Aimaan Ahmad: 5 Tindakan Awal Boleh Dilakukan Ketika Demam

Feb 16, 2017

5 Tindakan Awal Boleh Dilakukan Ketika Demam


Hye, Assalamualaikum . :) 

Quick update dari Aiman , actually ada few things nak kena siapkan hari ini . Hehe


Alhamdulilah baru selesai lunch dan terasa lebih bertenaga dari semalam . Semalam rasa pening , badan pon tak selesa . Balik rumah pon masih terasa lagi kepanasan dalaman badan .

Since sekarang ini saya perhatikan ramai betul mengalami demam , sembuh , demam balik . Kira perubahan cuaca sekarang mungkin memberi kesan pada tubuh badan . Sama la kita sebenarnya .
Masuk office beraircond , pergi bank jumpa matahari , balik rumah jumpa aircond balik . Jadi badan kita pon terkejut . 



Jadi , berikut 5 tindakan awal boleh dilakukan di rumah ketika demam ;

1 # Banyakkan minum air

Kekurangan air dalam badan menyebabkan suhu badan menaik . Jadi salah satu caranya minum air .

2 # Makan Vitamin C


Oleh kerana daya ketahanan badan menurun , sistem imunisasi kita . Jadi Vitamin C membantu untuk tingkatkan sistem imunisasi badan . Saya ambil 1000mg vitamin C bagi mengembalikan daya tahan badan .

3 # Minum Air Klorofil


Cecair Klorofil sentiasa saya standby di dalam peti ais . Kelebihan klorofil adalah ia antioksidan yang bagus . Ia bersifat alkali yang mana boleh menstabilkan ph dalam badan dan meningkatkan tahap ketahanan badan . Tuang sedikit cecair klorofil Cosway Taman Karking Ipoh dan campurkan dengan air tapisan Hexagon / atau mana mana air filter awak .

4 # Makan sesuatu yang ringan

Bukan bermaksud makan keropok jajan etc ya . Makan sesuatu berkuah macam sup panas . Ini perut anda dengan sedikit makanan.

5 # Mandi dengan air suam

Mandian malam dengan air suam memberikan impaks rileks dan menenangkan . Jika mandi dengan air sejuk , nanti aliran darah menjadi laju dan suhu semakin meningkat pula .


Lega alhamdulillah hari ini kembali kebah dan boleh bekerja seperti biasa .

Kita juga tidak sangka dan tahu sama ada akan betul betul sembuh atau tidak keesokan hari . Ini hanya tindakan awal boleh dilakukan ketika demam . Jika ia masih berlarutan , lebih baik berjumpa dengan doktor .
Aiman kongsikan sedikit knowledge mana tahu membantu anda apabila ada orang tersayang sedang demam :)


Jika bermanfaat , boleh SHARE





 :)

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign