Aimaan Ahmad: Amal Teknik "TACKLE" Maha Pencipta

Jan 4, 2015

Amal Teknik "TACKLE" Maha Pencipta

"Dalam kesusahan, pasti ada kebahagiaan." Ramai orang habaq lagu tu.

Kuncinya hanyalah yakin pada Maha Pencipta tatkala ada cabaran besar mahupun kecil, nescaya satu per satu ia akan berakhir.

Sejujurnya, ini adalah proses pembelajaran saya untuk memberi yang terbaik sepuasnya. Teknik 'tackle' Maha Pencipta mampu memberi ketenangan dan kekuatan untuk kita mencapai impian sekaligus mengikut jalan yang diredhai Allah.


Tiada kata setinggi langit, tiada hinaan serendah dasar lautan untuk kita mengangkat diri melebihi rahmat Illahi, sedarlah kita kewujudan kita di bumi adalah menjadi khalifah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain, justeru cintakan syurganya.

Amalan teknik 'tackle' Maha Pencipta hanya memupuk rasa cinta, cinta sepenuh jiwa, cinta yang yakin ada pengakhirannya. Serahkanlah jiwa, rasailah Dia Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Langkahnya begitu mudah. Sempurnakan Rukun Islam solatmu. Tidak boleh cukup makan, nanti markahnya cukup makan juga. Kita bilang atas pagar. Jadi kita topupkan dengan sunat spt dhuha, ba'diah, qabliah etc. Malam sunyi tanpa tangisan umat Nabi Muhammad. Masa ini peluang kita bercinta, mana yang lain sedang leka mimpi melancong merata. Taubah penyuci, hajat meminta, istikharah penunjuk jalan.

Tiada manusia sempurna imannya jika tidak diuji. Andai kita rasa tidak selesa, kembali ke track yang sebenarnya.

Tiada apa perlu khuatir, kerana kita tahu Dia Maha Penyayang.

Allah sangat suka kita memuji Rasulullah dgn zikrullah. Masa ini rahmat Allah kita boleh rebut free free sahaja.
Astagfirullah 100x. Salawat 1000x.

Moga perkongsian memberi manfaat untuk kita semua dan memberi kekuatan pada saya untuk mengekalkan momentum 'tackle' cinta.

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign