Aimaan Ahmad: July 2015

Pages

Jul 11, 2015

Bazar Ramadhan mode


Sepanjang Ramadhan, hari yang ke 21 baru saya berkesempatan untuk menjengah ke Bazar Ramadhan yang sememangnya menjadi tempat wajib di lawati. Tempat bazar ramadhan yang wajib saya datang adalah berhampiran Taman Mesra Kajang. MashaAllah bazarnya sungguh panjang dan terdapat banyak sangat pilihan makanan.

Salah satu penyebab saya akan datang bazar ini kerana sebagai tanda sokongan kepada pak menakan dan mak menakan yang meniaga setiap di bazar ramadhan ini. Jadi saya berpeluang melihat mereka membuat persediaan berniaga dari awal pagi sehinggalah tutup khemah di bazar,

Hanya satu perkataan boleh saya katakan, " Hebat! ." Seusai selesai sahur dan solat subuh, persediaan menyediakan bahan akan bermula. Persediaan ini tanpa henti sehinggalah bawa makanan ke bazar. Dan ia terus terusan selama 24 hari ramadhan kebiasaannya.

Pengorbanan mereka mencari rezeki raya untuk anak dan keluarga amatlah hebat. Bertuahnya mereka yang mempunyai kemahiran memasak dan mampu memudahkan ramai orang dengan menyediakan hasil masakannya kepada ramai yang sibuk bekerja. Alhamdulillah. Saya lihat cash flow yang laju dan banyak perkara seperti hutang mampu di selesaikan.

Dari kos modal bernilai RM 700 sahaja di keluarkan, dan berpusing modal menghasilkan jualan RM12,000++. Banyak itu untuk menghasilkan next business yang lebih bersistematik.




Begitulah kehidupan peniaga di bazar ramadhan. Yang ikhlas berniaga memberi hasil yang berkat. Langsung tiada kebocoran wang ketika berniaga. :) 

Alhamdulillah murah rezeki di bulan ramadhan. Ramai orang boleh menjana extra income untuk beberapa bulan perbelanjaan. Indahnya ramadhan. Sekarang sudah masuk 10 terakhir ramadhan, masa untuk muslim mengejar malam lailatul qadar. Jangan nantikan pokok sujud baru bertahajjud. 

Jul 6, 2015

Period pain goes away after taking Evening Primrose Oil (EPO)


Masalah kesakitan pra-haid sembuh setelah mengambil Evening Primrose Oil (EPO) dari AimaanMalaysia. Sebelum ini saya tidak pernah mencuba mana mana produk untuk menyembuhkan symptom pra haid saya. Pain killer juga sudah dalam 8 tahun saya hindarkan kerana efeknya untuk masa depan amat menakutkan. Jadi saya bertahan sahaja rasa sakit itu walaupun saya tahu setiap bulan ia amat menyakitkan.

Saya kena prahaid ini sejak tahun 2010. Keadaan saya akan muntah, cirit birit, kaki cramped, sesak nafas, badan sangat lemah, regangan di perut amat kuat semacam kena ikat, pening dan dahaga. MashaAllah sakitnya ketika. Menangis tanpa henti dan berzikir mengharapkan Allah akan hilangkan rasa sakit itu cepat.

Sakitnya tu di sini. :P

Suatu ketika tiada sesiapa di rumah. Dan saya menelefon ayah minta pulang dari kerja. Untungnya ayah saya baru sahaja sampai di rumah dan terlihatnya saya kesakitan. " Kamu tak makan ni semalam". " Kamu nak air milo tak ayah". " Kamu nak makan apa ap". Begitu kalut ayah saya.

Saya hanya boleh katakan tidakkk ini sakit lain. Ayah saya buntu kerana belum pernah melihatnya anaknya sebegini. "Jom pergi klinik".

" Tak ayah. Tolong sediakan air suam untuk diminum dan di letak di perut".

Waktu itu hanya menggunakan cara mcm itu sahaja untuk sembuh tetapi ambil masa.

Respons pelanggan dengan produk ini amat memberangsangkan. Mereka beli berbotol botol setiap bulan. Apatah lagi ketika harga offer gila kentang.

EPO di AimaanMalaysia adalah satu satunya produk EPO diestrak tanpa haba untuk kesihatan dan kecantikan. Kandungan GLA 10% dan mengandungi interpren yang penting biasanya termusnah semasa pemprosesan dan penapisan kimia. EPO ini langsung tidak tercemar dengan bahan kimia dan pelarut.

Maka, adakah anda sudah semak EPO anda diestrak tanpa haba dan tanpa penapisan kimia?


Siapa yang perlu mengambil EPO?
  • Berasa tidak selesa dalam beberapa hari tertentu setiap bulan?
  • Sebagai seorang wanita, anda tidak boleh menangani perubahan selepas umur 50?
  • Perlu penyelesaian untuk kecantikan?
Dengan mengambil EPO, Kulit akan terasa gebu dan lembut. Ia sesuai untuk wanita yang ingin melambatkan proses menopous.

Di AimaanMalaysia, EPO dijual pada harga yang berpatutan dan mampu milik. Sebab itulah permintaan produk kami tinggi dan sentiasa akan ready stock untuk pelanggan.

Saya sediakan no tel untuk proses tempahan

Whatsapp < EPO> kepada +60185713858

Whatsapp < EPO> kepada +60185713858
Whatsapp < EPO> kepada +60185713858

Atau klik pada AimaanMalaysia boleh lihat bermacam macam pilihan lagi !

Delichef Fish Curry penambat hati suami



ops! Jangan salah sangka dengan tajuk posting kali ini. Ia semata mata membantu taulan memikat hati suami anda. Kekdahnya petang emak dan adik baru sahaja sampai di rumah kami setelah bermusafir dari Kedah. " Nak buka puasa apa hari ini? Kita semua tak masak lagi ni", jam menunjukkan 6 petang.

" Along masaklah!", jawapan aku pantas.

Kerana saya teringatkan ada bawa pulang kerumah sepaket Delichef Fish Curry, saya ambil peluang untuk mencuba teknik mudah memasak sejak pelanggan di kedai tak habis habis promosi kepada saya minta cuba. eh terbalik pula. Sepatutnya saya yang terus menerus mempromosi produk. Alhamdulillah. 

Saya memilih untuk menggunakan Empress Induction Cooker kerana ia lebih selamat dan menjimatkan. Langsung tidak terkena kepanasan api dan masak dalam masa 8 minit.

Bahan bahan Fish Curry:
Sepaket Delichef Fish Curry
 Beberapa biji bendi
350 gm ikan mabong
450gm air 


Saya tunjukkan dahulu hasil masakan simple saya untuk keluarga berbuka puasa. Hangpa rasa? sedap ke idak. Kalau macam inilah rupa makanan yang dimasak untuk suami anda, cepatlah dia tukar saiz baju. :)



Langkah-langkah memasak Fish Curry:
  • Panaskan 450gm air dan Delichef Fish Curry sehingga mendidih
  • Setelah mendidih, masukkan ikan mabong dan bendi
  • Kacau masakan sehingga mendidih
  • Okay! Sedia untuk di hidang


MashaAllah sekejap sahaja sudah siap memasak. Saya paling seronok menggunakan Empress Induction Cooker ketika memasak. Boleh dapatkannya dari AimaanMalaysia atau secara whatsapp +60185713858. InshaAllah ready stock.



ehem.Tok saya selalu buli kata jarang masak. Ok saya tahu teknik baru untuk ambil hati orang tua kuat buli saya. hehe Buli selepas itu peluk balik. Manja :)

Jul 5, 2015

Perasaan Berbuka Puasa


Ramadhan bulan paling seronok sekali untuk sesiapa yang bertuhankan Tuhan Ramadhan, bukan bertuhankan Ramadhan. Maksudnya mereka lakukan segala kebaikan kerana bulan ini. Selepas habis Ramadhan lalu mereka lupa segala aktiviti mengaut pahala.


17 Ramadhan pertama kali saya berkesempatan untuk sertai majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung. Alhamdulillah akhirnya dapat juga merasai nikmat berbuka puasa bersama mereka. Majlis berbuka ini kebiasaannya di anjurkan atas rezeki penduduk kampung yang memberi sedekah mengikut peruntukkan mereka secara individu atau perkongsian.


Boleh terimakah pendapat saya malu ke surau/ masjid adalah malu berjumpa Allah? Jika malu datang ke surau/masjid dengan masyarakat, bermaksud kita ketepikan pahala yang berlipat ganda yang di sediakan untuk bulan Ramadhan ini sahaja.


Moga pemikiran kita bukan sebegini. Allah sayangkan umatnya yang sayangkan Dia lebih segalanya.

Berbalik pada pengalaman saya berbuka puasa di surau. Agaknya telah begitu lama penduduk kampung tidak melihat kelibat saya. Sampai saya pernah terima satu soalan,'' Sudah habis sekolah ke belum ni?." Ketawa besar kita masa dengar soalan itu.


Seronok melihat gelagat manusia yang majoriti adalah orang orang tua, sudah pencen. Jarang sekali terlihat anak muda yang berbondong bondong datang ke surau. Teringat suasana semasa saya kecil dahulu, ramai remaja duk pergi surau. Mungkin kini semua telah berumahtangga dan berhijrah mencari rezeki.


Saya bersalaman dengan semua berada di majlis. Riuh opah opah memanggil saya. ''oit anak dara."
"Opahhhhhhhhhhh", balas saya gembira. Mereka ini opah yang selalu marah saya masa zaman kecil dulu naik basikal balik waktu maghrib. Lepas tu kena hambat balik rumah. Sampai rumah, ayah tak bagi masuk sebab lewat. Kena minta ampun. hihi lucu.


"Opah sihat kah? Tangan yang gatal gatal dulu sudah baik?", aku tanya kisah setahun lalu kerana cari point mahu sembang saja. " Tangan opah dah kedut kedut, bukan mcm orang muda", balasnya. "Haihhhh kita tanya soalan lain, dia nakal naaa", seloroh sikit dengan mereka.


Alhamdulillah mereka semua masih bersolat jemaah. Saya mengambil peluang berada di tempat menenangkan dan membaca alquran terjemahan. Sehinggalah waktu solat terawih habis. Pengalaman berjumpa dengan penduduk kampung ini membantu serba sedikit saya mengenali mereka lebih dekat.

Syukur alhamdulillah. Jadual Ramadhan lebih teratur dan terisi dengan perkara bermanfaat.

Krill Oil berjaya menitiskan air mata penjual


Dalam bulan Julai sahaja, saya didatangi seorang kategori kakak dan seorang lagi berpangkat makcik. Ketika itu mereka datang dalam waktu petang, minda saya sudah merancang apakah saya mahu beli sekejap lagi. Petang saya terus berubah apabila kedai di hadiri mereka. Riuh rendah kami berceritakan apa yang dirasai setelah mengambil NEPTUNE KRILL OIL (NKO) sebagai makanan tambahan.


Mengikut perkiraan saya, produk NKO dikeluarkan belum sampai 6 bulan di pasaran dan ia telah di ujikaji ke atas pengguna dalam tempoh yang lama. Di atas permintaan produk yang tidak di sangka sangka, kami memberi harga istimewa untuk bulan Ramadhan. Bahagiakan ibu dan ayah di kampung dengan menghadiahkan makanan tambahan terbaik ketika ini.


Saya lebih suka bercerita mengenai tetamu kedai saya yang berkongsi apa yang mereka lalui setelah mengambil NKO. Seorang makcik bernama Hendun, sebelum ini mengalami sakit belakang dan badan sentiasa merasa letih walaupun tidak melakukan sebarang kerja. Puan Hendun berkongsi masalahnya yang sentiasa rasa 'moody' tak tentu masa, Perasaan sakit lenguh badan sememangnya akan memberi efek 'stress' dan malas untuk melakukan kerja harian.


Puan Hendun beli 5 kotak NKO sementara ia masih 'offer'. Apabila seorang pelanggan membeli di kedai dalam kuantiti yang banyak, saya pasti akan bertanyakan apa respons setelah mengambilnya dan berapa tempoh telah ambil? Ia sesuatu perasaan yang mengujakan!


Testimonial bertulis Puan Hendun:

"Setelah mengambil KRILL OIL dalam tempoh 3-4 hari, sakit sendi saya berkurangan. Selepas itu, mood saya sangat baik dan rasa happy. Malah saya lebih fokus untuk bekerja. Paling best kolesterol inshaAllah ia berkurangan. Selain itu, jantung saya sudah tidak berdebar debar dan tidur semakin nyenyak''. - Puan Hendun.

Allah nikmat mana lagi mahu ku dustakan. Tujuan perniagaan saya hanya untuk membantu lebih ramai orang hidup sihat dan mendapat ilmu pengetahun yang jelas tentang kesihatan. Syukur alhamdulillah.

Dua hari kemudian saya di hadiri lagi seorang kakak yang baru sahaja membuat 'operation' tiroid. Setelah mengambil NKO badannya terasa cergas dan merasa tidak perlu untuk menambah mana mana supplement lagi sementara untuk memperbaiki sistem imunisasi badan. 

Senyuman yang lebar terukir.
Alhamdulillah kakak sudi 'shooting' testimonial bersama Aimaan Malaysia.

Sebagai penjual NEPTUNE KRILL OIL (NKO) yang hanya fokus untuk memberi yang terbaik buat pelanggan kami, saya berharap bantulah ibu bapa saudara mara rakan taulan yang mengalami kesakitan dan sedang mencari cari cara untuk sembuh. Dengan izin Allah, segala kesulitan akan terubat. Kita sebagai manusia perlu berusaha.

Beberapa KELEBIHAN pengambilan KRILL OIL:

1. Mengurangkan tahap kolesterol LDL dengan lebih berkesan berbanding dengan minyak ikan!
2. Meningkatkan tahap kolesterol HDL.
3. Menyeimbangkan emosi!
4. Menggalakkan kesihatan kardiovaskular!
5. Meredakan ketidakselesaan dan kesakitan sendi dalam masa 7 hari !
6. Meningkatkan daya tumpuan dan ingatan.
7. Memelihara kesihatan mata
8. Anti penuaan
9. Mengurangkan sindrom prahaid dengan lebih berkesan daripada minyak ikan!
10. Menormalkan tahap gula darah!
11. Melancarkan fungsi hati.
12. Menguatkan tindak balas imun.
13. Menyihatkan dan mencantikkan kulit .... dan banyak lagi!



Saya begitu gembira dengan tindak balas pelanggan. Alhamdulillah! NKO melalui proses pengekstrakan  dan komposisi yang berpaten. Ia juga mengandungi Astaxanthin semulajadi yang mengandungi antioksidan terkuat di dunia. NKO mudah dicernakan! Tiada bau dan rasa hanyir terutama ketika bruppppp! 100% minyak krill Artartik tulen.


Pasti ramai tertanya apa itu krill?



Minyak krill dihasilkan daripada krill. Krustasia kecil seperti udang yang hidup di perairan sejuk Antartik. Walaupun saiznya kecil, krill padat dengan pelbagai khasiat nutrisi. NKO membekalkan ikatan omega-3 pada fosfolipid, omega-6, omega-9, kolina, vitamin A, vitamin E dan astaxanthin.

Seronok dapat berkongsi hari ini. Cepatkan masa berlalu, sudah 18 ramadhan. 

Bagi memudahkan proses tempahan melalui whatsapp atau sms

SMS/WHATSAPP < NKO JULY> kepada +60185713858 

atau boleh lihat di INSTAGRAM AIMAAN MALAYSIA





Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign