Tidak salah selitkan humor segar yang boleh membuatkan anda berdua tertawa bersama. Biasanya humor nakal berbaur seks akan menambah suasana romantis.

WANGIAN PENGANTIN

ehem masih ingat lagi saat anda menjadi raja sehari? Wanginya semerbak! Fikirkan sejenak, kembalikan semula haruman ruang kamar dengan wangian yang disukai pasangan. Ini bagi membangkitkan semula nostalgia dengan wangian yang sama. Hias bilik dengan bunga segar. Jangan lupa bahagian bahagian tertentu di dalam bilik dan diri anda yang sering  di hidu oleh pasangan untuk menarik perhatian dan ghairahnya.

Memang ada pasangan yang mewujudkan suasana ini atas kesepakatan bersama. Namun jika salah seorang melakukannya untuk kejutan kepada pasangan, pasti kejutan ini mendatangkan rasa ghairah yang bergelora. Tidak percaya, cubalah lakukannya!

Ada wangian yang amat berbaloi dan ia wajib ada untuk menikmati romantis bersama. Wangian set R Series menjadi kegilaan ramai pengguna tak kira yang bujang, malah yang telah berkahwin. Suami kata, isteri wangi semacam dari kayangan. So sweet !

Item di dalam set R Series:

  • R Series Deodorant 50g
  • R Series Body Powder 100g
  • R Series Eau De Parfum 30ml
  • R Series Hand & Body Lotion 200ml
  • R Series Body Spray 75ml
HANYA RM 45 INCLUDED POSTAGE
Mereka dapat set ini dari AimaanMalaysia atau sms < R Series Offer> ke +60185713858 dan stok adalah terhad. Jangan tangguh lagi perasaan anda!



BERKOMUNIKASI DI TEMPAT TIDUR

Pasangan suami isteri yang bahagia mempunyai kemahiran berkomunikasi antara satu sama lain di setiap kesempatan. Namun bila hubungan dapat di jalin dan di luahkan ketika santai, masing masing boleh meluahkan perasaan. Maka komunikasi akan lebih efektif apalagi ia berkaitan dengan perasaan cinta. Tempat paling santai dan sesuai untuk berkomunikasi adalah bilik tidur kerana disini tempat privasi anda berdua.


Aimaan berkongsi cerita dan idea rakan rakan, malah kredit to Majalah Wanita banyak memberi info dan tips yang hebat.



No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign