Aimaan Ahmad: Inspirasi

Pages

Mar 29, 2013

Inspirasi


Assalamualaikum.


Sorry for lateness.


Topik kali ini berkaitan dengan apa yang saya hadiri pada hari sabtu lepas, 23.03.2013 di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Keputusan untuk hadiri seminar ini hanya di buat pada saat akhir. Asyik-asyik nampak iklan , kat tv, billboard lagi, facebook memang belambak. Tetapi nak jugak buat saat akhir untuk pendaftaran. Bernasib baik, dapat jugalah saya join seminar yang free ini.


Pada pandangan saya, ini antara usaha negara kita membantu masyarakat mengubah mentaliti berniaga dan mencari peluang perniagaan. Sedangkan dari negara jiran kita pon ada yang turun sekali ke seminar sebab nak tahu ilmu-ilmu orang sudah berjaya ini. Ambillah aura sikit ye dak!



Saya suka attend seminar macam ni. Tetapi saya suka bergaul dalam pulau kemalasan. Ini punca kelemahan saya. Lemah dalam tindakan. Jadi, apabila setiap bulan kita selalu hadirkan diri dalam seminar macam ni. Dapatlah refresh balik minda, badan , dan pemikiran. 


Seminar Berani Berniaga ini semua FREE. Dapat lagi pen dan buku nota. Sampai macam tu sekali kena siram untuk dapatkan ilmu. Kita kena ingat , dalam hidup ini kaya dengan ilmu paling bermanfaat. Tetapi jika ilmu itu tak digunakan manfaat pon tiada, hasil pon tiada. 



" Bayar wang kerana ilmu, jika jatuh tersungkur , kembali bangkit hebat kerana ilmu masih ada".



"When you stop learning, you will stop growing"

"The more you learn, the more you earn"

"Give respect to earn respect"




Tidak semua impian menjadi kenyataan jika tidak di susuli dengan TINDAKAN.
Saya merasakan diri ini sangat bersyukur kerana masih anda insan dalam dunia ini suka berkongsi ilmu, nak bantu ramai lagi orang untuk berjaya. Mentor yang bertuah , Dr Azizan Osman.



Saya ada lagi satu mentor, beliau hanya datang seminar yang free sahaja. Tetapi jenis manusia yang suka ambil tindakan, Puan Faizati.  Semoga Allah merahmati kehidupan dan panjang umur mereka untuk membuat lagi banyak amal yang beri manfaat kepada kita semua.

Jom Berpantasan. 


" Bertindak dan berjaya kecil akan menarik kejayaan yang besar! Biasakan diri untuk berjaya"


Apa yang saya dapat dari seminar. Dalam apa jua bidang , jika kita hendak BERJAYA. Kita gunakan formula MESTI. 


M - MENTOR
Jangan cari mentor yang tong kosong. Puas di ketuk, bunyinya masih sama. kan rugi. Untuk berjaya dengan cepat, carilah mentor yang sudah berjaya. 

E - ELMU
Apabila ada ilmu, semua perkara yang di lakukan lebih mudah. Ilmu perlu di cari, ia takkan datang bergolek. "Carilah ilmu hing ke negeri China". Nak bagitahu, jika ilmu itu dari tempat yang jauh sekali pon, jika ada kemahuan mesti akan pergi juga utk dapatkannya.

S - SISTEM
Sistem yang bagus , teliti, berprosedur. akan melancarkan kerja anda.

T - TINDAKAN
Lakukan tindakan sekarang. Apa sahaja idea anda, sebelum orang lain ambil tindakan mencuri idea anda. Fokus! Lakukan!

I - IMPIAN
Apa sahaja impian, tiada yang mustahil. Semua bergantung pada kita. Kita taknak berubah. Bagilah segala mcm pon. DIA MASIH DI SITU DENGAN HIDUPNYA. Biarkan mereka tidur, jom kita berlari pantas. Dapatkan apa kita mahu. Sebab kita nak bagi yang terbaik pada keluarga kita, ibubapa kita, anak-anak kita, orang yang memerlukan. 


Tempat ber'aircon lagi. Bersyukur! :P 


Cuba kita renungkan : KENAPA KITA MAHU BERNIAGA.
1. Sunnah. 2. Masa. 3. Selagi sihat. 4. Wang semakin susut nilai.  5. Memperalatkan wang untuk dunia dan akhirat.


Buang pemikiran negatif yang orang kaya ini belagak, kedekut, sombong , lupa diri, membazir.    Balik- balik fikir, kenapa nak jadi kaya. Biarlah aku hidup cukup-cukup makan je. Cuba bayangkan jiran sebelah rumah kita, eh! takyahh ambil jauh sgt.


Sebagai contoh, katakan ibu kita mengalami penyakit kritikal. Memerlukan wang yang sgt byk. di waktu ini di mana kita nak mengemis. Susahkan nak bantu ibu kesyangan kita.


Cerita saya ini. hanyalah berkongsi ilmu.
Saya akan berjaya dan kaya untuk membantu lagi ramai orang sekeliling saya. Saya masih bermula untuk berubah. dan peluang berubah , saya nak ajak sekali orang. Tak best sorang. The more the merrier. Jom jom !hehe

 Mereka ! Ilmu penuh di dada, tak sabar nak balik. nak apply semua! Tahniah kepada yang hadir.



Yang masih belum hadir, tapi nak hadir.
Boleh mendaftar di www.beraniberniaga2013.com


ANTARA SLOT YANG MASIH ADA? !

Kuantan (30.03.2013) / Alor Setar ( 05.04.2013) / Penang (06.04.2013) / Ipoh (07.04.2013) / Kuala Lumpur ( 13.04.2013) / Johor Bharu ( 14.04.2013)


Berebutlah peluang yang diberi. BERDOSA tidak memberitahu perniagaan anda jika anda ada perniagaan. Mana tahu anda boleh membantu mereka menjimatkan duit, tapi anda tak buat marketing. Berdosa dr segi pemasaran dah tu. eheee :P MARILAH KITA SAMA-SAMA MAJUKAN DIRI.


Thank for reading my entry! 

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign