Aimaan Ahmad: Perasaan Berbuka Puasa

Jul 5, 2015

Perasaan Berbuka Puasa


Ramadhan bulan paling seronok sekali untuk sesiapa yang bertuhankan Tuhan Ramadhan, bukan bertuhankan Ramadhan. Maksudnya mereka lakukan segala kebaikan kerana bulan ini. Selepas habis Ramadhan lalu mereka lupa segala aktiviti mengaut pahala.


17 Ramadhan pertama kali saya berkesempatan untuk sertai majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung. Alhamdulillah akhirnya dapat juga merasai nikmat berbuka puasa bersama mereka. Majlis berbuka ini kebiasaannya di anjurkan atas rezeki penduduk kampung yang memberi sedekah mengikut peruntukkan mereka secara individu atau perkongsian.


Boleh terimakah pendapat saya malu ke surau/ masjid adalah malu berjumpa Allah? Jika malu datang ke surau/masjid dengan masyarakat, bermaksud kita ketepikan pahala yang berlipat ganda yang di sediakan untuk bulan Ramadhan ini sahaja.


Moga pemikiran kita bukan sebegini. Allah sayangkan umatnya yang sayangkan Dia lebih segalanya.

Berbalik pada pengalaman saya berbuka puasa di surau. Agaknya telah begitu lama penduduk kampung tidak melihat kelibat saya. Sampai saya pernah terima satu soalan,'' Sudah habis sekolah ke belum ni?." Ketawa besar kita masa dengar soalan itu.


Seronok melihat gelagat manusia yang majoriti adalah orang orang tua, sudah pencen. Jarang sekali terlihat anak muda yang berbondong bondong datang ke surau. Teringat suasana semasa saya kecil dahulu, ramai remaja duk pergi surau. Mungkin kini semua telah berumahtangga dan berhijrah mencari rezeki.


Saya bersalaman dengan semua berada di majlis. Riuh opah opah memanggil saya. ''oit anak dara."
"Opahhhhhhhhhhh", balas saya gembira. Mereka ini opah yang selalu marah saya masa zaman kecil dulu naik basikal balik waktu maghrib. Lepas tu kena hambat balik rumah. Sampai rumah, ayah tak bagi masuk sebab lewat. Kena minta ampun. hihi lucu.


"Opah sihat kah? Tangan yang gatal gatal dulu sudah baik?", aku tanya kisah setahun lalu kerana cari point mahu sembang saja. " Tangan opah dah kedut kedut, bukan mcm orang muda", balasnya. "Haihhhh kita tanya soalan lain, dia nakal naaa", seloroh sikit dengan mereka.


Alhamdulillah mereka semua masih bersolat jemaah. Saya mengambil peluang berada di tempat menenangkan dan membaca alquran terjemahan. Sehinggalah waktu solat terawih habis. Pengalaman berjumpa dengan penduduk kampung ini membantu serba sedikit saya mengenali mereka lebih dekat.

Syukur alhamdulillah. Jadual Ramadhan lebih teratur dan terisi dengan perkara bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign