Aimaan Ahmad: Bagaimana 8 Petua Ini Membuatkan Baju Putih Sekolah Anak Nampak Berseri

Feb 16, 2017

Bagaimana 8 Petua Ini Membuatkan Baju Putih Sekolah Anak Nampak Berseri


" Aduhai anak , kotornya baju hari ini . Ibu dah taktahu nak guna apa lagi supaya anak ibu nampak hensem dan kemas . Jangan cakap bahagian lengan dan leher , hitam berlemoih haih . Cemana ibu nak putihkan baju awak ni ".

Itu biasa ! Baju putih bagaimana jika nak expect ia kekal memutihkan selepas waktu sekolah . Ibu yang selalu memastikan kebersihan anak dan kehenseman anak di sekolah mula rasa gusar dan sedikit rimas bila lihat baju bertukar warna .

Ibu terpaksa cari inisiatif lain menambahkan baju baru selalu .

Terkini banyak perkara ibu bijaksana boleh mengurangkan kerimasan baju anak warna putih , dan ingin kekalkan nampak putih berseri setelah di basuh .
.
..



Berikut 8 petua untukkan elakkan baju sekolah anak nampak kusam :

1. Asingkan pakaian putih dari berwarna .

Perasan tak jika kita mencampurkan tuala berwarna , selimut , pakaian lain menyebabkan kain berwarna putih kelihatan kusam .
Jadi elakkan !

2. Rendamkan di dalam air suam

Periksa dahulu jenis kain adakah boleh direndam dalam air suam .
Cara ini boleh di lakukan dahulu , kemudian baru dibasuhkan menggunakan sabun .
Ia agak renyah dan menambahkan masa ibu . Tapi ia membantu .

3. Gunakan jus lemon

Anda juga kadangkala tidak menyukai bau agen pemutih , jadi langkah menggunakan jus lemon juga salah satu cara memutihkan pakaian .
Langkahnya : Tuang 1/2 cawan jus lemon ke dalam baldi / mesin basuh . Kemudian jemurkan di bawah matahari .

4. Periksa keadaan mesin basuh


Mesin basuh yang tidak bersih juga bukan sekadar tidak mengembalikan baju ke warna putih , malah menambahkan bau hapak dan masam selepas pembasuhan . Anda pastii tidak ketahui bahawa di belakang drum , ada pelbagai kotoran lama yang tersangkut dan tidak dibersihkan .


Langkahnya , bersihkan drum mesin basuh menggunakan WASH DRUM yang di jual di Cosway Taman Karking Ipoh . Ikut caranya di belakang kotak .
Dinasihati buat diwaktu malam kerana masanya tidak mengganggu anda .

5. Jauhi klorin

Bahan kimia seperti klorin bleach menyebabkan warna baju menjadi kuning .

6. Gunakan sabun pembersih yang betul .

Cadangan sabun pembersih adalah power wash hyper strength , kerana jenis sabun ini mampu mengekalkan baju sekolah berwarna putih . Kebiasaannya para jururawat akan beli agar kelihatan cantik uniform mereka setiap hari . :) Boleh juga di dapati di Cosway Taman Karking Ipoh.


7. Elakkan menjemur dibawah matahari terlalu lama

Panahan cahaya matahari yang terik mengakibatkan baju kelihatan pudar dan kusam .

8 . Jangan membiarkan baju kotor terlalu lama sehingga proses pembasuhan .

Faham faham , ramai ibu bapa bekerja . Mungkin boleh buat jadual pembasuhan agar lebih teratur .
.
.
.
.
PETUA INI BUKAN SAHAJA UNTUK BAJU , MALAH STOKIN , CADAR , SELIMUT , TUALA JUGA TIADA HAL !


Memang membantu meringankan tekanan dari melihat baju putih yang di kotor mahu kekal putih .
Jika petua ini di gunapakai , dapatlah anda melaram baju putih selalu dengan tampil berkeyakinan .
Yeay ! Selesai isu baju putih :)
Jika bermanfaat , sila SHARE (^_^)

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign