Aimaan Ahmad: 5 Aktiviti Bermanfaat Untuk Anak Ketika Cuti Sekolah

Pages

Sep 20, 2015

5 Aktiviti Bermanfaat Untuk Anak Ketika Cuti Sekolah

Hai semua! Saya tahu anda sedang berehat bersama keluarga tersayang. Ketika hujung minggu, segala aktiviti yang tertangguh, pasti anda sedaya upaya melunaskannya sekarang bukan. Eh jangan lupa, cuti sekolah anak anak bakal tidak lama lagi. Sudahkah anda merancang apa aktiviti bermanfaat untuk anak di musim cuti sekolah?

Saya faham ibu bapa mati kutu memikirkan idea yang bagus untuk memastikan anak memanfaatkan waktu cuti sekolah. Ditambah pula ibu bapa kebiasaannya sibuk bekerja, dan inilah masanya membayar hutang masa kasih sayang buat mereka.

Saya ingin kongsikan 5 aktiviti bermanfaat untuk anak di musim cuti sekolah. 


Berikut adalah aktiviti yang bakal anda pelopori:

1. Bercuti bersama keluarga - Tidak kira di dalam atau luar negara. Selain dapat mengeratkan hubungan kasih sayang, malah ia juga dapat meninggalkan kenangan terindah buat anak anak selain merasai pengalaman dan suasana baru.Percutian yang singkat boleh di rancang di dalam negara

.



2. Memasak – inilah masanya untuk anda dan anak-anak bersama-sama bergotong royong di dapur. Kanak-kanak pasti suka jika mereka di ajak memasak makanan kegemaran mereka dan juga mencuba resipi baru. Biasanya kanak-kanak lebih teruja jika mereka di ajak bersama-sama membuat kek, pudding dan biskut.



3. Melawat tempat yang memberi ilmu sambil berseronok – antaranya adalah Petrosains, Planetarium, Kidzania, Muzium Negara, Zoo Negara dan Muzium Negara. Atau anda juga boleh membawa anak anak menemani anda ber'shopping' barangan household , belanjanya barangan peribadi seperti shampoo kegemarannya, berus gigi yang selesa buatnya dan sebagainya. 


Dengan teknik didikan begini, mula mengajar mereka tentang proses membuat keputusan sejak kecil lagi. Mungkin Premis Cosway salah satu tempat membeli belah buat seisi keluarga , dengan katalog yang menarik sebagai panduan membeli.


4. Lawatan ke perpustakaan – bawa anak anda ke perpustaan. Ini juga sebenarnya satu cara untuk anda tanamkan minat membaca ke dalam diri anak-anak anda.



5. Bercucuk tanam – aktiviti beriadah ini pasti buat anak anda seronok kerana mereka boleh bermain dengan tanah dan kotorkan tangan. Apabila pokok telah di tanam, latih mereka untuk jaga dan siram pokok setiap hari.Anak-anak pasti teruja menunggu hasil buah tangan mereka. Sebaiknya mulakan dengan tanaman yang dapat memberikan hasil dan perubahan yang agak cepat seperti menanam benih sayur-sayuran dan pokok bunga.



Satu perkara penting, anda jangan pula lupa tentang kesihatan mereka. Anak anak memerlukan sistem imunisasi yang sihat bagi mengekalkan kecerdasan fizikal dan minda mereka. Vitamin C-100 , Dha & Mixed Berry amat sesuai buat anak tersayang agar cuaca di luar tidak mempengaruhi kesihatan mereka.

Sudahkah anda merancang aktiviti cuti sekolah anak anda?

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign