Aimaan Ahmad: Bazar Ramadhan mode

Jul 11, 2015

Bazar Ramadhan mode


Sepanjang Ramadhan, hari yang ke 21 baru saya berkesempatan untuk menjengah ke Bazar Ramadhan yang sememangnya menjadi tempat wajib di lawati. Tempat bazar ramadhan yang wajib saya datang adalah berhampiran Taman Mesra Kajang. MashaAllah bazarnya sungguh panjang dan terdapat banyak sangat pilihan makanan.

Salah satu penyebab saya akan datang bazar ini kerana sebagai tanda sokongan kepada pak menakan dan mak menakan yang meniaga setiap di bazar ramadhan ini. Jadi saya berpeluang melihat mereka membuat persediaan berniaga dari awal pagi sehinggalah tutup khemah di bazar,

Hanya satu perkataan boleh saya katakan, " Hebat! ." Seusai selesai sahur dan solat subuh, persediaan menyediakan bahan akan bermula. Persediaan ini tanpa henti sehinggalah bawa makanan ke bazar. Dan ia terus terusan selama 24 hari ramadhan kebiasaannya.

Pengorbanan mereka mencari rezeki raya untuk anak dan keluarga amatlah hebat. Bertuahnya mereka yang mempunyai kemahiran memasak dan mampu memudahkan ramai orang dengan menyediakan hasil masakannya kepada ramai yang sibuk bekerja. Alhamdulillah. Saya lihat cash flow yang laju dan banyak perkara seperti hutang mampu di selesaikan.

Dari kos modal bernilai RM 700 sahaja di keluarkan, dan berpusing modal menghasilkan jualan RM12,000++. Banyak itu untuk menghasilkan next business yang lebih bersistematik.




Begitulah kehidupan peniaga di bazar ramadhan. Yang ikhlas berniaga memberi hasil yang berkat. Langsung tiada kebocoran wang ketika berniaga. :) 

Alhamdulillah murah rezeki di bulan ramadhan. Ramai orang boleh menjana extra income untuk beberapa bulan perbelanjaan. Indahnya ramadhan. Sekarang sudah masuk 10 terakhir ramadhan, masa untuk muslim mengejar malam lailatul qadar. Jangan nantikan pokok sujud baru bertahajjud. 

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign