Aimaan Ahmad: Delichef Fish Curry penambat hati suami

Pages

Jul 6, 2015

Delichef Fish Curry penambat hati suami



ops! Jangan salah sangka dengan tajuk posting kali ini. Ia semata mata membantu taulan memikat hati suami anda. Kekdahnya petang emak dan adik baru sahaja sampai di rumah kami setelah bermusafir dari Kedah. " Nak buka puasa apa hari ini? Kita semua tak masak lagi ni", jam menunjukkan 6 petang.

" Along masaklah!", jawapan aku pantas.

Kerana saya teringatkan ada bawa pulang kerumah sepaket Delichef Fish Curry, saya ambil peluang untuk mencuba teknik mudah memasak sejak pelanggan di kedai tak habis habis promosi kepada saya minta cuba. eh terbalik pula. Sepatutnya saya yang terus menerus mempromosi produk. Alhamdulillah. 

Saya memilih untuk menggunakan Empress Induction Cooker kerana ia lebih selamat dan menjimatkan. Langsung tidak terkena kepanasan api dan masak dalam masa 8 minit.

Bahan bahan Fish Curry:
Sepaket Delichef Fish Curry
 Beberapa biji bendi
350 gm ikan mabong
450gm air 


Saya tunjukkan dahulu hasil masakan simple saya untuk keluarga berbuka puasa. Hangpa rasa? sedap ke idak. Kalau macam inilah rupa makanan yang dimasak untuk suami anda, cepatlah dia tukar saiz baju. :)



Langkah-langkah memasak Fish Curry:
  • Panaskan 450gm air dan Delichef Fish Curry sehingga mendidih
  • Setelah mendidih, masukkan ikan mabong dan bendi
  • Kacau masakan sehingga mendidih
  • Okay! Sedia untuk di hidang


MashaAllah sekejap sahaja sudah siap memasak. Saya paling seronok menggunakan Empress Induction Cooker ketika memasak. Boleh dapatkannya dari AimaanMalaysia atau secara whatsapp +60185713858. InshaAllah ready stock.



ehem.Tok saya selalu buli kata jarang masak. Ok saya tahu teknik baru untuk ambil hati orang tua kuat buli saya. hehe Buli selepas itu peluk balik. Manja :)

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign